Keris sakti milik seorang pangeran
Kuasa saktinya sudah luas tersebar
Mereka beratur menunggu giliran
Mahzuz dan Envy yang tidak sabar
Kebetulan semasa memberi makan, entah kenapa kucing-kucing yang lain memberikan peluang kepada Chiku untuk menjamah makanan terlebih dahulu. Kebiasaaannya Chiku akan beralah dan hanya duduk di tepi memerhatikan adik-adiknya makan dan menuggu sehingga mereka selesai barulah Chiku akan menjamah makanan yang disediakan. Oleh kerana itu Chiku sering diberikan makanan dalam bekas berlainan kerana jika tidak, Chiku pastinya tidak dapat makan kerana makanan yang diberi telah habis dimakan oleh kucing-kucing yang lain.
Kali ini yang lain duduk beratur memberi laluan kepada abang sulong mereka yang begitu penyabar :) Hairan juga sebab Mahzuz yang nakal itu juga beratur dibelakang dengan tenangnya sebab biasanya Chiku dan yang lain akan mengalah dengan perangai gelojohnya itu.
Setelah Chiku selesai makan, dia beralih untuk minum dan Mahzuz cepat-cepat bangun untuk menggantikan tempat Chiku. Envy yang tadinya berada di barisan belakang nampaknya tidak sabar dan dia langsung meluru ke depan untuk makan bersama dengan Mahzuz.
Seperti biasa Chiku akan minum air selepas makan. Mahzuz dan Envy mula untuk makan tetapi Envy memerhatikan si Itni yang masih berada di tempat duduk. Envy seolah-olah mempelawa Itni untuk bersama-samanya dan mahzuz untuk makan beramai-ramai tetapi Itni hanya mendiamkan diri.
Setelah Chiku selesai makan, dia beralih untuk minum dan Mahzuz cepat-cepat bangun untuk menggantikan tempat Chiku. Envy yang tadinya berada di barisan belakang nampaknya tidak sabar dan dia langsung meluru ke depan untuk makan bersama dengan Mahzuz.
Seperti biasa Chiku akan minum air selepas makan. Mahzuz dan Envy mula untuk makan tetapi Envy memerhatikan si Itni yang masih berada di tempat duduk. Envy seolah-olah mempelawa Itni untuk bersama-samanya dan mahzuz untuk makan beramai-ramai tetapi Itni hanya mendiamkan diri.
Itni tidak bergerak, seolah-olahnya menunggu sesuatu atau mungkin Itni merajuk? Tidak. Itni tidak merajuk kerana Itni memang kucing yang baik. Itni akan mengalah dengan adik-adiknya kerana Itni kakak Ngah yang sentiasa mendahulukan adik-adiknya seperti Chiku juga (Itni selepas Chiku)
Chiku pula kelihatannya masih terus menghilangkan rasa dahaganya selepas kenyang menjamah hidangan yang telah disediakan.
Apabila Chiku puas minum dan rasa hausnya hilang, dia terus berlalu dari ruang makan. Itni yang dari tadi duduk menuggu kemudian bergerak dan menuju ke arah Mahzuz dan Envy yang sedang asyik menjamu selera.
Itni terus duduk menunggu, rupa-rupanya Itni tidak lapar tetapi haus. Oleh kerana itulah Itni hanya menunggu sehingga Chiku selesai makan dan minum. Itni menghilangkan dahaganya...
Chiku pula kelihatannya masih terus menghilangkan rasa dahaganya selepas kenyang menjamah hidangan yang telah disediakan.
Apabila Chiku puas minum dan rasa hausnya hilang, dia terus berlalu dari ruang makan. Itni yang dari tadi duduk menuggu kemudian bergerak dan menuju ke arah Mahzuz dan Envy yang sedang asyik menjamu selera.
Itni terus duduk menunggu, rupa-rupanya Itni tidak lapar tetapi haus. Oleh kerana itulah Itni hanya menunggu sehingga Chiku selesai makan dan minum. Itni menghilangkan dahaganya...
* Seronok tengok kucing-kucing umie begitu bersopan begitu... umie rakamkan aksi mereka untuk kenangan :)
36 comments:
Salam umi-e.
Suka akak tengok kucing2 umi-e. Berdisiplin betul.
So lovely pictures all,
they are sitting so beautiful behind each other waithing for food,
so sweet :)
You have beautiful cats ^__^
hugs
Kareltje =^.^=
gee... kadang2 tak dengar gak :D
anya... thanks :)
Ha...Kak e...berapa charge yg dikenakan untuk hantar sekor kucing untuk didisiplinkan???Ni ada 2 ekor yg kena makan beriringan...tak pun hantar anak Watie jer lah!Hihi9hihihi!
watie... anak2 kak e pun takmo tak turn cam kucing2 dorang hehehehehe
salam k.e..alaaahai baik2 nya kucing akak nie..sungguh bersopan santun lagi gentleman masing2..terhibur tengok gelagat diorg nie kan..hehehe..nice shots!!
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. kak e> sweetnye mamasing!! jeels tol.. kalau kucing saya.. berebut2. sampai nak terpijak-pijak 7 ekor tu.. ekekekeekke
kak umie..tolong emelkan address ke emel saya...itupun klau nk baca blog saya..misslyn...my emel : manja_jaman@yahoo.com
salam..alaaaa cute nya kucing2 nih...
yatt... kadang2 elok perangai, kadang2 teruk... hehehehehe
tedi... kucing2 kak e takdelah berebut-rebut, paling2 ada yang mengalah...
misslyn... kenapa ni...
arsaili... thanks :)
itchi dgn chiku brgaduh kot..
tu yg itchi xmkn mnum skali..
hehe..
wah, kucing umie semua makan saman ye... pandai umi bela. banyak dan berdisiplin pulak.
umie bukan TADIKU lah. Taman didikan kucing wakaka..
Umi-e, kiut nyer..geram saya tengok, semua cantik2 dan gemuk, pass tu u buat ulasan macam perlawanan bola sepak la plak...wakakaka.. kelako ler,
umi-e, byk nyer kucing kat rumah.. berapa ekor semuanya...?
ada orang rajin menguruskan makan minum dia kot dan yg penting tempat dia membuang tu...?
diowrang "membuang" kat toilet ke mie?
Best lah mie, kucing2 umie mendengar kata dan berdisiplin ek..
kat rumah ku ada sekor jer...
amer... dorang tak gaduh ler... tapi memang tak berebut sebab kalau berebut ak dapat makan hehehehe
kakpah... ada ke orang nak hantar kucing kat TADIKU? :P
mawar... alhamdulillah setakat ni mereka sihat ;)
SMM... sekarang ni dah jadi 5 sebab baru je amek sekor lagi minggu lepas - Chiku, Envy & Itni buang hajat kat luar pagar bawah pokok atau diseberang jalan TAPI si Mahzuz membuang air besar & kecik kat dalam rumah :(( waaaaaaaaaa sekor tu tak dengar kata! Penat ajar dan hari2 kena bersihkan 2-3 kali!
Xing Yun (yang baru amek) pandai! kencing berak dalam bilik air rak kira bilik air mana...
salam.. nomel2nya. Otai nak makan dulu lah tuh. Kucing pun ada disiplin
We saw you on House of Cats page and had to stop by. We think the pictures are very adorable! We think you are all VERY cute!!! Stop by anytime, we LOVE new furrends!!!
the Kool~Kittie~Krew
aka...Skeeter, King, and Pandora
Very cute!
You are very organized =)
pesquisar
maiyah... kucing2 kat rumah ni memang camtu, terutamanya Chiku, dia macam tak suka berkongsi atau dia suka mengalah :)
Skeeter, King, and Pandora... thanks for your visit and we will visit you too :)
jasmim... thanks and you look very good and healthy :)
Salam umi-e...Amboi... meriah nye blog nih..Lme gile sy x masuk ke cni.. Dlu kan byk makann kt cni..hehehhe..igt lagi x sy? Umi, berdisiplin btul kcing2 umi nih ye...hahaha
kekcoklat... lama eekkk tak datang sini :p sebab dah bz dgn keje kan...
your kitties are well trained !
Brad
The long queue is very funny! They seem to be so well-behaved and wait to take their turn...
Purrs, Siena & Chilli
Brad... thanks :) actually its just because the don't like to share
Siena & Chilli... usually the just sitting but not in proper row but they do behave like this ;)
salam kak-e..
berdisiplin bila kak-e tunggu dgn kamera, agaknya dia tau nk masuk dlm blog....hehe...
kat rumah ni sekor arnab yg tak boleh diajar...melepas ikut suka je, tak boleh kontrol. tp sb sekor, syg pula nk marah...hehe..
Kak E..memang comel2 la kucing2 kak e ni..dah la comel..mcm2 perangai lak tuh..he..
zana... kucing2 kat rumah ni sebenarnya memang tak tau berebut... dorang pandai nak kasi chance kat siapa makan dulu tapi kebetulan tu dorang duduk tersusun camtu... amek gambarlah... si Mahzuz tu suka berak dalam rumah - 2-3x sehari nak bersihkannya... gerammmmmmmm
naurah... lain kucing lain perangainya... cam anak2 juga lah hehehehe
salam...sy br 1st time view blog nih... mmg best...byk benda bleh blaja..tp sy paling suka n3 ni snn cite fsl kucing n sy memang suka kucing. sy pun ada 6 ekor kucing...masing2 dgn perangai masing2
eury... kita boleh genglah eekkkk sebab sama2 suka kucing ;)
aduhai.. kelakar tgk gambo ni.. pandai pulak kucing yg lain tu leh beratur macam tu.. he he..
kasawari... memang dorang tu makan tak berebut - masing2 tunggu giliran tapi yang mengalah selalunya lapar :P (siapa lagi kalau bukan Chiku - kali ni Chiku makan dulu) yang lain cam tau je nak kasi chance :D
kucing pun pandai ikut turn kak...
wahhhhh kak e....biar betul...terkezut tgk kucing2 ni bgtu dsiplin la..hihih...kak e ajar ker dorang jd camtu??? xpnh la fiza tgk kucing yang sopan camni
teratak comel...
fiza...
memang dorang tu tak suka makan rebut-rebut
Post a Comment