19 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya & Selamat Tinggal Ramadhan :(


Inahar membuat serikaya
Untuk diberi kepada rakan
Esok kita sambut hari raya
Pakaian sudah disediakan

Hari ini merupakan hari terakhir kita berpuasa. Ramadhan akan ktia tinggalkan dengan penuh kesedihan dan keinsafan. Semoga Ramadhan ini memberikan pelbagai nikmat dan ganjaran sebagai bekalan di alam yang kekal abadi... Esok pula kita semua akan menyambut hari raya. Pada masa ini sudah banyak rakan-rakan yang telahpun sampai ke kampung halaman. Semoga semuanya akan selamat sampai ke destinasinya dengan sejahtera.

Persiapan hari raya terutamanya pakaian sudah tentu telah disiapkan. Jika belum, hari inilah merupakan hari untuk membeli dan melengkapkan mana-mana yang dirasakan kurang. Tahun ini, tema pakaian raya umie sekeluarga ialah 'kehijauan'. Dari dulu-dulu lagi, setiap tahun kami akan berpakaian sedondon.

Gambar di atas, merupakan baju ayah yang telah disiapakn. Bersama baju ayah itu adalah baju-baju 'anak-anak bulu' umie. Pakaian mereka juga disesuaikan warnanya - sepadan dengan warna baju ayah.

Esok kami semua akan berpakaian sedondon dan umie akan merakamkan gambar setiap daripada 'anak-anak bulu' umie dengan pakaian raya mereka ;)

*Selamat bergembira ya...


No comments: