Iza cadang nak pergi ke Batu Pahat
Jika boleh sampai sana sebelum gelap
Jika boleh sampai sana sebelum gelap
Ikan umie dimakan oleh kucing jahat
Kini bekas itu jadi tempat flero lelap
Kini bekas itu jadi tempat flero lelap
Flero ahli keluarga kami yang paling kurus! Mungkin Flero tidak akan menjadi gemuk kerana terencat dari kecil (agaknya kerana kurang zat kerana dibuang semasa masih kecil ) sebenarnya apa pun yang diberikan pada Flero pasti dimakan dengan penuh selera. Namun Flero tidak berisi macam kucing-kucing yang lain.
Doktor haiwan di klinik yang umie dapatkan rawatan untuk Flero juga merasa hairan mengapa Flero terlalu kurus sampai nampak tulang-temulangnya... Kalau vitamin, tak payah paksa, malah boleh over dose dimakannya :D tapi tak juga badan Flero bertambah isinya... malah makin kurus... risau betul lah...
Bekas ikan itu dikosongkan bila 2 ekor ikan puyu peliharaan umie mati dimakan oleh kucing jalang yang masuk dari pintu belakang... geram betul lah! Tak mungkin kucing rumah ni yang makan sebab ikan puyu tu bukan baru dibela... Biasanya di situlah (gambar Flero) tempat ikan puyu itu diletakkan tapi pada hari kejadian, ikan puyu diletakkan di dapur...
Sedih juga bila ikan puyu tu mati dibaham oleh kucing entah dari mana... selepas itu umie malas dah nak bela ikan lagi... umie suka ikan yang tak perlukan gas sebab senang nak uruskannya. Kini tiada lagi ikan belaan, biarlah bekas ikan itu kosong dan menjadi tempat istirehat si Flero saja...
* Ada seekor lagi belaan kami iaitu si Totis yang hanya bersendirian... bila-bila umie amek gambar Totis ya... Kesian kat Totis sebab tak pernah bercerita tentang dia hehehehehehe
8 comments:
salam kak umie
x pe kak umie
saya dah tukaq blog address yg baru
try le masuk yea
stakat ni x block lagi blog tu
Thanks farah... TAPI kak e tetap tak boleh enter :((
* farah email kak e bole? email kat yahoo ok :)
Eh.. saya pun ada sekor kucing yang senasib..color oren lagi.. makan bukan main banyak tapi kurus kedengking... kalau kucing luar datang ajak fight dia menyorok... cian betol....
ehehe...minat kuceng gak eh,comel btol kuceng duk dalam balang tu..ikan puyu belakang umah banyak btol..biasanya jarang kuceng nak membaham ikan2 macam tu tambah puyu ada banyak duri2 nye..
have a nice day..salam singgah
nazri... Kak e rasa ada masalah dengan kucing yang sebegitu... Flero memang dari mula2 dia datang ke rumah, keadaan dia dah begitu, semasa kak e nak nueterkan dia, doktor pun takut nak buat sebab kurus sangat... tapi alhamdulillah berjaya juga tapi dia tak gemuk macam sepatutnya sebab menurut vet, kucing selepas nuetered akan menjadi 'gemuk' dan bertambah sihat... malah sudah diberikan ubat cacing serta vaksin... Semua itu kini hanya kenangan :(( kerana Flero telah tiada di dunia ini
ted... memang pelik ikan puyu kena makan dengan kucing! Kucing tu memang teror... sure dah kelaparan sungguh... bukan kucing kak e yang baham ikan2 tu sebab kalau kerja kucing kak e sure dah lama ikan2 tu pupus :D
* Flero telah tinggal kenangan...
Flero dah tak ada rupanya.. Tapi tetap dalam kenangan..dan dikenang. Tu yang penting. Jangan sedih2 Kak E, patah tumbuh , hilang berganti, walaupun tak sama, tapi tetap ceriakan hati =^.^=
iza... Thanks... memang betul tu, yang pergi tak akan kembali...
Post a Comment