4 September 2009

Mahzuz didenda!

Mahzuz cuba mohon simpati supaya dilepaskan

Musim hari hujan kini melanda
Di negeri utara sampaikan bah
Si Mahzuz terpaksa kami denda
Supaya perangai dapat diubah


Mahzuz begitu marah dirinya dikurung

Mahzuz yang kini berusia hampir 6 bulan bertambah besar dan lawa. Selama hampir 4 bulan Mahzuz bersama kami, dia kami belai dengan penuh kasih sayang. Namun sudah tiga malam dia kami kurung kerana perangainya yang sudah tidak boleh ditolak-ansur. Selama hampir empat bulan setiap hari umie dan anak-anak terpaksa membersihkan tahi dan kencingnya di dalam rumah.

Dia sudah dilatih untuk kencing-berak di dalam toilet tetapi ternyata dia tidak masuk ajar. Kami juga telah sediakan bekas pasir agar dia tidak kencing-berak di atas lantai ruang tamu tetapi pasir yang sepatutnya menjadi tempat buangannya telah dijadikan bahan mainan sehingga habis satu rumah berpasir!

Akhirnya kami terpaksa bersabar dan terus membersihkan kencing-beraknya setiap hari. Masalahnya keadaan itu tidak bersih dan sihat di samping umie dan anak-anak penat untuk membersihkannya. Bukan itu sahaja, toilet rolls dan pencuci lantai juga terpaksa ditambah bilangannya.

Beberapa hari yang lepas, ayah seolah-olah sudah tidak boleh menerima keadaan yang sebegitu. Ayah dengan penuh hemah telah menunjukkan masalah kebersih dan kesihatan yang perlu kami jaga. Pada hari itu juga kami menjalankan operasi membersihkan seluruh ruang tamu. Semua perabut dialih dan dibersihkan berulang kali untuk memastikan keadaan yang betul-betul bersih.

Ayah mencadangkan supaya Mahzuz dikurung setiap malam supaya dia belajar untuk kencing-berak di tempat yang sepatutnya. Kami pernah lakukan hal ini kepada kucing-kucing yang lain dan kini mereka tidak memberi masalah kecuali Mahzuz. Mahzuz memang menjengkelkan kerana sepanjang dikurung dia tidak kucing dan berak. Dia sanggup menahan kencing dan berak sepanjang dirinya terkurung tetapi setelah dilepaskan dia akan cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan melepaskan hajatnya sesuka hati dia!

Pada waktu siang, apabila Mahzuz tidak dikurung, kami terpaksa mengawasinya. Bila terlepas pandang sekejap sahaja, aroma harum daripada buangannya akan terhidu... Mahzuz seolah-olahnya tidak faham apa yang dia lakukan merupakan satu kesalahan. Selagi Mahzuz tidak mahu belajar membuang hajatnya di tempat yang sepatutnya, dia akan terus dikurung sepanjang malam kerana tiada siapa yang dapat mengawasinya di waktu itu.

Sekiranya sesiapa ada petua untuk membantu Mahzuz, dialu-alukan. Terima kasih.
* Sebenarnya sudahpun dicuba beberapa petua atau cadangan tetapi masih belum berhasil :(

24 comments:

Watierman said...

Salam Kak e...dalam kurungan tu kak e ada letak bekas pasir tak...??There is another alternative...beli spray liquid yang ada jual dekat per shop...spray pada spot yang dia selalu buang hajat tu...in fact...kucing ni kadang2 tak suka kongsi bekas pasir dia orang...one too many...banyakkan bekas untuk dia buang hajat....I have 2 cats with 2 litter box...nanti Watie post n3 pic of the boxes untuk Kak e..kalau kak e nak tengok lah!

Gee said...

Salam umie.

Takpe lah denda dia dulu supaya next time dia ingat. Memang kena kurung dan biarkan dia melepas dalam litter box itu nanti bila dia dah dpt baunye, dia akan pegi kat tempat tu.

myQza said...

kak e : dak utih saya dulu berak atas katil okey! punyalah marah saya asyik nak basuh cadar n jemur tilam. dia keluar main2 kat luar pun ending2 masuk bilik semata2 nak berak.. kurang asam!!

kucing ni deria bau dia kuat. saya basuh bersih2 sembur fabreez.. minyak wangi .. semualah supaya tidak berbau. sediakan litter box supaya dia kenal pasir tu.


cuba letakkan litter box dalam sangkar dia kak e.

saya dulu mula2 sampai kering tahi dia saya biar dalam litter box supaya dia dapat bau dan buang di situ.

now sekarang dah ok.

umi_e said...

watie... kak e dah beli benda tu - sekali sembur mau habis setengah botol. Tak jadi juga

Kak gee... dah letak passir tapi dia tidak kencing dan berak dalam kurungan. Macam dia tahankan je sampai keluar dari kurungan dia tu.

tedi... dah buat tapi dia tu tak masuk ajar - kucing lain yang melepas kan dalam tu - dia tetap tak mau!

Anya said...

Oops
thats not funny
you must poop in the litterbox ;)
I hope it goes better the coming days .... :)

umi_e said...

Anya... hope he learns from the lessons ;)

Maiyah said...

salam.. ekekeke.. kene dende, biar dia tahu nak buang hajat nya.. atau hajatnya masih tak tertunai tu yg protes :D

umi_e said...

maiyah... Mahzuz ni memang tak dengar kata sungguhlah! dia langsung tak mau kencing berak dalam bekas pasir atau di di luar atau dalam toilet. Jap ni tak perasan masa mana dia berak kat dalam rumah lagi... terus kena masuk dalam kurungan sebab dah geram sangat sebab tak faham-faham...

ASH said...

mesti letih tu..asyik nak membasuh satu rruang tamu..tambah tambaham dalam bulan puasa nih.
memang dugaan betul mahfuz..err..wat i mean mahzuz ni.

Ted said...

kata org tua2, kucing bila dah besar,,ukurkan lidi dengan ekornya, patahkan dan cucuk pada tanah.tataula rumah sis ada laman tanah ke tak.

kucing saya pun suka berak kencing bawah katil dulu, satu umah kene mop. Tapi tgk dia, kalau dia nak g bawak katil, bedal die dengan lidi, suh dia lari ke tanah.

memang kadang2 die bau tempat dia berak, die g lagi.

Nina Suria said...

salam kak e,
kakmOn dtg wat kunjungan ziarah..

btw Mahzuz ni baby baru eik, dah lama tak kemari, kita dah tercicir byk :D

iNa said...

kak e...
kene denda mahzuz...
alahai ..cian die...........
hehe..tue la..sape suh wat salah kan..

ItaJeff said...

Salam Umi...
Mahzuz tgh stress tu umi..ada yg dia tak puas hati tu...kucing ni kalau tiba2 jer berubah tebiat dorang mmg ada yg tak kena tu..kucing2 k.itapun ada jugak yg mcm tu...lebih2 kucing jantan.

Unknown said...

Huh..Kak kucing saya dulu..berak atas katil..kecuali Puteh dn suci..2 ekor tu baik sket..
Coobee dulu..saya tonyohkan muka dia kat berak dia..pastu jentik dia..biar dia tahu kita marah..

Tapi tak tau laa..dgn mahfuz..Biasanya..kurung aje..dlm sangkar..sampai dia terberak..sampai bila dia nak tahan...Jgn kuar2 kan dia akak..biarkan..sampai dia berak..dlm pasir tu

umi_e said...

ashley... memang penat dan tak menyihatkan...

Ted... dah bedal tapi dia ni degillah...

KakMon... baru juga dan ada lagi yang baru - Xing Yun :p

iNa... tu lah - tak dengar langsung tau

sis ita... Mahzuz tu buat hal sejak kami ambil dia... dah berbulan2 uruskan kencing-berak dia sampai dah tak tahan...

cintaana... dah buat camtu tapi tak menjadi - dia tak mau kencing berak dalam kurungan dia... bila keluarkan je terus meluru ke dalam rumah tau... geram kan!

Amy Nujaimy said...

salam kak e....

tgk si mahzuz.. tingat kat kucing kami si jessy.... dia ni bukan suka berak dlm umah kami tp depan umah org sebelah.... kena kurung dlm sangkar wit pasir gak..... bila dia dah ok... anak2 dia plak wat perangai..... tp tu dulu... masa kami masih di msia.... bila nk datang sini... kucing2 tu ada yg mati n hilang..... yg tinggal hanya sangkar(bangalow 3 tingkat...hehehe)

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah ramadan

ibundo said...

sabarnya umi...
memang patut didenda ni si mahzuz sebab dah nyusahkan uminya...

haritu kpah denda jordan tak bagi masuk dalam rumah sebab kencing merata. Dia tahu kita marah. Dia ngintai2 dan ngiau2 kat tepi pintu je dan tak berani masuk.

Sekarang ni dah okay dah.

Kucing ni macam orang gak, kena denda dia sikit.

umi_e said...

amy... kat sana tak bela kucing ke?

pakkaramu... salam ramadhan juga... terima kasih

kakpah... terpaksa buat keras hati denda sebab dah besar masih tak faham2 lagi...

norish said...

kak e.. norish dulu pun ada juga bela kucing nie.. tapi sejak dah dapat twin nie terus hantar balik kampung..

kucing wartie dulu tue tompok n kiki pun suka lepaskan hajatnya dalam umah.. tapi kami kurung juga la.. kurung siang malam.. makan tido n melepas semua dalam tue untuk 1 week.. selepas tue kami keluarkan bekas hajatnya tue n letakkan dalam toilet.. so malam kurung siang lepas.. bila siang kena pantau gak la skit.. bila tgk dia macm nak melepas tue bawa dia ke toilet biar dia lepaskan dalam bekasnya..

2 3 hari lepas tue dia dah tahu.. walaupun tak ada bekas dah pandai masuk toilet.. kalu pintu toilet tertutup dia mula la meleset2 kak kaki suruh bukakan pintu..

kak e try la mana tahu berkesan juga untuk mahzuz..

Watierman said...

Kak e kurung dia..wif bekas pasir & jangan bagi kucing lain kongsi bekas tu...rasanya dia tak suka bau kucing lain punya hajat kot....selagi dia tak buang hajat jgn lepas..makan minum pun kat dalam tu....

Anonymous said...

Salam kak e... Amboi...mahzuz tu mcm nama org je..hehehe...

umi_e said...

norish...

watie...

mahzuz tu degil! keras kepala... dia tahan kecing berak dia TAPI masalahnya anak2 kesiankan dia tu yg belum cukup tempoh dia lepaskan...

kekcoklat... memang nama orang pun heheheheh

linda_cute@misslyn said...

mesti something wrong n mahfuz kot ...xkan dia jadi gitu...
kesian lak tngok dia dlm sangkar tu... minta simpati...ala cian mahfuz..tu la nakal sgt...