16 September 2009

Biskut Arab Susu

Watie bersiap untuk lebaran
Semua diperiksa berkali-kali
Biskut Arab jadi kegemaran
Diubah sesuai dari yang asli
Tahun ini merupakan TAHUN PALING MALAS kerana buat biskut raya pun se-ala kadar sahaja. Biskut Arab ini merupakan kegemaran kak e, jadi kak e pun buatlah sekadar memenuhi peruntakan yang telah dicadang.
Resepi biskut Arab ini senang dan umie ubah sesuai mengikut resepi lain. Sesiap nak mencubanya bolehlah ya...
Bahan
250gm minyak sapi
250gm gula halus
500gm tepung
Penyalut:
2 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula icing
* Gaul sebati kedua-duanya (untuk disalut ke atas biskut)
Cara
1. Campur minyak sapi dan gula - kacau sebati
2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut
3. Buat bulat-bulat (ikut suka) dan letak dalam loyang atau letak dalam mangkuk kertas
4. Bakar hingga masak/kekuningan
5. Bila sudah hampir sejuk, gaulkan dengan tepung susu+gula

10 comments:

Anya said...

I think its yummie.....
You are VERY creative
in the kitchen :)
Have a lovely cooking day ^__^

Lady of Leisure said...

biskut arab ni kegemaran lady ni..
cuma resepi nya lain skit dari yg lady slalu buat..
tapi any biskut arab will do semua sedap..

maiyah said...

salam.. wah sedap.. anak sy suka besekut arab nih :D

umi_e said...

Anya... Thank you :)

Lady... memang ada macam2 versi biskut arab ;)

maiyah... anak kak e tang tak suka :-S

eedany said...

mesti sedap ni... yummmmm

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)

KUNYiiL said...

salam
slmt ari raya..
teruskn pejuangan...

umi_e said...

eedany... semoga kita semua akan ceria dan gembira di hari raya :)

kunyil... terima kasih :)

Leyza said...

slm lebaran kak e,
cuba gantikan minyak sapi tu kepada shortening...pasti ada kelainan.lebih halus dan gebu gitu...

en_me said...

sodapnyerrr..

umi_e said...

leyza... terima kasih :)

en_me... memang sedap biskut ni ;)