27 August 2008

Nasi Ketumbar


Along Arman jalan berdua bergandingan
Sedang berjalan bertembung kak Nurma
Buat keluarga nasi ketumbar jadi hidangan
Hidang bersama kuah ayam masak kurma


Nasi ketumbar ini mudah nak memasaknya. Rasanya pula membuka selera anak-anak... Sesuai dihidangkan bersama gulai kari atau kurma dan ditambah dengan ulam-ulaman sudah cukup membuatkan anak-anak makannya bertambah ;)


Bahan

4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
7 ulas bawang merah*
2 cm halia*
5 ulas bawang putih*
3 tangkai daun ketumbar*
3 sudu margerin
1 helai daun pandan
2 sudu besar serbuk ketumbar
Bahan penumis secukupnya (cengkeh, pelaga etc)
garam/perasa secukup rasa
stok ayam - jika suka


Cara

1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan margerin dan tumiskan bahan penumis, bahan-bahan yang telah diblend dan serbuk ketumbar sehingga kuning keemasan/naik baunya.
4. Masukkan beras, daun pandan, stok ayam (jika suka), garam dan air secukupnya.
5. Biarkan masak seperti biasa.

9 comments:

shafa said...

senangnyer nk msk ns ketumbar..
tp part nk buat kurma tuh jd susah...

umi_e said...

shafa... masak kurma pun senanglah...

* bahan blended asas yang sama digunakan untuk masak kurma tapi kena tambah dengan rempah kurma + santanlah...

cubalah buat!

Amer Aan said...

cam nasi goreng je....

sakuraku said...

hmmm... cedapnyeerrrrrr............

sakurasa 2 said...

mmmm nanti sakura nak cuba masak bulan puasa ni kalau kesempatan kalau jadi sakura kasi tahu kak e, tq kak e

umi_e said...

amer...

mana sama dengan nasi goreng sebab nasi ni tidak digoreng :P

*** TAPI nasi ni boleh dibuat nasi goreng kalau nak ;)

umi_e said...

iela.. bolehlah buat sendiri ;)

* kalau nak makan yang kak e masak, balik sini kena kasi tau ok! :p

umi_e said...

sakurasa.. insyaallah akan ada ruang dan peluang untuk memasak pada Ramadhan ini :)

* masak lebih2 dan panggillah kawan-kawan berbuka puasa sama ;)

rosevsky said...

Senang aja masaknya..

Kira saya panggil nasi tumis ajalah!