Mama Ranggie menetap di Negeri Sembilan
Adik angkat umie kampungnnya di Keluang
Hari ini hb umie pungut Lucky di tepi jalan
Tak sampai hati lihat anak kucing dibuang
Adik angkat umie kampungnnya di Keluang
Hari ini hb umie pungut Lucky di tepi jalan
Tak sampai hati lihat anak kucing dibuang
Hari ini tanggal 2 Mei 2008, seekor anak kucing berkeliaran di tepi jalan dekat kawasan perumahan kami. Anak-anak umie menyampaikan berita tentang seekor anak kucing terbiar dan mengiau-ngiau minta perlindungan. Namun umie memberitahu mereka jangan sesekali membawa anak kucing itu ke rumah... Cukuplah dengan kucing-kucing 'datang' yang telah menghuni rumah kami.
Sehingga lewat petang kucing itu masih mengiau-ngiau dan mengejar kaki siapa saja yang melintasinya namun tiada seorangpun yang mahu mengambilnya. Kisah kucing terbiar di tepi jalan telah disampaikan kepada hb umie. Umie pula berpesan jangan lagi mengambil mana-mana kucing kerana cukup dengan yang telah kami ada.
Di kejauhan terdengar ngiaun anak kucing yang cuba mendapatkan perhatian manusia. Hari menjelang senja dan mahgrib dah tak lama sedangkan ngiaun si kecil bertambah nyaring. Hb umie rasa tak sampai hati membiarkan anak kucing itu merayap di jalan dalam keadaan bertambah gelap. Kemungkinan untuk dilanggar oleh kenderaan memang ada kerana si kecil masih belum tahu erti bahaya. Akhirnya hb umie mengambilnya dan membawa pulang ke rumah...
Anak-anak keriangan mendapat ahli baru... Si kecil mereka namakan LUCKY kerana bertuah telah diambil oleh si ayah pulang ke rumah kerana tanpa 'green light' dari si ayah sudah pasti LUCKY tidak akan menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami. Anak-anak gembira dan berpuas hati namun umie juga yang rasa tidak selesa hehehehe (Bertambahlah kerja umie... tu yang tak mau bela banyak kucing )
* Tugas pertama umie untuk si kecil ~> bawa berjumpa doktor untuk dapatan suntikan vaksin yang pertama dan seterusnya... errrmmmm tu yang malas tu tapi kena buat jugalah sebab dah jadi ahli keluarga... macam jaga anak kecil juga... leceh kan... :D

13 comments:
pandangan matanya mcm rio..kucen sis carneyz yg ilang
Kesian..ia memerlukan perlindungan. Alhamdulillah ada juga hamba yang bersimpati.
..................................
Kucing2 kat rumah saya ni, semasa kecik memang manja tapi bila dah besar hilang begitu saja..... berjalan sampai tak ingat rumah. Sekarang cuma tinggal satu je... itu pun bukannya manja sangat.
cantik kucing tu,dyg ni pon byk kucing yg dtg umah,tp diaorg tdo luar jer,time makan br jamu diaorg hehe
rumah syam lame dah tak bela kucing.. :)
tambah pahala kak e.. hehe! ada tucing manyak ke? meh leew sebijik!
chii... ye ke? ke tu Rio si Carneyz yang hilang :D
toknabe... tu ler masalahnya kucing ni, terutama kucing jantan... suka merayap ke rumah orang :(
dayang... kucing kak e siang hari lepas bebas tapi malam hari kak e kurung sebab ada juga anjing berkeliaran di kawasan perumahan ni... takut kena gigit dengan anjing :S
syam... kak e pun mula bela kucng 1 July 2007 setelah lebih 20 tahun tidak membela kucing :D bagi kak e kalau dah bela sama cam bela orang hehehehhe tu yang malas nak membela...
ien... Alhamdulillah... semoga kucing2 itu turut mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga :)
mate die biru !
lawaaaaaaa~
huhu..tu ar..nk kena tanya dia..soh wat pengecaman :p ihiks
Salam kak...
huhukkk...C Mimi Dah ilang...
Selepas kami tinggalkannya di luar rumah selama 24 jam.
Ingatkan dia pandai jaga diri cos last saturday kami tinggalkan 1/2 day di luar rumah,bila balik cantik dia duk baik2 kat bwah keta satu lagi.Tu yg ahadnya kami yakin dia pndai jaga diri.
my kids asyik2 termimpikannya je & bagai teringiang2 suaranya..
Post a Comment