29 April 2008

Chiku satu-satunya anak jantuku ;)

Chiku telah ditaburi dengan 'paper stars' oleh si kakak


Faizah manis sudahpun berpunya
Sering tersenyum sentiasa girang
Chiku kucing jantan satu-satunya
Chiku manja tapi amatlah garang

Chiku tidur dengan begitu lena... mimpi indah pastinya ;)

Untuk n3 hari ini umie ingin bercerita tentang chiku, satu-satunya kucing jantan yang ada di rumah umie. Chiku asalnya 3 beradik yang ditinggalkan di halaman rumah kami. Malangnya 2 daripada adik beradiknya tidak hidup lama. Malah Chiku sendiri pernah ditolak oleh vet kerana dikatakan 'tidak dapat diselamatkan' :(

Pada masa itu umie amat marah sekali pada doktor haiwan tersebut kerana sehari sebelumnya Chiku telah diberikan rawatan di klinik itu. Doktor di situ telah berpesan jika Chiku masih kelihatan lemah, bawalah semula ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Selepas mahgrib umie menelefon untuk membuat temu janji. tetamu janji telah dibuat namun amat menjengkelkan apabila sampai di klinik doktor haiwan di situ tidak mau membuat apa-apa ke atas Chiku :(

Dengan perasaan marah umie telah pergi ke satu lagi klinik haiwan (pernah pergi ke klinik ini dan berpuas hati tetapi kawan umie telah mencadangkan umie ke klinik yang tadi) dan sampai saja umie di klinik tersebut, vet di situ cepat2 menyambut Chiku dan Koko (masa itu masih hidup lagi). Mereka berdua dengan segera diberikan suntikan dan 'drip' oleh doktor tersebut. Selepas hampir sejam dirawat, Chiku dibenarkan pulang tetapi Koko terpaksa tinggal di klinik :(

Keadaan Chiku kembali pulih namun Koko pula on-off , Koko tidak berhenti dengan rawatan dan ubat-ubatan sehinggalah Koko meninggal dunia :( Mungkin kematian adalah yang terbaik buatnya :(( Sementara itu Chiku terus pulih dan dengan suntikan vaksin yang regular menambahkan lagi tahap kesihatannya. Alhamdulillah...

Tak cukup dengan paper stars, gulipun Kakak tabur ke atas Chiku :D

Chiku terus membesar dan manja... tak sangka Chiku yang dikatakan 'sudah tidak ada harapan' masih bernafas hingga kini... Jika pada masa itu umie hanya akur dengan kata-kata doktor haiwan itu, mungkin Chiku juga sudah tidak bernyawa seperti adik-beradiknya... Ternyata dalam hidup ini, usaha dan yakin serta dengan kehendak Allah SWT segalanya berkemungkinan :)

Seperti dalam pantu umie di atas, Chiku memang manja tetapi amat garang, kalau ada budak2 datang ke rumah, jangan cuba untuk memegangnya, apa lagi untuk menggomol dia sesuka hati... kerana pasti Chiku akan menjadi berang dan bertindak di luar jangkaan... Chiku mungkin sahaja akan menggigit atau mencakar siapa saja yang dirasakan menganggunya :D

Sungguhpun begitu, ada ketikanya Chiku boleh dipegang dan dibelai... kena tau masa yang sesuai iaitu ketika dia sedang purring kerana itu menunjukkan dia boleh dipegang dan dibelai. Malah Chiku juga boleh dibuat apa saja semasa dia sedang tidur lena :D Anak umie, Kakak suka sangat menganggu Chiku ketika sedang tidur namun Chiku tidak mempedulikannya... baginya yang penting tidur dengan lena...

Begitulah sedikit kisah tentang Chiku yang manja tetapi garang... (macam tuan dia juga kot hehehehehhe)

4 comments:

ILA said...

Aduiii..mana tak di anggap sbgai jantung hati..
segala gelagatnya mcuit hati..
buat hati gembira bersemi
nan bunga kembang menjadi

aikkk..meleret2 pula pantun ni..hehe;)

aduii..malu sungguh ..gaya k.e mnangkap pic clear sungguh.digicam kat umah ila tak guna.dah rasa malas..hehe:p.Hanya camera dari hp yg menjadi mainan ila skrang.
tu yg pic agak blurrrr..huhukk:(

oh yeeee...
biasanya berapa kos doktor klinik haiwan ye??
ila notice si mimi dah mula kena jangkitan kulat.
honestly tak pernah bawa kucing ke klinik.tapi skrang ila nak serius jga mereka.

meh..kongsi pandangan

Unknown said...

chiku?? lebih kurang nama chii je..chikum4risa..ehehehe

umi_e said...

ila... kalau setakat kena jangkitan kulat tu boleh beli ubat dan rawat sendiri je...

* Rawatan bergantung kepada klinik, ada yang murah sikit dari klinik yang lain so kena survey juga. (Klinik yang kak e pergi biasanya paling kurang RM 50 seekor - rawatan dan ubatan)

** Kalau dekat rumah ila ada 'pejabat haiwan' boleh bawa di situ sebab agak murah berbanding di klinik haiwan. Cuma 'pejabat haiwan' kadang2 kita pergi doktornya tak ada atau macam2 ler ;)

umi_e said...

chii = chiku :p hehehehehehe

* Tak tau ler kenapa anak kak e pilih nama Chiku untuk kuci:D