Kasawari beli susu tin cap junjung
Buat teh tarik untuk minuman pagi
Pada hari raya ke-4 umie telah menerima kunjungan raya oleh rakan blogger iaitu Kasawari yang datang bersama isteri dan dua orang sepupu mereka. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung ke teratak kami.
Kedatangan mereka tidak dapat dijamu dengan hidangan yang istimewa, sekadar hidangan ala-kampung yang biasa kerana kebetulan pada hari itu umie berada di Nilai. Walau apapun umie tetap rasa gembira kerana ada yang sudi menziarah kami di hari raya ini.
Kepada Kawasari dan Linda, jangan serik untuk datang ke rumah kami lagi ya... Buat kawan-kawan yang lain, dipersilakan untuk berkunjung ke sini jika sudi :)
3 comments:
kak e.. tahun ni buat open house?
suasana raya masih terasa kan walau dah seminggu.. cuma hati ada sikit sedih meninggalkan ramadhan.. semoga tahun depan kita masih berpeluang merasa nikmat ramadhan..
lady... rumah kak e sentiasa akan dibuka :p
* silalah ke Bangi ya :)
hu hu.. baru perasan ada entri ni... ni geng Kulaifornia ni.. huhu../
thanks kak e.. jgn serik gak dtg sini.. nanti linda masak mee goreng mamak!! ha ha
Post a Comment