Bertemu leyza jauh nun di sana
Bertemu juga dengan kak Shida
Award pemberian dari cintaana
Pencinta kucing diberikan kepada
Terima kasih kepada anna kerana memberikan award istimewa ini kepada semua pencinta kucing. Suka tengok gambar kucing yang mengintai tu... memang cute...
Sempena mendapat award ini, umie ingin bercerita tentang kucing-kucing umie yang terpaksa ditinggalkan kerana umie pulang berbuka puasa dan bersahur dengan keluarga umie di Singapura.
Rasa hati berat untuk meninggalkan mereka namun terpaksa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke sana. Kalau hendak dibawa ke Skudai, adik umie pun akan pulang bersama-sama. Akhirnya dengan sedihnya dan berat hati, umie telah meminta jiran yang baik dan juga pencinta kucing untuk tolong berikan makan dan tengok-tengokkan mereka.
Sampai sahaja di rumah, mula-mula sekali umie pastikan kucing-kucing umie ada dan alhamdulillah mereka meluru bila nampak kereta kami di muka pintu. Masing-masing mengekor di kaki, mungkin untuk bertanya ke mana kami semua pergi dan tinggalkan mereka sendiri.
Belum apa-apa lagi, umie dah mula memikirkan tentang mereka bila hari raya nanti... tidak mungkin mereka akan ditinggalkan dengan lama tanpa pengawasan sesiapa... Jika tinggalkan 'di hotel' rasanya sama saja... mereka tetap ditinggalkan dalam kurungan dan hanya diberi makanan dan minuman secukupnya... kena fikirkan awal-awal lagilah kan...
12 comments:
yelah kak e. nasib baiklah saya tidak berapa banyak masalah sebab kalau balik kg pun balik hari sahaja.
kak e orang singapore ek?
oooo...mesti rindu kucing kcuing tu kat tuan dia kan?
saya peminat kucing jugak, salam perkenalan..
mmg rasa berat hati kalau terpaksa tinggal kucing sendirian dirumah kan.. nasib baik kucing saya ada dua, ada lah kawan sepanjang ketiadaan saya di rumah..
btw salam perkenalan..
tedi... oklah kalau camtu kan...
ashley... a'a (now dah Malaysia)tapi parents & siblings masih di sana
lady of leisure... salam perkenalan juga :)
oooo akak ku ni org singapore mari...hehhee
ehh nak tanya...akk dpt beli tak kucing hari tu??
:) betul..memang risau kalao kena ke mana...
kucing2 sy biasanye ade jiran non muslim yang tlg jenguk2 kan kalo sy cuti raya lame sgt (lebih dari seminggu)..(tq my friend...)
kalao 3-4 hari, ok lagi tinggalkan mknan byk2 & air yg mencukupi..
salam ramadhan ya kak e...
anna... kak e tak call pun sebab hati kak e tidak ke situ cuma anak2 je yang nak tambah koleksi...
catlina... tu lah kalau setakat satu-dua malam ok tapi hati tetap risau kecuali kalau anak2 bulu tu pandai nak jawab panggilan telefon :D
umie bawak balik kampung je la. Kalau nak tinggal susah gak sebab mesti orang pun balik kampung. Tapi kalau balik spore mesti tak leh bawak kan?
nasib baik ada jiran yg boleh berpesan2..
kalau macam tu janganlah balik kampung lama lama umie... kucing rindu..
salam kak e,
singapura kat mana?.. mama kita pun org sana...
kakpah... dulu 2 ekor, kami bawa ke mana2 kecuali ke Spore - sekarang dah ada 5 ekor... kereta pun cukup2 muatkan orang je... :S
SMM... memang tak balik kg lama (setakat 2 malam je)kecuali ada yang menjaga mereka... kena confirmed ada orang nak jaga barulah boleh senang hati...
moeha... kat Jurong ;)
Post a Comment