Hari raya hari kita bersuka
Kuih muih jadikan hidangan
Anak kucing dijaga seketika
Kini hanya dalam kenangan
Sebelum hari raya, kawan Baby minta dijagakan anak kucing yang baru ditemui (sekitar usia seminggu) Pada mulanya umie agak keberatan kerana bukan mudah mengasuh anak kucing sekecil itu yang belum tahu menjilat susu. Oleh kerana kami beraya di sini dan kasihan melihatkan anak kucing itu, maka umie telah bersetuju.
Dia kami susukan dengan botol kecil yang dibeli di pet shop tetapi mulutnya yang terlalu kecil itu tidak dapat menyusu dari botol itu. Untuk menyusukannya umie terpaksa menggunakan syringe untuk memberikan susu, itupun dia mengisap jari sambil susu yang dipicit ke dalam mulutnya. Saat itu memang menyeronokkan...
Anak kucing yang belum diberi nama itu kami asuh dan bawa beraya bersama-sama. Semasa beraya di rumah kawan umie di Melaka, kawan umie telah menawarkan diri supaya anak kucing itu ditinggalkan bersamanya kerana kucingnya baru beranak dan boleh menyusukan anak kucing ini. Umie telah menghubungi kawan baby dan dia juga bersetuju.
Malang sekali selepas sehari-semalam ditinggalkan, kawan umie memberitahu anak kucing itu dalam keadaan tenat kerana dia suka merayap dan masuk ke dalam semak. Terasa sedih di hati menerima berita sedih dari kawan umie kerana selama beberapa hari diasuh, anak kucing itu kelihatan sihat dan aktif (memang suka merayap - dah pandai memanjat keluar dari kotak/bakul yang ditempatkannya. )
Terdetik kekesalan di dalam hati kerana menerima pelawan kawan umie dan meninggalkan anak kucing itu dengannya. Kemungkinan anak kucing itu masih hidup sekiranya dia kami asuh... Mungkin sudah itu takdirnya, dapat menikmati kehidupan ini hanya untuk seketika. Namun rasa sedih tetap menyelubingi diri...
Apa nak kata, sudah ajalnya...
17 comments:
Such a touching story :(
Poor kittie !!
(No I go never on a bike ,
I am afraid for it,
Its my husbands hobby NOT MINE
It looks to me always SCARY,
I am always happy when he is home ;)
Anya
Anya... it is sad...
* you should try a ride with him ;) i'm sure it will be fun after the 1st try :p
kak e, saya paling tak pandai jga kittens yang baru beranak ni...selalu susah hati klau ada ibu kucing yang tak mau menyusu dan suka tinggalkan anak.
x pe kak e. niat kak e dan kawan kak e tu baik. cuma sudah sampai ajal dia.
masa saya jumpa dak utih dgn dak itam dulu umur derang dalam sebulan lebih. mmg zero bab2 kucing. takdir umur derang panjang dan hidup sampai sekarang!
R.I.P kucing tidak bernama.
ciannya..
dia cari kakak kot kan?
takpelah kakak...dah time dia pendek ajer..
salam e..sedihnya..akak tak boleh terimalah kalau mati dgn cara gitu..kalau sakit lainlah..apa nak buat dah ditakdirkan hidupnya sampai takat tu
Salam umie.
Sudah suratan takdir. Pasrahlah dengan apa yang berlaku. Memang hati ini akan berkata macam2...tetapi apakan daya. Kita kena redha.
dah sampai masa dia nak pegi. macam kita gak. bila ajal panggil.. tak dapat mengelak.
usia dia memang setakat tu. yang lain2 tu penyebab je.. betul tak umi..
Kakpah masih puasa sampai jumaat. kita dating minggu depan ek hehe..
Salam Kak e...Allah pinjamkan seketika untuk kita berkongsi hidup dengannya...Dia Yg Maha Mengetahui...!!
Mawar Merah... jaga kittens baru lahir ni agak mencabar - macam bayi baru lahir juga...
tedi... tulah... dah ajalnya :((
Wanita... hati tetap rasa kesal...
kak azah... saya pun cam kak azah, kalau mati sakit kurang rasa terkilan kan...
kak gee... memang dah redha cuma kadang2 rasa menyesal lah pulak...
kak pah... Insyaallah...
watie... sesungguhnya begitulah... Allah lebih mengetahui segalanya...
shiannya sikecik tu...
SMM... memang kesian... sebenarnya kak e kesal dengan apa yang terjadi sebab kawan kak e 'tidak beri perhatian' seperti yang kami lakukan - si kecik sentiasa diawasi malah tidur malam kalau dia mengiau kami akan bangun dan menyusukan sampai dia kenyang dan dia akan tidur lena sampai ke siang... waaaaaaaaaaaaaaaa :(( kesal sungguh!tapi kami redha...
hemm.. menyentuh perasaan dan naluri..nk wt mcm mana dah samapi ajalnye...
putra... memang dah sampai ajalnya tapi sebabnya itu yang mengesalkan jiwa... :(
la...kesiannya...comelnyer dia..kucing baka siam...
linda... memang kesian... kalau besar memang cantik... tapi apakan daya... umurnya tal panjang...
ohhhhh sedihnyaa...
Ank kucing mmg sgt sensetif....
Post a Comment