23 May 2008

Kuching!







Iela orangnya penyayang kucing
Jika boleh nak juga dibelanya itik
Lama sungguh tidak ke Kuching
Kini rupanya bertambah cantik



Kali terakhir pergi ke Kuching pada tahun 2003, kalau hendak dibandingkan lima tahun dahulu Kuching memang bertambah cantik dengan pembangunan yang pesat... terutamanya bila sebut bab membeli-belah :p



Waktu umie ke Kuching tidaklah lama, hanya 2 hari sahaja tetapi dalam amsa dua hari itu dapat selesaikan semua hajat yang dikehendaki hehehehehe sempat makan sea food :p sempat pergi shopping di Water Front (bukan sekali pergi tapi berkali-kali) :D



Semasa di sana, kawan umie dan suaminya begitu semangat melayan umie... kesianlah juga sebab umie punya masa yang terhad... tak boleh berlama-lama kerana umie kena balik kampung untuk majlis perkahwinan Pok Su... Terima kasih yang tidak terhingga buat Muna & Azmer kerana melayan kak e dengan begitu baik sekali... Jangan serik eekkkkk sebab kak e akan ke sana lagi tau hehehehehhe :p

No comments: