Fieza masak puding pelangi
Puding dimasukkan santan
Kasut comel berbau wangi
Dibuat tanda persahabatan
Hari jumaat baru ni, adik kak e ke sini (dah cerita pada n3 semalam). Dia telah bawakan beberapa ole-ole yang dikirim oleh leyza yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
Pada malam itu juga kak e dan adik kak e buat projek untuk dijadikan sebagai tanda persahabatan buat leyza yang telah bersusah payah mengirimkan barang. Pepatah Melayu menyebut, ada ubi, ada batas dan orang berbudi, pasti dibalas :)
Jom kita buat sama-sama... Inilah cara-cara yang ringkas dan cepat untuk menghasilkannya :) dalam masa 15 mins je adik kak e dah siapkan :)
No comments:
Post a Comment