Cik Mat Gebu keturunan nyonya
Keluarga Cinanya masih bersama
Ramadhan sudah dipenghujungnya
Kini hari raya pula bakal menjelma
Sekejap sahaja dahpun 19 hari kita berpuasa, tidak terasa bulan Ramadhan yang mulia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya... Bagi umie dan keluarga, sambutan Ramadhan tahun ini amat bersederhana, hidangan juadah berbuka seala-kadarnya sahaja.
Sambutan hari raya juga tidaklah beria-ria sangat. Tidak tahulah kenapa tahun ini seperti 'tiada hati' untuk beraya seperti tahun lalu. Tahun ini, nak buat biskut atau kuih raya pun rasa seperti tidak bermaya. Namun dikumpulkan juga semangat untuk beraya dan akhirnya jadilah biskut raya pertama yang umie hasilkan.
Jika tidak teringatkan ibu mertua di kampung, rasanya umie malas nak buat kuih. Sejak 'bergewe' lagi umie pasti megirimkan kuih raya buatan sendiri kepada Ma. Sehinggalah berkahwin dan mempunyai anak, setiap tahun umie akan buat kuih raya sendiri. Pernah juga beberapa tahun dulu umie buat kuih semasa di kampung. Ma terpaksa melayan umie mencari bahan-bahan kuih di pasar hehehehehe (kenangan indah berharai raya).
Tahun ini kalau umie tidak buat sendiri, rasanya umie akan mematikan budaya mengirim kuih hasil air tangan sendiri kepada Ma. Alhamdulillah... kerana Ma umie kumpulkan semangat dan kerajinan untuk beberapa seketika sehingga biskut ini masak. Umie mulakan dengan biskut yang simple dulu. Nanti2 umie buat lagi... cadangnya buat yang mudah-nudah je lah...
Kalau ada yang nak cuba, bolehlah ya...
Bahan
50gm ghee
200ml minyak sayur (minyak masak)
400gm tepung gandum
200gm gula halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan kuaci (sun flower seeds) - simpan sedikit untuk hiasan di atas
Cara
1. Campurkan ghee, minyak dan gula - kacau rata
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam
3. Masukkan tepung kedalam campuran tadi (no.1) - gaul jadikan doh (tak lekat dalam bekas/tangan)
4. Campurkan kuaci dan gaul rata ke dalam doh
5. Canai ikut ketebalan yang sederhana, potong2 ikut suka dan taburkan kuaci sebagai haisan.
5. Bakar pada suhu 180c sehingga kekuningan

13 comments:
sedapnye biskut.. mintak sikit..huhuh
satu beskot pun belum buat lagi ni kak e!!
putra nak eekkk, meh ker ke rumah...
tedi... masih ada lebih 1 minggu untuk membuat biskut ;)
emm nanti sy akan comfrm ng anak-anak kaka e yang lain..wah best nye mesti sedap masakan kak e kan..huhuh blh2 nanti kita pegi umah kak e.. nanti ape2 kita org bagitau kak e
salam...
ermm...
nampak mcm sedap...
tahun ni kami sekeluarga tak buat apa2 persiapan raya pun..
dari kecil saya tolong arwah mak buat kuih raya...
tahun ni semua tu hanya tinggal kenangan...
putra... confirm cepat2 tau... nanti bolehlah 'anak2 perempuan' kak e tolong masak :p
putera cinta... yang pergi tidak akan kembali namun kenangan akan terus abadi... saya faham kenapa persiapan tidak semeriah dulu kerana ibu sebagai tunjang telah tiada bersama... banyakkan berdoa buatnya di sana... kita yang masih bernyawa kenalah teruskan kehidupan kita...
umi-e..kita nak cuba..tq
Hmm...saya mmg suka biskut ada suji, nak kena try nih...saya lak tiap2 tahun, warm-up buat biskut dengan biskut semperit, bila dah start wat semperit baru mai mood nak buat biskut lain. Tapi semua biskut retro jer....
At least dah ada satu tuhhh..
he he he
Datin el... silalah mencubanya
Mawar Merah... samalah kak e pun tapi tahun ni mula dengan biskut ni dulu sebab adik kak e nak sangat - takut tak terbuat kalau dah hujung2 so buatkan dulu sebagai pemanas semangat hehehehe
ashley... dah ada satu tapi dah berhari2 tetap satu tu juga hehehehehe
tahniah e dah ada biskut raya pertama..akak tengah terjah blog kwn2 yg buat biskut raya ambik semangat..hehe
kak azah... memang malas sungguhlah saya tahun ni... tak tau kenapa...
salam kak..
nnt amy nk amik resepi biskut nih erk..aritu mkn sket jek sbb smpn space tuk nsi dage hehe..
Post a Comment