21 May 2008

ayam bersambal sos

Cik Mat tergelak dengar lawak si Joyah
Banyak sangat gelak terhoyong-hayang
Nak buat masakan ini bukannya payah
Lauk kegemaran Baby@Adlin tersayang

Lauk seangaktan dengan 'ayam masak merah' merupakan kegemaran anak bungsu umie, kalau masak hari-hari pun tak apa... Resepi ini mudah saja, asalkan ada rupa 'masak merah' kegemarannya, dia sudah boleh tersenyum lebar tanda gembira...

Bahan

  • 2 kg ayam - potong ikut suka (garam kunyitkan dan goreng)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
  • garam/perasa

Cara:

  1. Blend bahan bertanada*
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah di garam-kunyitkan)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend
  4. Setelah garing masukkan sos tomato, sos cili dan kicap manis - kacau rata
  5. Tambah sedikit air jika rasa diperlukan dan masukkan garam/perasa secukupnya
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata
  7. Masukkan bawang yang telah dihiris bulat > tutup periuk dan matikan api dapur.

4 comments:

sakuraku said...

kak e..huwaaa!!! masuk blog kak e bisa buat gue menangis huhuuhuh!!! makanannya kok enak bangat siihhh...tapinya sedihh... kite takbleh masak mende2 tu semua , maklumler skang ni musim kritikal..tak blh masak, nnt muntah ...tak blh bau bende2 masakan ni..huhuhuhuuhuhu....

umi_e said...

ciannnya dia... takpe nanti dah 'pulih' bolehlah masak ;) sekarang ni masa untuk 'berehat' :D

Dianne said...

dyg suka ayam msk sos tu,mmg peberet umah ni,hehee

umi_e said...

dayang... senang pun nak buat kan :D