Banyak perkara yang harus umie ambil kira jika anak kuing itu dibawa pulang. Masalah utama bila kami tiada di rumah - pulang kampung atau bercuti di luar. Hati menjadi berat sangat untuk meninggalkan kucing-kucing dibawa jagaan orang lain... Namun setelah melihatkan keadaannya, akhirnya dia dibawa pulang ke rumah.
Mahzuz diam saja semasa dimandikan
Mahzuz dilapkan - lihatlah mulutnya yang 'herot' itu
Esoknya kami bawa Mahzuz pergi berjumpa doktor haiwan di Klinik Haiwan Mesra (biasanya kami bawa kucing kami ke Klinik Doctor Pet) kerana klinik mesra baru berpindah tempat dan kami mahu tahu kedudukan klinik barunya. Mahzuz telah diberikan rawatan dan diperiksa oleh doktor haiwan dan daripada pemeriksaan yang dibuat, ternyata mulutnya yang 'herot' itu bukan dari kelahiran tetapi disebabkan kecederaan yang dialami olehnya.
Menurut doktor haiwan, rahang Mahzuz telah terpatah dua yang menyebabkan ianya jatuh tetapi kini telah 'mengeras' dan tidak dapat dipulihkan kerana kecederaan itu dikira telah berlaku sebulan yang lalu (sebelum dia kami temui). Menurut doktor, berdasarkan pemeriksaan giginya, umur Mahzuz baru sahaja 2 bulan dan kejadian yang menimpanya semasa dia berusia sekitar satu bulan! Kesian kan... bayangkan kesakitan yang dialaminya pada waktu itu...
Doktor haiwan itu juga memberitahu kami bahawa 'perut buncit' Mahzuz bukan disebabkan cacing tetapi kerana ususnya telah 'terborai' di dalam perutnya dan hanya ditampung oleh kulit perutnya... kalau dipegang memang akan terasa 'urat usus' Mahzuz... keadaan itu juga mungkin disebabkan kecederaan yang dialaminya... mungkin ada orang telah memukulnya dengan benda berat atau dia telah disepak oleh seseorang tanpa menyedari perbuatan itu telah mencederakan seekor anak kucing...
Mahzuz telah diberikan suntikan vaksin dan ubat cacing pada hari itu. Dalam masa sebulan selepas suntikan pertama Mahzuz akan dibawa untuk suntikan kedua. Cuma keadaan ususnya belum boleh dilakukan apa-apa sehingga dia berusia lebih 6 bulan. Mahzuz akan dibedah untuk 'membaiki' ususnya... Insyaallah semasa umurnya 6 bulan dia akan dihantar untuk menjalani pembedahan...
* umie JANJI TIDAK MAHU ambil kucing lagi TETAPI ternyata umie TIDAK BERJAYA...
6 comments:
kak e...mat doakan rezeki kak e bertambah murah...kesian sungguh kan anak kucing besar tu kena pukul...kita ni nak belasah ayam yg suka mengais pokok2 bunga pun kesian...
Terima kasih mat...Insyaallah... alhamdulillah... aammmiiiinnnnnn semoga kita sama2 dilimpahkan rezeki dan diberkati :)
Kak e memang pantang betul orang yang nak bela kucing tapi bila beranak - buang anak2 kucing tu!
* orang camtu... bagus kena sumpah je dengan kucing yang dorang buang!!! geramlah...
Sedihnyerrr bace kisah Mahzuz...sian kucing ni...nape la zalim sgt rg yg khianat kucing ni ek...tapi mmg fiza tabik la ngan kak e....jarang tau jumpa org cam kak e...fiza pun mnt gak kucing tp xde la cam kak e,sanggup bela byk ekor
fizza... ikutkan kak e pun tak nak bela banyak2 tapi dalam keadaan tertentu kak e tak dapat nak menolak... kucing-kucing yang begini mereka kak e anggap 'bertuah' sebab diterima untuk menjadi ahli keluarga kami kerana kak e tak mampu nak bela semua kucing yang ada di luar sana :((
terharu dgn kesanggupan akak membela kucing
tak ramai ada kekuatan mcm akak ni
saya dulu pernah bela seekor.saya kutip di tepi kedai.
kakinya bengkak, kena langgar barangkali.
saya hantar ke klinik, tp umur tak panjang.
sedih sampai berminggu-minggu.
serik dengan perasaan kehilangan itu.
kak umi_e..semoga ALLAH kurniakan kak_e kebahagiaan dunia akhirat..orang yang tidak menyayangi tidak akan disayangi..=)..
suka sgt baca blog kak umi_e ttg kucing
Post a Comment