kek untuk Ian dihias dengan spiderman
Tentang rupanya Cik Mat berahsia
Perkara yang lain semuanya biasa
Salam Merdeka buat warga Malaysia
Salam Merdeka buat warga Malaysia
Semoga negara terus aman sentosa
kek set tiga serangkai - ada nama tuannya
Hari ini Ulang Tahun Malaysia yang ke-52! Malaysia dah bertambah berpengalaman dan matang dalam semua aspek. Semoga Negara kita akan terus aman sentosa dan rakyatnya dalam keadaan sejahtera sentiasa...
Kek BlackForest dengan hiasan Cherry (tempahan buah tangan untuk majlis tepung tawar)
Kek yang ditayang di sini merupakan kek olok yang telahpun berada di tangan tuannya. Untuk Birthday Boy, Ian yang ke-2, umie buatkan kek yang simple sahaja sebab budak-budak besar tu bukannya tahu apa-apa sangat. Cuma masa kek itu diserahkan, si Ian cuba untuk mencuitnya :D dan minta dari mummynya. Kesian juga kan... mengharap je budak kecik tu nak makan kek :)
Cuppies pula merupakan set 3 serangkai dan setiapnya telah diletakkan nama tuan punya iaitu Jasmine, Marie dan Soffi seperti yang diminta. Harap mereka gembira dengan cake dan cuppies mereka itu.
* Kalau ada sesiapa yang berminat untuk tempahan apa-apa majlis - silalah hubungi umie ya ;)
Kek BlackForest dihias dengan strawberry (tempahan di majlis perkahwinan)
19 comments:
gambar kek.. mengiurkan... ekekekek
tedi... kalau nak buat untuk daj utih boleh lah :p
kak e.. beh nya kek.. yummy....
nak ke yu ;) tapi tak blh makanlah :p
OMG! Sangat suka sama cupcakes itus, sangat delll nampaknye~
It looks so yummie.......
I wish I could eat it now ... LOL
Have a wonderful day :)
alex... nak ehhh meh ler umah ;)
anya... thanks :)
salam.. cantik kek tu.. meriah, ulor2 ler kat kita :D
salam maiyah... nak eekkkk - meh ler alamat :D
salam umi_e..alahai bila tgk masa puasa mcm rasa nak gigit aje cc tu..macam real ek..
kak...kurus pahala pose sy pagi2 ni eheh :)
kak ina... memang buat sereal mungkin ;)
catlina... jangan takut, pahala puasa tak jadi kurus sebab tak boleh makan hehehehehe
salam merdeka dan salam ramadhan kak e. wah... kek birthday rupanya. anak sedara kakchik pun sambut birthday dlm bulan ni, 3 orang semuanya. dalam peti ais tu hampir tiap minggu ada kek, tapi belilah... tak reti nak buat, hehe
kakchik... cubalah buat - kakchik bukan tak reti tapi tak ada kesempatan nak buat... kan...
wah sudah boleh buat tempahan ek.. jab jab.. 20/12 nanti leh buat kek berlogo Kasawari tak.. he he
kasawari eekkkk errmmmm nak besar mana :p
salam ziarah,
apakhabar?
ETIKA TELEPON>utk renungan u
I dapat lawak talipon dalam e-mel. Mungkin ini cara nak kenakan pemanggil yang tidak tahu etika talipon:
1. Pemanggil: Helo, May I speak to bedah please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.
2. Pemanggil: Helo, siapa disana?
Jawapan: Entah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..
3. Pemanggil: Helo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.
4. Pemanggil: Helo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maaf cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur, tolak, kali dan bagi.
5. Pemanggil: Helo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak tak ada rumah. Bapak ada. Pasal rumah ni bapak yang beli.
7. Pemanggil: Helo, saya bercakap dengan Siti?
Jawapan: Maap, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye ... time kacih.
8. Pemanggil: Helo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maaf.
9. Pemanggil: Heloooo ...
Jawapan: Helo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?
10. Pemanggil: Helo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maaf. Ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Pemanggil: Helo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Pemanggil: Assalammualaikum...
Jawapan: Waalaikummussalam ...(tupp!..terus letak tepon. Hanya untuk wajib jawab)
jgn marah k.saja seronok2 nak share dgn u.tq
R, A, M... terima kasih kongsi lawak tu :)
wahh....bestnya tengok kak e pandai wat kek..
bulan2 poser nie..tengok blog akak..segar terus mata..
hhehhe
Post a Comment