28 July 2009

* Long Que *


Keris sakti milik seorang pangeran
Kuasa saktinya sudah luas tersebar
Mereka beratur menunggu giliran
Mahzuz dan Envy yang tidak sabar


Kebetulan semasa memberi makan, entah kenapa kucing-kucing yang lain memberikan peluang kepada Chiku untuk menjamah makanan terlebih dahulu. Kebiasaaannya Chiku akan beralah dan hanya duduk di tepi memerhatikan adik-adiknya makan dan menuggu sehingga mereka selesai barulah Chiku akan menjamah makanan yang disediakan. Oleh kerana itu Chiku sering diberikan makanan dalam bekas berlainan kerana jika tidak, Chiku pastinya tidak dapat makan kerana makanan yang diberi telah habis dimakan oleh kucing-kucing yang lain.

Kali ini yang lain duduk beratur memberi laluan kepada abang sulong mereka yang begitu penyabar :) Hairan juga sebab Mahzuz yang nakal itu juga beratur dibelakang dengan tenangnya sebab biasanya Chiku dan yang lain akan mengalah dengan perangai gelojohnya itu.


Setelah Chiku selesai makan, dia beralih untuk minum dan Mahzuz cepat-cepat bangun untuk menggantikan tempat Chiku. Envy yang tadinya berada di barisan belakang nampaknya tidak sabar dan dia langsung meluru ke depan untuk makan bersama dengan Mahzuz.


Seperti biasa Chiku akan minum air selepas makan. Mahzuz dan Envy mula untuk makan tetapi Envy memerhatikan si Itni yang masih berada di tempat duduk. Envy seolah-olah mempelawa Itni untuk bersama-samanya dan mahzuz untuk makan beramai-ramai tetapi Itni hanya mendiamkan diri.
Itni tidak bergerak, seolah-olahnya menunggu sesuatu atau mungkin Itni merajuk? Tidak. Itni tidak merajuk kerana Itni memang kucing yang baik. Itni akan mengalah dengan adik-adiknya kerana Itni kakak Ngah yang sentiasa mendahulukan adik-adiknya seperti Chiku juga (Itni selepas Chiku)

Chiku pula kelihatannya masih terus menghilangkan rasa dahaganya selepas kenyang menjamah hidangan yang telah disediakan.


Apabila Chiku puas minum dan rasa hausnya hilang, dia terus berlalu dari ruang makan. Itni yang dari tadi duduk menuggu kemudian bergerak dan menuju ke arah Mahzuz dan Envy yang sedang asyik menjamu selera.



Itni terus duduk menunggu, rupa-rupanya Itni tidak lapar tetapi haus. Oleh kerana itulah Itni hanya menunggu sehingga Chiku selesai makan dan minum. Itni menghilangkan dahaganya...
* Seronok tengok kucing-kucing umie begitu bersopan begitu... umie rakamkan aksi mereka untuk kenangan :)

27 July 2009

DIY * DO IT YOURSELF *


Fieza masak puding pelangi
Puding dimasukkan santan
Kasut comel berbau wangi
Dibuat tanda persahabatan

Hari jumaat baru ni, adik kak e ke sini (dah cerita pada n3 semalam). Dia telah bawakan beberapa ole-ole yang dikirim oleh leyza yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Pada malam itu juga kak e dan adik kak e buat projek untuk dijadikan sebagai tanda persahabatan buat leyza yang telah bersusah payah mengirimkan barang. Pepatah Melayu menyebut, ada ubi, ada batas dan orang berbudi, pasti dibalas :)

Jom kita buat sama-sama... Inilah cara-cara yang ringkas dan cepat untuk menghasilkannya :) dalam masa 15 mins je adik kak e dah siapkan :)








25 July 2009

Ole-ole dari Skudai

Gambar ehsan dari blog leyza
Cik Mat gebu cuba membuat vadai
Penat mencari resepi tergaru-garu
Ole-ole pemberian Leyza di Skudai
Ianya diterima dengan rasa terharu
karipap segera sampai 4 bungkus banyaknya :p

Hari ini umie nak sebut tentang ole-ole dari Leyza. Umie mula-mula kenal leyza di Forum MyR dan dari situ disambung pula ke blog. Leyza tinggal di Skudai dan tidak jauh dari rumah adik (kembar) umie. Sebenarnya umie ada niat nak berjumpa dengan leyza bila pergi ke Skudai tetapi sentiasa ada halangan. Mungkin belum dijodohkan untuk bertemu agaknya...
Semalam adik umie ada urusan di KL, leyza telah mengirimkan ole-ole untuk umie (susah-susah je lah leyza ni... tapi rezeki jangan ditolak :) dan umie terima dengan perasaan terharu... Terima kasih yang tidak terhingga di atas ole-ole yang amat dihargai... Terima kasih daun keladi...



karipap yang telah digoreng :)



19 July 2009

~TAG~ from kak pah


Tiap hari sapu sampah
Luar rumah dibersihkan
Tag diberi oleh kak pah
Kini telah pun dilesaikan


Kak pah kasi tag untuk umie selesaikan :-S

Biasanya bila dapat tag, tengok 'angin' juga untuk menjawabnya :P
Tag ni panjang berjela dengan soalannya... tapi sebab 'angin' ok, umie jawablah tag kak pah ni ya ;)

1. Bekas kekasih saya adalah : Tiada bekas :P ( sebabnya semua tidak dianggap sebagai kekasih hehehehehe)

2. Saya sedang mendengar : Tidak dengar apa-apa masa ini sebab rumah tak ada sesiapa :D

3. Mungkin saya patut : Mengemas rumah ;)

4. Saya suka : Suka bersantai-santai di atas katil dengan kucing-kucing :D

5. Sahabat-sahabat baik saya : Bagi saya semua sahabat adalah baik ;)

6. Saya tak faham : Orang bela haiwan (khususnya kucing) tapi bila dah beranak pinak buang kat pasar atau di mana-mana... (memang sensitif - sakit hari!)

7. Saya kehilangan : Setakat ini belum ada lagi yang hilang :D

8. Ramai yang kata : Tidak dengarlah pulak orang ramai berkata-kata :p

9. Makna nama saya : KEBAHAGIAAN

10. Cinta itu adalah : suatu anugerah Allah SWT

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : tak taulah ya... dia sedang buat apa :p

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : FOREVER


14. Telefon bimbit saya : Dari mula-mula guna hp - awal 90an (guna jenama ERICSSON - masa tu dah kira kecil tapi tebal) - sehingga sekarang setia pada jenama ERICSSON walaupun sudah bergabung dengan SONY :p

15. Bila saya terjaga dari tidur : Rasa malas nak bangun so golek2 lagi sampai terpaksa bangun :S

16. Saya paling meluat bila : Entahlah eekkkkk (jarang saya ada rasa meluat ni...)

17. Pesta/Parti adalah : Bila ada makan-makan :P

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah : Nak kata paling comel - payah juga sebab semua haiwan comel dengan rupa dan gaya yang tersendiri :p

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Masa di sekolah rendah dan ke bawah :)

20. Hari ini : Nak merajinkan diri untuk mengemas rumah ;)

21. Malam ini saya akan : Tidur bila tiba masa untuk tidur.

22. Esok saya akan : Cuba nak berpuasa ;)

23. Saya betul-betul inginkan : Merasa rajin dan bersemangat untuk menyudahkan kerja yang terbengkalai...

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini : Bertekad untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh...

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah ialah tempat membeli barang2 keperluan dan arked permainan pula ialah tempat budak2 muda (remaja) lepak2 buang duit dan buang masa :P

26. Makanan barat atau Jepun : Makanan barat OK juga tapi makanan Jepun tekak tak boleh terima (buat untuk layan anak2 je)

27. Bilik yang terang atau gelap : Terang bila matahari dah terbenam (kena nyalakan lampu) - gelap bila dah nak tidur :D (padamkan lampu untuk jimatkan elektrik)

28. Makanan Segera adalah : Semua dah tersedia - termasuk duitnya sekali kena sediakan awal-awal lagi :P

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : "Adik... tolong umie kemas dapur ok... TQ"

30. Siapa yang anda mahu TAG?: Sesiapa sajalah yang rajin nak menjawan TAG ini ok :) Sila-silalah ya... Terima Kasih :)

18 July 2009

* Happy Birthday To You Darling *


Pergi pasar bersama kak noami
Berhenti di warung beli sarapan
Selamat ulang tahun buat suami
Semoga Allah berkati kehidupan


Today is my darling husband's birthday :) Happy Birthday To You Darling... Here are some words of poems for you, my dear husband ;)


Ayang...You give me the good times
Comfort me in times of sorrow
You support me at any time
Make me looking for tomorrow

Ayang...You are so determine in life
That is what i clearly can see
I am glad you are in my life
You mean so much to me

Ayang...You have a good soul
And also so have a good heart
My dear, you are so adimirable
And also you are so smart

Ayang...Thank you so much
For everything and who you are
Everytime when i look at you
I will always see a shining star

17 July 2009

Faux Cuppies/Cakes For sale

Strawbeery Swirl with coloured sugar and Choc Spoge Cake with vanilla topping

Kak ina pergi jalan-jalan
Singgah jap di Trengganu
Si kakak nak cuba jualan
Kalau mahu kasilah tahu

Si kakak memang suka sangat dengan 'kraf'. Macam2 yang dia suka cuba dan buat. Kelmarin umie dah belikan dia macam2 barang untuk 'kerja tangan' di kedai Multiffila. Beratus jugalah duit umie melayang kat situ sebab harga barang-barang tu semua bukannya murah. Oleh kerana minat dan dia suka sangat maka umie ikutkan sahaja.

Sesiapa yang ingin membeli faux cuppies (lihat juga di sini dan di sini ) bolehlah buat tempahan di sini ya... Si kak baru hendak berjinak-jinak untuk mencari duit pocket supaya dapat terus membeli bahan-bahan kraf yang dia perlukan. (Takkan terus2 nak minta umie belikan... kenalah pandai rolling modal kan...)

Umie akan cuba bantu kakak sebaik yang boleh...

* Design cuppies/cakes boleh seperti cuppies yang benar. Berikan sahaja contoh dan rupanya dan akan dibuatkan :)

* Boleh dibuat sebagai hadiah dan diletakkan ke dalam bekas seperti 'dome'


HARGA MINIMA hanya RM10 SATU! (Tempahan lebih dari 10 biji akan diberikan harga lebih murah)

14 July 2009

Mahzuz * before and after 3 months with us *




Mahzuz on the street where we first met him.

Mahzuz's first ride in the car when we took him home.





Ryana peminat barang-barang lama
Bila berkenan tidak akan dibiarkan
Dahpun tiga bulan mahzuz bersama
Kelakuan nakal amat menghiburkan



This is our Mahzuz, the youngest in the family :D we found him three months ago on the path way, next to the pet shop that we regularly go to. We were going to get some food for our cats when my daughter saw him. We look at him and he was so "manja" but at the same time he was so ugly with the fungus all over his body and a dropped jaw.

Mahzuz in the kitchen after a day with us....and also with our late Jess.



My daughter wanted to take him home because she pitied him. At first i didn't want to take him home because i was worried my husband will not agree to it. Therefore, we 'planned' something; we took him back and pretended he came to our door by himself hehehehehe . After, my husband agreed to let us keep him. Only then we told him the real story of how we found mahzuz.


We took him to the vet. The story about it was in this entry. Now Mahzuz has already stayed with us for three months. He looks so handsome and playful now. He also broke my vases and bottles which i loved so much :( I just can't stop him from running and jumping around the house so, I have to put down all those stuff I have on the tables.


Mahzuz is very healthy now but in two months time we will take him to the vet for a regular check-up and to also neuter him. I prefer him to be neutered so that he will never be involved in the fights with other male cats when he feels like he needs to mate. We hope Mahzuz will grow healthier and I will talk about him again in another entry.



Mahzuz waiting patiently for his check-up after around a month when we first took him in.



12 July 2009

Tag from kak Gee


Suka cuci mata di blog Azlina
Buat decoupage di atas koleh
Tag ini oleh My Little Persona
Akan cuba dibuat sebaik boleh


Since Kak Gee wrote this tag in english, so I'll write this in English too except for my pantun :p

First of all, thank you kak gee for thinking of me by giving this tag. I just knew kak Gee from one of the bloger's blog of which i like to visit. After I came across kak gee's blog, i become her regular 'customer' hehehehehe. I love cats and so does kak gee and her family!
Actually, I am a bit lazy to complete the given task in the tag but for kak gee's sake, I'll do my best to take on the challenge :p

Here are the rules:

1-- Go to your photo files…Select the 6th photo folder.

2-- Select the 6th photo in that folder.

3-- Post that photo along with the story behind it.

4-- Then challenge 6 blogging friends to do the same!



This is the sixth photo in my sixth picture's folder.





The 6th photo in my 6th pictures' folder is a picture of our little KITTY. She was one of the three kittens that were abandoned by the neighbour. So we took them in and tried to give them away. Two were given away which left her alone, so we decided to keep her but she did not stay long... She passed away after 2 weeks of last year's hari raya :(

And now I'm challenging these wonderful bloggers to play the game.


Cik Mat Gebu ---> here
Leyza ---> here
Inahar's cooking ---> here
Kasawari ---> here
SMM ---> here
Watierman ---> here



7 July 2009

Takoyaki (3)


Pelita kak azah bersusun tiga
Membeli pelita di waktu pagi
Takoyaki ini resepi yang ketiga
Makanan kesukaan dicuba lagi

Takoyaki merupakan kegemaran si kakak, sudah dua resipi dicuba dan ini merupakan resipi yang ketiga. Resipi ini paling kakak suka sekali.

Resipi untuk takoyaki kali ini umie belum sempat untuk menaipkan di sini. Bila-bila sempat umie letak ya... Sebenarnya resipi yang ketiga ini lebih kurang dengan yang pertama dan kedua cuma ada sedikit tokok-tambah di dalamnya ;)

Kalau nak tengok resipi yang sebelumnya iaitu yang pertama dan yang kedua kami cuba, bolehlah click di sini dan di sini ya :)

6 July 2009

Exchange Gift ~ Thank You ~


masz73 orangnya tinggi lampai
Sayangkan anak tidak diabaikan
Pemberian EG telahpun sampai
Terima kasih ucapan diberikan
Rakan EG umie iaitu kak azah dari KK telah mengirimkan barang-barang seperti di dalam gambar di atas untuk umie. Terima kasih di atas EG yang telah umie terima. Oleh kerana umie lebih kepada memasak, maka kak azah telah memberikan buku masakan (kebetulan umie belum ada buku tersebut dan bolehlah dijadikan tambahan koleksi buku masakan), dua pelita minyak tanah dan dua helai sapu tangan ala-ala zaman masa umie kecik-kecik dulu :)
Terima kasih daun keladi ya kak azah dan juga mrsnor yang telah menjayakan EG ini :)

5 July 2009

Barbie cake ~ again ~

Mama Fahmi berniaga kek cawan
Sudahpun terkenal di serata alam
Tolong buatkan untuk anak kawan
Birthday sudah disambut semalam
Seorang kawan minta tolong untuk decokan kek untuk anaknya. Umie janji untuk menyediakan semua bahan untuk deco. Dia datang bersama anak birthday girl untuk barbie cake ni. Birthday girl ada sama untuk melihat proses menghias kek barbienya...
Kawan umie pun teringin nak memicit icing dan umie berikan pada dia untuk sama-sama memicit BC ke atas barbie anaknya itu. Disebabkan dia datang juga sudah lebih jam 9.oopm dan perlu untuk menyiapkannya cepat, umie tolonglah semampunya...
Umie tidak dapat hadiri majlis itu, anggap deco barbie sebagai hadiah untuk birthday girl :)
* umie puas hati bila kanak2 rasa gembira... kegembiraan itu sudah cukup menjadi upah atau bayaran kepada apa yang umie dah lakukan :)

4 July 2009

Exchange Gift (EG) ~ FAWA ~

Cik Mat mimpi pergi ke Surabaya
Mimipi kaki sakit jalan terketar
Berjumpa FAWA di Subang Jaya
Hantarkan EG cumalah sebentar
comelnya anak2 FAWA
Gubahan bunga di dalam pasu yang ala-ala aladin
Pagi-pagi lagi umie dah keluar untuk mengambil kakak angkat umie untuk temankan dia ke KL. Umie ambil kesempatan itu untuk membuat pertemuan dengan FAWA untuk menyerahkan EG yang umie patut berikan kepadanya. Seperti yang dijanjikan, umie telah menggubah bunga bersama pasu yang umie beli. Mungkin hasil gubahan umie tidaklah secantik pakar gubah bungaan namun umie berharap FAWA akan gembira menerimanya :)
cuppies dalam bekasnya
Seperti yang dijanjikan juga, umie berikan FAWA faux cuppies 'masterpiece' yang umie dan Kakak buat. Supaya cuppies ini diberikan bersama bekasnya maka umie telah membeli bekas kuih dan hiaskan bekas tersebut bersama renda warna 'kekuningan' untuk disesuaikan dengan warna bekasnya. Mungkin hasil faux cuppies umie kurang memuaskan namum umie amat berharap FAWA suka dengan hasil pertama itu :)

Inilah rupa faux cuppies yang umie sediakan khas untuk FAWA dan semasa di C4 Subang Jaya, ketika umie nak tinggalkan di tempat CUSTOMER SERVICE, pekerja di situ menyangka ianya cuppies betul dan tanya kalau dia boleh minta satu sebab esok birthday dia heheheheheh :D Kesian juga kat adik pekerja tu, umie hanya dapat ucapkan Happy Birthday saja kepadanya sebab faux cuppies ini memang sudah di khaskan untuk FAWA ;)

3 July 2009

Faux Cuppies & cakes ~ we did it & Thanks to ana ~


Si puteh anak kucing si Anna
Kena vaksin lemah terus rebah
Ilmu asal diajarkan oleh si ana
Kemudian sendiri yang tambah


Cuppies dan slice cake dalam gambar di atas itu umie dan si Kakak yang buat. Jalan-jalan kat blog ana dan nampak faux cuppies dan slice cakes yang cantik-cantik. Umie bertanya bagaimana untuk membuatnya dan dengan bermurah hati ana memberikan keterangan ~ thanks ya ~ dan si Kakak terus mencari maklumat tambahan di internet.


Kami berdua tak sabar-sabar untuk membuatnya dan akhirnya kami buatlah mengikut apa yang ada dan kreativiti sendiri sebab bahan-bahan yang sepatutnya kami gunakan tidak kami temui... Hasil daripada 'pandai-pandai' menggunakan bahan-bahan yang kami rasa dapat menggantikan bahan yang dicadangkan, maka terhasillah cuppies dan slice cakes yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan yang dihasilkan oleh ana atau orang lain ;)


Umie ada satu lagi set cuppies dan slice cake (tidak sama seperti yang di atas sebab untuk EG dan tidak boleh dipublished sebelum diterima oleh tuannya) untuk umie berikan kepada FAWA sebagai EG (Exchange Gift) yang umie sertai. Ada satu lagi benda yang juga gabungan hasil tangan umie untuk FAWA tapi tidak dapat nak dipublishedkan sebab itu sudah dianggap sebagai 'hak' FAWA. Tunggulah bila umie dah serahkan kepadanya baru akan dipublishedkan ;)


Sudah ada yang berminat untuk menempah faux cuppies ni dari umie :D tapi umie masih memikirkan cara dan harganya sebab umie ni kan jenis yang tak pandai berniaga...ermmmm kalau ada siapa-siapa yang lain turut berminat nak menempah bolehlah ya... dapat juga umie buat biz kecil-kecilan kan... hehehehehehe :p





Awards ~ thanks ~





Belajar buat faux cakes dari ana
letak dalam piring tidak beralas
Awards diberi oleh coco & catlina
hanya terima kasih dapat dibalas


Ucapan terima kasih kepada catlina dan coco di atas pemberian awards ini kepada umie. Disebabkan umie ada mood untuk buat nn3 tetapi tak dapat nak upload gambar untuk n3 hari ini, maka awards yang diberi umie letakkan di sini ya...
Terima kasih daun keladi...











2 July 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ZUBIR & NIDA


Anna beri si Putih makan ikan
Si Putih berlari terkinja-kinja
Selamat ulang tahun diucapkan
Kepada adik-adik yang manja

Hari ini ulang tahun dua orang 'adik' umie yang manja. Seorang duduk dekat sahaja tempat tinggal umie dan seorang lagi berada jauh di seberang lautan (miss you sis!)

Sempena ulang tahun mereka berdua, umie ucapkan selamat hari lahir dan semoga kalian terus sihat sejahtera.

* Atas permintaan Zubir sendiri, umie buatkan PULUT KUNING & RENDANG AYAM sebagai hadiah hari lahir tahun ini (gambar belum dapat di-upload).

* Nida jauh sangat... :)



1 July 2009

Award ~ Thanks Fida ~



Leyza masak sambal lada
Makan sama ikan tenggiri

Terima kasih kepada fida
Di atas award yang diberi
Hari ini tanggal 1 July 2009... Cepat sungguh masa berlalu! Hati menjadi semakin panic bila rasakan masa begitu cepat berlalu... Jadi takut... tak mungkin dapatbalik semula masa yang dah berlalu dan rasa seperti tidak mungkin juga akan dapat mengejar masa yang hanya tinggal beberapa hari saja sebelum December tiba...
Fida berikan 'award' ini kepada umie dan kebetulan tak ada apa-apa benda nak diupdate maka umie letakkanlah pemberian 'award' ini untuk n3 kali ini. Terima kasih ya...