Nano masak bersama kakaknya
Makanan pengantin dihidangkan
Flero telah pergi buat selamanya
Cuma kenangan Flero tinggalkan
Hari Jumaat, tanggal 30 Mei 2008, Flero telah pulang ke rahmatullah :((
Pemergian Flero ditangisi dari jauh kerana pada masa Flero menghembuskan nafasnya yang terakhir, umie, adik dan baby masih berada di kampung. Pada hari pemergian Flero, umie sedang bersama biras umie pergi ke Rantau Panjang untuk membeli belah, dalam perjalanan umie telah mendapat sms dari hb umie mengatakan Flero telah tiada :((
Tanpa berlengah umie terus menghubungi hb untuk kepastian dan hb mengesahkannya... umie tidak dapat menahan kesedihan kerana tidak menyangka Flero akan pergi begitu cepat sekali... Sebelum hb mengebumikan Flero, umie sempat berpesan supaya ambilkan gambar terkahir Flero untuk tatapan :((
Rasa terkilan memang tidak terkata, namun umie tetap bersyukur kerana Flero meninggal di hadapan rumah, jadi dapat juga kami sempurnakan mayatnya... Menurut anak umie yang berada di rumah, Flero tidak menunjukkan sebarang perubahan, Flero makan dengan seleranya, kakak berikan flero ubat selsema, vitamin dan scott's emulsion seperti biasa. Malah Flero juga 'membuang hajat' seperti biasa juga... Cuma pada malam hari Khamis (Malam Jumaat) Flero tidak pulang semasa kakak ingin meletakkan kucing-kucing semua dalam 'bilik tidur' mereka.
Pada waktu pagi, semasa hb umie keluar, dia tidak nampakpun bayang Flero tetapi bila hb pulang pada tengaharinya, hb dapati Flero telah meninggal dunia di bawah pohon depan rumah kami... Flero pulang juga untuk memberitahu kepada kami bahawa dia tidak akan bersama kami lagi di alam ini... Mungkin Flero tidak mahu kami terus susah hati jika dia tidak pulang atau meninggal di tempat lain... Sekurang-kurangnya kami tahu memang dia telah pergi buat selamanya...
Sesuatu yang agak 'ajaib' berlaku selepas berita kematian Flero iaitu, tiba-tiba umie dapati ada 'draft' di hp umie. Rasa pelik sebab selepas umie call hb, umie tidak menghantar sebarang sms apa lagi mms... umie buka 'draft' dan amat memeranjatkan dalam draft itu adalah gambar Flero!!! Pada masa itu umie betul2 menyangka bahawa gambar itu merupakan mms yang dihantar oleh hb atau kakak pada umie... tetapi bila diamati, itu adalah draft dari hp umie sendiri... apa yang peliknya, umie tidak langsung menghantar sebarang sms/mms, malah bila umie minta kakak lihat gambar dlm 'file' hp umie, gambar Flero yang ada dalam 'draft' itu berada di tengah2 lebih seratus gambar yang tersimpan... so maknanya kalau umie sendiri yang nak hantar mms, umie terpaksa 'click' satu2 sedangkan umie tidak langsung membuatnya!!!! Sehingga sekarang umie rasa ianya amat pelik sekali...
Flero... kenangan bersamamu tetap akan kekal selamanya... we miss you so much! :((
Kakak akan frame kan gambar Flero bersama 'colar' yang dipakainya sehingga akhir hayatnya...
** kakak ada kelas wajib di sekolah dan hb temankan kakak sebab itu mereka tidak pulang ke kampung untuk majlis perkahwinan Pok Su ~ ada hikmah disebalik kakak dan hb tidak dapat pulang ke kampung iaitu dapat mengebumikan Flero, jika kami semua pulang kampung kucing-kucing semua akan kami titipkan untuk dijaga oleh jiran kami yang baik hati dan juga sayangkan kucing...
2 comments:
sedehnyer baca ...meleleh air mata saya kakak..huhuhuhuhuhu.... kesiannyer flero... mungkin sampai di situ sahaja perjuangan dia di muka bumi ini..... masih sedeh ni... saya byk kali dah rasa kematian kucing2 depan mata..sedih sgt2....
Iela... memang masih terasa sedih sebab Flero seekor kucing yang baik... tak banyak ragam.. dengar kata... sedih sebab umurnya tak panjang... mungkin itu yang terbaik buatnya... mungkin Flero ada sakit dalaman yang tidak dapat dikesan... cuma yang terkilan dia tidak langsung menampakkan dia sedang sakit sebab biasanya kucing kalau sakit pasti akan hilang selera makan...
* masih terbayang flero :((
Post a Comment