Faizah manis sudahpun berpunya
Chiku tidur dengan begitu lena... mimpi indah pastinya ;)
Untuk n3 hari ini umie ingin bercerita tentang chiku, satu-satunya kucing jantan yang ada di rumah umie. Chiku asalnya 3 beradik yang ditinggalkan di halaman rumah kami. Malangnya 2 daripada adik beradiknya tidak hidup lama. Malah Chiku sendiri pernah ditolak oleh vet kerana dikatakan 'tidak dapat diselamatkan' :(
Pada masa itu umie amat marah sekali pada doktor haiwan tersebut kerana sehari sebelumnya Chiku telah diberikan rawatan di klinik itu. Doktor di situ telah berpesan jika Chiku masih kelihatan lemah, bawalah semula ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Selepas mahgrib umie menelefon untuk membuat temu janji. tetamu janji telah dibuat namun amat menjengkelkan apabila sampai di klinik doktor haiwan di situ tidak mau membuat apa-apa ke atas Chiku :(
Dengan perasaan marah umie telah pergi ke satu lagi klinik haiwan (pernah pergi ke klinik ini dan berpuas hati tetapi kawan umie telah mencadangkan umie ke klinik yang tadi) dan sampai saja umie di klinik tersebut, vet di situ cepat2 menyambut Chiku dan Koko (masa itu masih hidup lagi). Mereka berdua dengan segera diberikan suntikan dan 'drip' oleh doktor tersebut. Selepas hampir sejam dirawat, Chiku dibenarkan pulang tetapi Koko terpaksa tinggal di klinik :(
Keadaan Chiku kembali pulih namun Koko pula on-off , Koko tidak berhenti dengan rawatan dan ubat-ubatan sehinggalah Koko meninggal dunia :( Mungkin kematian adalah yang terbaik buatnya :(( Sementara itu Chiku terus pulih dan dengan suntikan vaksin yang regular menambahkan lagi tahap kesihatannya. Alhamdulillah...
Chiku terus membesar dan manja... tak sangka Chiku yang dikatakan 'sudah tidak ada harapan' masih bernafas hingga kini... Jika pada masa itu umie hanya akur dengan kata-kata doktor haiwan itu, mungkin Chiku juga sudah tidak bernyawa seperti adik-beradiknya... Ternyata dalam hidup ini, usaha dan yakin serta dengan kehendak Allah SWT segalanya berkemungkinan :)
4 comments:
Aduiii..mana tak di anggap sbgai jantung hati..
segala gelagatnya mcuit hati..
buat hati gembira bersemi
nan bunga kembang menjadi
aikkk..meleret2 pula pantun ni..hehe;)
aduii..malu sungguh ..gaya k.e mnangkap pic clear sungguh.digicam kat umah ila tak guna.dah rasa malas..hehe:p.Hanya camera dari hp yg menjadi mainan ila skrang.
tu yg pic agak blurrrr..huhukk:(
oh yeeee...
biasanya berapa kos doktor klinik haiwan ye??
ila notice si mimi dah mula kena jangkitan kulat.
honestly tak pernah bawa kucing ke klinik.tapi skrang ila nak serius jga mereka.
meh..kongsi pandangan
chiku?? lebih kurang nama chii je..chikum4risa..ehehehe
ila... kalau setakat kena jangkitan kulat tu boleh beli ubat dan rawat sendiri je...
* Rawatan bergantung kepada klinik, ada yang murah sikit dari klinik yang lain so kena survey juga. (Klinik yang kak e pergi biasanya paling kurang RM 50 seekor - rawatan dan ubatan)
** Kalau dekat rumah ila ada 'pejabat haiwan' boleh bawa di situ sebab agak murah berbanding di klinik haiwan. Cuma 'pejabat haiwan' kadang2 kita pergi doktornya tak ada atau macam2 ler ;)
chii = chiku :p hehehehehehe
* Tak tau ler kenapa anak kak e pilih nama Chiku untuk kuci:D
Post a Comment