1 May 2008

Chiku's 1st Birthday!


Kek @ jelly ulang tahun Chiku yang pertama


KakmOn berniaga di samping juga bekerja
Bila ada tempahan membuat bersama-sama
Hari ini banyak orang sambut hari pekerja
Chiku pula menyambut Birtdaynya pertama


Chiku bergambar di samping kek @ jelly ulang tahunnya

Hari ini dianggap sebagai ulang tahun chiku yang pertama kerana masa kami menemuinya pada 1 July 2007, kami ada membawa Chiku dan adik beradiknya untuk mendapatkan rawatan (mereka dalam keadaan sakit masa ditemui) dan doktor mengagak usia Chiku (adik-beradiknya juga lah kan....) ialah 2 bulan. Oleh kerana doktor haiwan mengandaikan usianya sedemikian, maka bila dikira, hari ini cukuplah 1 tahun usia Chiku (Chiku bersama kami akan cukup setahun pada 1 July nanti - akan ada sambutan lagi kan Chiku!)



Chiku merasmikan @ meniup lilin ulang tahun :)


Sempena ulang tahun Chiku yang pertama, umie telah membuatkan jelly ikan bersama dried food untuk Chiku dan juga kucing-kucing yang lain... Nak buatkan kek tak ada pula acuan berbentuk 'kucing' dan untuk umie membentuknya pasti akan mengambil masa... Oleh itu umie mengambil keputusan membuat jelly perasa strawberry yang mudah dan cepat untuk dibuat. Kebetulan pula umie ada acuan jelly yang berbentuk kucing untuk digunakan.

Gambar kecil ini pula di antara gambar2 yang diambil sempena ulang tahun Chiku, kelihatan 'adik-beradik angkat' Chiku yang lain begitu selera memakan kek @ jelly ulang tahun Chiku sambil diperhatikan olehnya (Chiku tak gemar makan beramai-ramai ~ biasanya setelah semua kucing-kucing lain makan, barulah dia akan makan kecuali kalau dia terlalu lapar >>> seperti gambar paling bawah tu dia hanya memerhatikan sahaja) Semoga Chiku akan terus membesar dan dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Aaammmiiiiinnnnn

11 comments:

Jie said...

wahhh..untungnya dier....bestnya idup!

NuRuL said...

wah..kak e..so sweet larr baca entry nih..bertuahnya si chiku. Mesti terharu gila si chiku tuh kan.

Unknown said...

nama chiku ngn chii da nak sama..cuma dia tade arisa je..ekeke..nnt besday chii leh ar wat camni gak :d

:: Wiween :: said...

mak oi...sah..sah mmmg syg benor kak e dgn kucingnye.hehe kiut chiku pakai topi tu kak.hehe kreatif kak e wat kek tuk si chiku.:D

umi_e said...

jie... kebetulan dia beruntung :D hehehehehehe ;)

umi_e said...

nurul... Alhamdulillah... Chiku memang bertuah sebab dia pernah dikatakan 'tiada harapan untuk hidup' oleh vet yang meawatnya setahun yang lalu...

umi_e said...

chii... bila b-day chii? Nanti kita celebrate eeekkkk ;)

umi_e said...

ween... kucing2 tu semua dah macam anak sendiri tapi chiku istimewa kerana dia (dan arwah adik beradiknya) ditinggalkan di halaman rumah kami secara sengaja :D

Unknown said...

ihiks..bleh eh kak..lambt lgik..bulan 6 krg :p leh celebrate skali lgik ngn chiku:p

umi_e said...

chii celebrate ngan itni ler pulak :P

Unknown said...

Salam Kak E...
Amboiiii... bukan main lagi si Ciku tu... tengok cara dia duduk, mengalahkan primadona dengan mata dia yang ala-ala mata kucing tu... hik hik hik... canggih lerrr... kalau Ciku tak menghargai Kak E... memang sengajalah!!!