25 August 2009

Xing Yun Telah Ditemui :)

ermmm yummy...

Masak pedas goreng limpa
Masak dalam periuk tanah
Xing Yun telah kami jumpa
Hilang rasa gundah gulanah


Xing Yun with kakak - on the way to the clinic

Xing Yun yang beberapa hari telah hilang kini kami temui semula. Puas kami mencari-carinya tetapi tidak kami temui... Pada petang hari, pulang dari ambil si Baby balik dari sekolah agama, umie telah singgah ke rumah jiran yang baik dan juga pencinta kucing sekadar untuk bertanya khabar. Tiba-tiba umie terpandang Xing Yun sedang duduk bersama kucing-kucing mereka.

Terus sahaja umie meluru mendapatkan Xing Yun dan umie memberitahu jiran umie, Xing Yun kucing baru kami yang telah menghilangkan diri. Menurut jiran umie, Xing Yun telah terkandas di atap rumahnya dan anaknya telah menyelamatkan Xing Yun. Xing Yun pula dibiarkan diam di rumah mereka kerana mereka tidak tahu Xing Yun kucing umie (belum ada kesempatan untuk bercerita) jika mereka tahu, pasti mereka sudah hantar Xing Yun ke rumah kami.

Kakak - helping the doctor to hold Xing Yun

Syukur Alhamdulillah... Xing telah diselamatkan oleh pencinta kucing, maka dirinya telah diberikan perlindungan. Apa yang pelik ialah Xing Yun tidak tahu pulang ke rumah padahal rumah jiran umie itu cuma selang sepintu sahaja! Rasanya Xing Yun memang jenis yang tidak tahu mencari jalan pulang sebab di dalam rumah ini pun dia hanya duduk di dalam bilik Adik. Makan minum di situ dan kencing-berak di dalam toilet Adik juga. Dia seolah-olah takut untuk keluar dari zon selesanya.

Selepas Xing Yun ditemui, umie telah membawanya berjumpa dengan doktor haiwan. Xing Yun telah diberikan suntikan dan ubat cacing. Harap-harap Xing Yun akan terus sihat cuma kakinya tidak dapat dibetulkan lagi. Puas umie tanya doktor kalau boleh dibuat sesuatu kepada kakinya yang lurus itu. Malangnya doktor tetap mengatakan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tulangnya sudah mengeras begitu...

Xing Yun was given an injection

Sebelum hari raya ini, Xing Yun dan Mahzuz akan umie bawa ke klinik untuk 'dikasi' supaya Xing Yun bebas dari gangguan kucing jantan dan Mahzuz pula tidak akan menjadi 'liar' dan 'memancut' sesuka hati :D Harapannya mereka akan tambah sihat lagi...

Hope Xing Yun will be healthy

22 comments:

Daniera said...

Alhamdulillah, xing Yun selamat :)

mOEha Aziz said...

salam kak e,

alhamdulillah... berkat doa semua di bulan ramadan... tumpang gembira :)

Gee said...

Salam umi-e.

Alhamdullilah xing yun telah dijumpai. Insyallah bila akak lapang nanti, akak dtg melawat ye.

Ungu Izz Khan said...

penantian yg berpenghujung...

tumpang gembira gak lah.... :-)

pasni jage baik2 ye....

Lady of Leisure said...

cutenya dia kak...
siap pakai seat belt..
arri n molly kalau nak g clinic lady letak dalam cage..
tapi dorang macam tak suke.. dia nganga mulut sampai basah dagu dia..

Unknown said...

laa....sebelah rumah je? mungkin dia takut nak keluar dr rmh tu kot.....takut sesat lagi.

Watierman said...

Salam Kak e...dah lama Watie tak berkesempatan berkunjung ke blog akak tup2 dengar Xing yun dah ditemui...apa2 pun Syukur alhamdulillah....moga Xing yun sihat & kekal tinggal bersama orang2 penyayang sehingga ke hujung nyawa...Amin!

Unknown said...

selamat berkenalan xing yun! kakchik baru sempat tengok xing yun hari ni tup-tup baca berita xing yun dah dijumpai. rupanya xing yun hilang ya... haaa... dah balik rumah tu jangan merayau-rayau lagi nanti kan tak dapat berpuasa dan beraya dengan keluarga pula.

kak e, tentu gembira sakan tu sebab dah jumpa xing yun.

ibundo said...

umm alahai xing yun.. kat sebelah je rupanya nko ye.

ASH said...

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dibeli bersama lokan,
Alhamdulillah kita ucapkan,
Xing Yun berjaya diketemukan,


he he he..

kus...semangat!

umi_e said...

Daniera... amin... terima kasih

moeha... amin... berkat doa moeha juga :)

kak gee... terima kasih kak gee

putera cinta... terima kasih putera

lady... kalau bawa lebih dari seekor, memang letak dalam cage - kali ini pergi bawa Xing Yun je dan klinik pun tak jauh :)

zana... mungkin jugalah zana - pelik dia tak balik ke rumah

watie... terima kasih watie.

kakchik... sekarang ni tingkap bilik Adik dibuka sedikit sahaja - takut dia keluar lagi.

kakpah... pelikkan dia tak balik (geram pun ada juga tau dengan Xing Yun masa jumpa tu hehehehe)

ashley... terima kasih - siap denga pantun sekali :)

azlina said...

salam kak e..
alhmdulillah dah jumpa..punya jauh mnecari rupanya di rmh sebelah saja..x kisahlah yg penting xing yun selamat dan sht..

myQza said...

Ya Allah kak e HuG kak e!! Alahamdulillah... adeh.. sensitif betul lah sy ni.. ilang nangis jumpa pun nangis.. sob sob sob.. memang jodoh dia dgn keluarga kak e lah!!

mungkin dia ada bf kat rumah jiran kak e agaknye.. ekekekek.. sebab tu liat nak balik....

xing yun.. jgn nakal2 lagi!

ItaJeff said...

Salam Umi..
Alhamdulillah...menitis airmata ita baca posting Umi hari ni...ita dpt rasakan perasaan umi...syukurlah xing yun selamat & dpt bersatu lg dengan keluarga umi :-)

umi_e said...

azlina... bersyukur sangat bila dah jumpa...

tedi... sekarang ni kena check dia tiap waktu :S

sis ita... gembira sangat bila dah jumpa sebab takut dia kemalangan atau apa... alhamdulillah...

secangkir madu merah said...

alhamdulillah, xing yun dah selamat kembali..
nak menyambut ramadhan bersama umie lah tu..hehehee...

umi_e said...

SMM... memang bertuah sungguh budak sekor tu tau... sesat kat rumah jiran selang sepintu pun dia tak tahu nak balik...

bylindakitchen said...
This comment has been removed by the author.
bylindakitchen said...

syukurlah kak.
xing yun dah balik.

"malam-malam main bunga api.
xing yun dah balik, linda pon hepi.
akak pon tak risau lagie.
boleh berpuasa dgn senang hati.

umi_e said...

misz pinkie... terima kasih :)

Kasawari said...

Alhamdulillah.. Xing Yun (mcm nama pemain badminton jer.. he he).. selamat..

bila la nak beraya ker rumah kak e dan melihat kucing2 tu.. he he

umi_e said...

kasawari... bila2 je boleh :p

* jemputlah ke rumah ya :)