28 June 2009

My second attempt ~ Hadiah 3 tiers wedding cake ~

Kek ini umie buat sebagai hadiah kepada keluarga pengantin :)

KakChik sering buat kebajikan
Suaminya pula seorang pendidik
Kek perkahwinan umie buatkan
Untuk si pengantin dua beradik


Letak 2 patung pengantin seperti yang diminta oleh parents pengantin
sempena dua orang anak mereka yang bersanding

Hari sabtu, lepas mahgrib baru umie mula memikirkan design apa umie nak buatkan untuk kek perkahwinan yang telah umie janjikan sebagai hadiah. Ini merupakan kali kedua umie membuat wedding cake '3 tingkat' selepas buatkan untuk kali pertama pada majlis perkahwinan adik ipar umie tahun lalu. Umie bukanlah PRO yang boleh buat apa saja bentuk dan rupa makanya agak sukar untuk umie fikirkan cara untuk menghasilkan kek yang dapat memuaskan hati. Akhirnya umie buatlah yang ringkas tetapi masih lagi berlatarkan 'tema majlis perkahwinan' yang akan diadakan.



Tema perkahwinan yang akan dibuatlah ialah warna SILVER, puas umie fikirkan bagaimana cara untuk menghidupkan penampilan kek yang akan umie buat mengikut tema. Mula-mula umie nak gabungkan warna putih dan bunga roses BC warna kelabu tetapi seperti tidak naik serinya. Akhirnya umie beli ribbon silver dan bunga plastik putih dan digabungkan kedua-duanya sebagai hiasaan di atas kek. Papan alasnya pula umie letakkan renda-renda silver supaya 'naik seri' kek yang deconya umie buat simple.
Harap parents pengantin dan pengantin akan berpuashati dengan hadiah yang diberikan :)
* umie tak gamak nak minta bayaran apabila ada yang minta umie buatkan kek sebab itu umie anggap sebagai hadiah sahaja ;)

16 comments:

Anonymous said...

wow umie terrer wt kek upanyer

umi_e said...

E... umie taklah terer mana... baru nak belajar2 ni ;)

* Thanks singgah kat blog umie ya :)

cekmekzue said...

sweetlah kek ni umie...

umi_e said...

cekmekzue... Thanks :)

myQza said...

umie pandai wat kek!
wah!! Umie boleh buat bisnes..

umi_e said...

tEDi... umie tak boleh biz sebab umie jenis tak gamak nak minta duit/bayaran - unless kalau orang nak kasi tanpa tanya-tanya harga berapa :P

* kalau orang tanya berapa nak bayar ni... kak e sure kata FREE je lah hehehehehehe

Anya said...

Wow!!
BEAUTIFUL wedding cakes ^__^

umi_e said...

Thanks Anya :)

Just a simple one ;)

ibundo said...

cantik kek tu umi. mesti sedap. tak sangka umi ni ye..

umi_e said...

kakpah... thanks... sedap ke tak, tak taulah... resipi kek yang biasa je ;)

Unknown said...

salam kak e. alahai... terima kasih la sebab masukkan nama kakchik dan suami dalam pantun kak e. satu keunikan blog kak e ni ialah pada PANTUNnya. w/pun kak e kata tak terer mana, tapi bagi kakchik kek yg kak e buat dah buktikan yg kak e memang terer.

Unknown said...

umieee ti anna kahwin...umie buat kan kek ek???leh laa ek???hehhehe...

Unknown said...

umie..tumpang tinggal pesanan jap yee..

PENGUMUMAN!!

SAYA MENJEMPUT SEMUA BLOGGERS YG JUGA PEMINAT KUCING

DI MANA BLOG NYE ADE BANYAK CERITA PASAL KUCING

SILA BERTUKAR LINK DGN SAYA!!

SEBAB SAYA SUKE BACA CERITA TNTG KUCING DAN TENGOK GAMBAR2 KUCING
YANG COMEL2 ITUUUUUUUUUUUUU.....

umi_e said...

kakchik... thanks ;)

*kak e budak baru belajar

anna... I'Allah boleh je kalau nak kak e buatkan tapi taklah canggih cam PRO ;)

SariSam said...

Pandai nye Umi buat kek macam ni..Cantek sangat..Kreatif sungguh..

umi_e said...

sarisam... thanks :)

* budak baru belajar