23 August 2008

Lontong Goreng


Rossy ceria tidak suka berduka
Baginya buang masa bersedihan
Nasi impit makanan yang disuka
Bolehlah digoreng jika berlebihan

Kebetulan ada nasi impit lebih... umie pun buatlah lontong goreng ni. Sayang juga kalau sampai terbuang. So umiepun jadikanlah makanan lain... Resepi ini umie dah pernah letak di My Resipi.com. Boleh click di sini ---> http://www.myresipi.com/top/detail/615


Bahan

2 bungkus nasi impit yang telah direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
1 sudu makan udang kering
3 sudu besar sayuran campuran
2 biji telur sederhana besar
1 sudu besar kicap manis
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
daun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )


Cara
  1. Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka)
  2. Mesin bawang besar, bwang putih dan udang kering
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh
  4. Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.
  5. Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati
  6. Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata
  7. Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.


8 comments:

i-chimera said...

lontong goreng ke?? errr... tak pernah makan.. best ke kak e?

shafa said...

Bagus gak idea nie, Kadang2 tue kl tak hbis biar dalam peti ais jer kan sampai laaaa lama sgt buang gak dia.

Ezad said...

err...
makanan org ke makanan kucing?

nampak cam sedap. bleh makan ke? :D

umi_e said...

chimera...

Bestlah! Ini makanan sejak kak e kecik2 lagi tau... arwah mak selalu buat bila ada nasi impit yang berlebihan... terutamanya untuk sarapan ;)

* nak cuba? meh ler.... kak e buat khas untuk chimera :)

umi_e said...

shafa... buatlah... ini ala-ala nasi goreng je...

umi_e said...

ezad... ini khas untuk orang tapi kalau kucing nak makan pun boleh gak :P hehehehehehe

* lama tak letak resepi untuk kucing kat sini... nantilah jap lagi nak buat kek untuk kucing hehehehehe

Tirana said...

Salam kak E..

Banyak blog yang saya masuk baca hari ni..cerita pasal makan aje..aduiii..perut ni dah menyanyi..hehehe

umi_e said...

tirana... tema asal blog kak e memang tentang makan2 tapi dan bercampur tentang kucing2 juga hehehehe