10 September 2009

2nd Exchanged Gift (EG-Raya)


Dibuat khas untuk FA, si Kakak kata cakes in a cake ;)

Kak Intan berjoging setiap pagi
Buat badannya sihat tidak terkira
EG kali kedua ini umie sertai lagi
Harap FA terima dengan gembira

Terima kasih kepada mrsnor kerana mengundang umie untuk sertai EG kali kedua sempena sambutan hari raya ini.

Pasangan umie ialah FA (Beautifulpottery) atau Far Away memang jauh sungguh di UK sana! Mula-mula dapat pasangan dengan FA, kak e terfikir, nak kasi apa agaknya sebab FA tidak perlukan lagi barang2 ala-ala Inggeris atau antik sebab FA tokeh untuk itu.

Setelah berbincang dengan si Kakak, akhir kami bersetuju untuk buatkan FA faux cakes. FA juga tidak kebratan menerima apa saja dari umie. Rancangan awal untuk buatkan FA 'sebiji' cake dan beberapa cuppies tetapi si Kakak kata harus buatkan sesuatu yang lain dan istimewa namun tetap sebagai sebuah cake!

Kakak mengatakan ini merupakan salah satu 'product' yang dia akan buat jika ada tempahan daripada sesiapa yang berminat. Cake yang boleh dimultigunakan iaitu sebagai haisan dan juga tempat untuk menyimpan barang-barang berharga. Menurut si Kakak, orang tak akan tahu jika itu adalah suatu tempat menyimpan barang kecuali kalau diberitahu.

Kakak dapat idea daripada 'DeviantArt ' yang dia jadi member di alam maya tetapi kakak telah modified idea asal menjadi cake seperti di atas. Hari-hari kakak melepak di situ untuk melihat dan berkongsi idea segala macam bentuk seni!Umie pun jadi leka melihat hasil seni yang begitu cantik dan mengagumkan di situ! Memang mengasyikanlah!

* Nak tolong promosikan untuk si Kakak - kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi umie ya...

** dan kata Kakak lagi (kakak tak ada blog) - kalau ada sesiapa yang berminat untuk meniru idea ini - tolonglah berikan kredit - jangan buat seolah-olah idea asal sendiri ;)

13 comments:

Gee said...

Salam umie.

Cantik lah faux cake. Untung FA. Sure dia suka lah.

umi_e said...

Salam kak gee... Thanks :)

Maiyah said...

salam.. cantik.. kiutttt :D

arsaili said...

salam umi? cam mana puasa? berhari raya kat mana?

umi_e said...

maiyah... terima kasih :)

arsaili... puasa, alhamdulillah cuma raya rasanya beraya di sini je :S

myQza said...

unik dan menarik... tahniah untuk kakak juga..

beautiful pottery said...

salam kak e..mmg cantik sangat kak e..fa tak sabar nak dapat cake ni..rasa cam nak makan je kak e..terima kasih banyak2 kak e dan kepada anak kak e..well done!!boleh jadi taukeh kek anak kak e ni pandai sangat deko kek..

Anya said...

Wow!!
It looks so yummie........
Its artwork did you make it self??
=^.^=

Unknown said...

CANTIK LAAA KAK E...

Anya said...

Thank you fot your answer :)
My compliments you are very creative and a very good cook :)))
:)

~FAWA~ said...

kak e...kakak tu siapa? anak akak ker? wah mabeles sangat cake box ni ...

umi_e said...

FAWA, si Kakak tu anak sulong kak e yang buat kak e gi cari kedai MULTIFILLA berpusing2 - berjam2 :D

~FAWA~ said...

bagus lah kalau dia ada bakat leh di kembangkan.........
knp cr berjam2...mesti sesat @ x perasaan multifilia tu kan...