11 November 2008

Chiku ~alhamdulillah sihat semula~

Gambar terbaru Chiku - pandangan yang tajam :D


Jebat pulang cuti untuk berehat

Menaiki teksi ke Kuala Berang
Alhamdulillah Chiku kembali sihat
Buatkan hati kami menjadi girang


Chiku tidak kuasa nak layan umie hehehehehe


Alhamdulillah... Chiku kelihatannya telah kembali seperti biasa, sudah mahu makan dan bermain... Apa yang buat kami rasa yakin Chiku telah kembali pulih kerana melihatkan perangainya yang 'sombong' dan 'garang' itu memang seperti sebelum dia sakit :D

Walaupun Chiku telah pulih daripada sakit juandice /sakit kuning yang dihidapinya sebelum ini, namun menurut doktor haiwan yang merawatnya, Chiku masih perlu diberikan ubat untuk memastikan hatinya benar-benar sihat...

Masalah yang dihidapi sekarang bukan untuk membelikan ubat-ubatan yang diperlukan tetapi tidak lain kerana memikirkan kesukaran untuk memberikan ubat-ubatan kepada Chiku... Sedangkan semasa sakit pun sukar untuk diberikan ubat, apa lagilah bila dalam keadaan sihat...

Sungguhpun begitu, kami tetap akan cuba berikan yang terbaik buat Chiku, anak jantan kesayangan kami...


13 comments:

Mr Aan said...

chiku nmpk len la kak..
nmpk tampan gtu...
kihkih

Sis Lin said...

ee cumel nye..mmg mcm ank sendri kan kak e..lin pun ada kucing gak..chitam dan colat..klu sakit risau sngt...

umi_e said...

hehehehehe amer:p

* dah sihat kan...

umi_e said...

sis lin... camtu lah... kita sayang cam kita sayang manusia juga kan... :D

Unknown said...

kak e..alhamdulillah....chiku chak dah sembuh...hambuih..machonyerrrr dia..hakhakhak..suka suka..nak gambo lagi... sikit sgt..hihihihihi

umi_e said...

ielaz... dia dah sihat, pegang pun payah tau... tapi tetap bersyukur kerana dia dah pulih dari penyakit kuning yang agak bahaya tu...

Anonymous said...

kak e... daybab pon ada gak ... garang pon yea and ada masa manja mengada.
pernah dia terkehel kaki nya... pastu kena kasi makan ubat... susah nye!!!
so, daybab paham lerrr kepayahan nak kasi makan ubat nie...
semoga berjaya!!

Nazarina A said...

Your kitty is sooooo cute! I love his tail

umi_e said...

daybab... kucing2 kak e yang lain tak macam yang seekor ni... dah gaya dia camtu kan...

umi_e said...

nazarina... thanks... :) I like your blog too ;)

TokNabe said...

comey chiku ni....

umi_e said...

toknabe... terima kasih :)

linda_cute@misslyn said...

amboi chiku..bukan main lagi bergaya nyer