23 June 2009

Yang mana satu?


Bila berjanji jangan jam karet
Itu istilah Indon akan waktu
Dua tiga ekor kucing berderet
Mahzuz pula yang mana satu
Umie nak bercerita sikit tentang Mahzuz yang bertambah nakal sekarang ini! Kalau pasal bermain memang tidak boleh dikata apa-apa... memang lincah! Disebabkan Mahzuz dalam tahap perkembangan yang suka bermain makan segala apa yang dia nampak akan menjadi mainannya...
Kalau dulu Chiku banyak mememcahkan perhiasan umie (sampai habislah hiasan di birai tingkap dapur umie dipecahkannya) kali ini Mahzuz pula mewarisi kenakalan Chiku. Habis barang-barang perhiasan umie dipecahkan kerana dia suka melompat dan menjatuhkan benda. Kalau benda yang dijatuhkan itu bukan kaca atau tidak pecah maka dia akan terus bermain tetapi kalau benda itu pecah, Mahzuz akan terpinga-pinga sebentar :D
Kadang-kadang geram juga dengan si Mahzuz ni tetapi apa nak dikata, benda dah berlaku dan dah pun pecah... marahpun tak guna lagi... Sekarang ini, umie terpaksa turunkan pasu-pasu bunga atau hiasan kaca di atas meja untuk mengelakkan Mahzuz terus memecahkannya. Ada anak kucing, sama juga macam ada anak kecil... awal-awal perkembangan/pembesaran mesti ada yang pecah... sementara dia nak faham bahawa bukan semua benda boleh dibuat main...
Gambar yang umie letak di atas, gambar Mahzuz duduk berehat di celah-celah susunan kucing-kucing mainan si Kakak. Mula-mula tu malas nak pedulikan dia sebab hati tengah marah dia baru pecahkan barang umie tetapi bila tengok telatah dia seperti ketakutan hendak melarikan diri dari kena marah dengan umie, hati pun jadi sejuk...
* Nasib baik mata dia bersinar kena flash camera, kalau tak pasti ingatkan dia salah satu daripada kucing-kucing mainan tu kan...

11 comments:

ibundo said...

kalau tak cakap memang kpah ingat semua dalam gambar tu patung mainan. Tengok mata baru perasan.

umi_e said...

hehehehehe ddahlah dia tu gelap - duduk sederet pulak dengan patung mainan yang putih :D

Unknown said...

ololololo tomey nya si pak tam ni....hiiiii tarik misai karang...
olololo pecahkan brg ummi yer... nak kene babab niii

umi_e said...

iela... memang nakal si Mahzuz ni... habis pecah barang2 perhiasan dia kerjakan... alih kat lain pun dia ikut juga... kerja dia nak main je... gerammmmmmm

maswanie said...

agaknyer dia menyamar kot kak..taknak akak carik dia..ahahah

umi_e said...

maswanie... si Mahzuz ni memang cerdik... kalau kita marah dia cepat2 larikan diri :D

* geram betullah... kadang2 jadi hilang sabar tau...

myQza said...

erk!! ade binatang hidup kat situ ye..? mmg tak perasan..

salam.

umi_e said...

tED... memang nakal si Mahzuz tu... menyorok :D

Unknown said...

untie...oit...alahai...anna pon takperasan ade kucing itam ituuu yg kiut tu...
Ingat sumer...toys tadi...
lawak lee untie ni

Ayu said...

laa.. majuk ker dak kecik tuh??

umi_e said...

anna... si Mahzuz tu lah yang buat lawak... habis jatuh patung2 kak sebab dia nak dok menyelit :D

ayu... si Mahzuz tu memang hari2 kena marah sebab 'buat hal' dalam rumah!