9 June 2009

Kau pergi jua ~ Jess ~



Cantik pemandangan di sawah padi
Ambil gambar jangan sembarangan
Jess kami kini telah kekal bersemadi
Kepada kami ditinggalkan kenangan


Jess, salah satu kucing yang menjadi penghuni di rumah kami dan kisahnya umie telah letakkan dalam n3 bulan lalu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya... Jess telah meninggal semasa kami bercuti (1-8 June) dan kami amat sedih kerana Jess tidak menunggu kepulangan kami :(


Sepanjang kami bercuti, adik umie (mak busu) telah berbaik hati untuk menguruskan kucing-kucing yang terpaksa ditinggalkan. Si kakak terus berpesan supaya umie bertanyakan khabar kucing-kucing dari mak busu. Semasa awal percutian kami, Jess tidak menampakkan sebarang masalah. Menurut mak busu, dia makan seperti biasa cuma dia hanya mau makan 'wet food' dan mak busu memberikan makanan yang memang telah disiapkan beberapa tin khusus untuknya.


Menurut mak busu yang tolong menjaga kucing-kucing umie, pada hari sabtu yang lalu (6 June 2009) tiba2 Jess menjadi lemah, jalan juga tidak bermaya. Mak busu cuba berikan makanan kepadanya tetapi dia tidak berselera. Akhirnya mam busu mengambil keputusan untuk balik ke kampung dan bawa bersamanya. Jess telah dirawat oleh mak busu namun Jess telah meninggalkan dunia pada keesokkannya (ahad - 7 June) pada pukul 5.45 petang :((


Jess telah dikebumikan di kampung (Port Dickson), apa yang sedihnya, gambar Jess tidak dapat dirakam :(( sebab biasanya bila kucing umie meninggal dunia, kami akan merakamkan gambar untuk kenangan akhir :(( Walaupun begitu kami tetap bersyukur kerana Jess meninggal dunia dalam pemerhatian mak busu dan anak-anak saudara umie. Malah Jess dijaga dan dibelai sehingga nafasnya yang akhir :(


Pada masa umie menulis n3 ini, hati umie begitu hiba sekali bila mengenangkan kucing-kucing umie yang telah meninggal dunia. Seperti Jess juga, mereka meninggal dunia ketika umie tiada di rumah seperti Flero, Kitty, dan Lucky. Mungkin ada baiknya juga sebab jika tidak, sudah pasti akan riuh rendah dengan tangisan anak-anak. Malah mereka akan terus menangis berhari-hari :((


Pemergian Jess sudah dijangkakan kerana Semasa umie bawa Jess beberapa kali berjumpa doktor haiwan, pada salah satu pertemuan untuk mendapatkan rawatan, Jess telah disuspek menderita cancer tetapi doktor haiwan tersebut minta umie rujuk ke UPM kerana di kliniknya tiada kelengkapan yang cukup. Umie telah merancang akan bawa Jess ke UPM setelah pulang dari bercuti, ternyata rancangan untuk membawa Jess untuk rawatan pakar di UPM tidak kesampaian :(


Semoga Jess tenang di sana... kami redha dengan pemergiannya kerana selama ini kami tidak sanggup melihatkan badannya yang kurus dan seperti tidak bermaya (walaupun selera makannya begitu tinggi) Jess akan tetap dalam kenangan...

12 comments:

ItaJeff said...

Salam umi..sy menangis membaca n3 umi..the same happened to me last year, masa tu kitapun tgh bercuti, my kitty 'cuping' yg cacat sebelah telinga, pergi tinggal kami tanpa sempat mnunggu kami balik bercuti..sama mcm Jess...having a cat die is really hard to deal with...kesedihan begini cuma boleh dikongsi dgn org yg memahami sahaja..and i do know how you feel..

Lots of luv,
Ita

linda_cute@misslyn said...

salam umi...sedey saya baca n3 umi...jess dh pergi tapi kucing lain ada lagi..tapi x sama ngan jess kan...semoga jess bersemadi dgn aman disana...semoga kucing2 lain dpt mengubati kedukaan umi n family...

Unknown said...

Sayu kakchik membaca post kak e kali ni. Tentu sekeluarga rasa sedih kan. Apa pun insyaAllah kakchik percaya segala usaha & kasih-sayang kak e selama ni utk jess akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

ain said...
This comment has been removed by the author.
ain said...

salam kak e...sedihnya bila kucing kesayangan dh tak de. ditambah lg kita tak de disisinya masa tu.

Kenangan Lalu said...

Jgn sedih, Kak E. U whole lot took care of her fondly, she was a happy cat~

~Yatt~ said...

salam k.e..baru bukak blog akak..baru baik demam..then dpt berita sedih nie..tumpang sedih gak..lagi sedih dengar citer time tu akak xde di sisi..sabar ye akak..

umi_e said...

ita... memang orang yang memahami saja yang tahu akan kesedihan kehilangan kucing peliharaan :(

thanks linda... harap2 kucing2 yang masih ada tu akan terus sihat :)

Kakchik... thanks :)

ain... rasa kehilangan pulak sebab jess suka kacau masa makan :S

alex... kita hanya boleh buat yang terbaik kan...

yatt... thanks ya :)

Tirana said...

Salam Kak E..

Tumpang sedih atas pemergian Jess... Kucing pun boleh kena cancer ye kak..kesiannya..tentu sakit rasanya..

umi_e said...

Tirana... kucing ni macam kita kiga tau... macam si Chiku yang kena juandice 2x tapi dapat dikesan awal - alhamdulillah setelah rawatan intensif dia kembali pulih. Jess pulak tak sempat... :(

* kucing kawan kak e pun kena cancer - lagi kesian sehingga terpaksa 'ditidurkan'

FA said...

salam kak e, Fa tumpang sedih akak kehilangan kucing kesayangan..inshaallah fa harap akak banyak bersabar yer kak..

umi_e said...

Thanks FA