23 May 2008

Kuching ~ Ikan terubuk ~


Nazri mengail berumpan cacing
Kena selsema asyik saja bersin
Tidak sah jika pergi ke Kuching
Tidak dibeli ikan terubuk masin

Kalau pergi ke Kuching sudah pasti tidak sah kalau tidak emmbawa pulang ikan terubuk masin sebagai ole-ole.

Satu benda yang menarik dan yang umie suka, penjual ikan terubuk akan pastikan ikan terubuk yang dibeli untuk dijadikan ole-ole dibungkus dengan kemas. Jadi kalau last minutes beli ikan terubuk pun tidak menjadi hal atau khuatir untuk dipack sebab penjual ikan terubuk memberikan servis untuk membungkus secara percuma :)

Selain dari ikan terubuk, bila ke Kuching, benda yang amat suka dibeli ialah belacan kerana belacan Sarawak pun terkenal juga... sudah pasti agak berbeza dengan belacan Melaka, masing-masing ada keitimewaan yang tersendiri ;)



Satu lagi perkara jika ke Kuching, sure kena rasa sea-food nya yang istimewa, kalau di KK, jika kita membeli udang segar, penjual akan siap bungkuskan macam kita membeli ikan terubuk di Kuching. Di Kuching pulak jranglah pulak orang membeli udang sebagai ole-ole...

* Best eekkkk sapa-sapa yang menetap di Kuching, boleh makan sea-food segar dengan harga yang berpatutan... ermmmmmmm :p

No comments: