13 November 2008

Simple Tortilla


Dir dan Fara saling berpandangan
Sambil minum air basahkan tekak
Simple tortilla dijadikan hidangan
Makanan segera kegemaran kakak


Tortilla yang mudah ini merupakan kegemaran anak-anak umie, terutamanya si kakak. Apa yang mudah ialah kepingan tortilla boleh didapati di supermarket dengan harga yang amat berpatutan (berbaloilah beli berbanding buat sendiri -> sah memang umie malas nak buat sendiri hehehehehe)


Untuk isinya pula, boleh diletakkan apa saja inti yang disukai. Untuk tortilla yang mudah ini, umie letakkan inti daging cincang bersos tomato di dalamnya. Kemudian lipat dan masukkan sekejap di dalam grill agar panas dan garing. Dahpun siap untuk dimakan... Simple kan ;)

Bahan

Kepingan tortilla (4 keping - atau lebih ikut bilangan orang nak makan)
250gm daging cincang
5 ulas bawang merah - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tin choped tomatoes
1 sudu besar cili boh/giling
perasa secukupnya
1sudu besar minyak untuk menumis
mayonis - jika suka

Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan bila sudah panas, masukkan bawang cincang diikuti dengan bawang puting cincang.
2. Masukkan cili boh dan choped tomatoes - kacau rata
3. Masukkan daging cincang dan perasa secukupnya - kacau rata hingga daging masak
4. Padamkan api dan sejukkan sebentar
5. Bentangkan 1 keping tortilla dan letakkan inti yang telah dimasak di tengah-tengahnya.
6. Lipat tortilla dan masukkan ke dalam grill untuk 1-2 minit.


8 comments:

ZARA MUSTAFA said...

waa...bestnye..nnti nak try la..simple jer..tp kene tggu balik rumah..huhu..

Tirana said...

Kak E, ada jual ek ready made tortilla..tak perasan la pulak.. Nak cari kat section mana? Section yang sama dengan pita bread tu ke?

umi_e said...

zahirah... jap je lagi dah cuti kan... sabar ekkkk ;)

umi_e said...

tirana... ada jual kat bahagian bakery - sebelah dgn roti pita tu lah ;)

iN said...

kalau kak e delivery kt umah sy lagik besh..
hehehe

umi_e said...

in... boleh je tapi kalau in dok dekat, baik in datang je kat sini boleh makan panas2 :p

Anonymous said...

Salam Kak-e, apa khabar? Saja jengok2 sini..Moga hari2 mendatang akan menceriakan kak-e n family..muaahhh!

umi_e said...

ummi... Thanks jenguk kak e ya... kak e lately ni tak sempat nak jalan2 lah... hope ummi pun sama gak...