25 April 2008

Itni disangka hilang!!! :(


Izam masih terkenang insan yang disayang
Memori lama membuat dirinya menyendiri
Kucing-kucing semua memang umie sayang
Yang berada di rumah umpama anak sendiri

Kelmarin umie jadi sedikit cuak apabila seekor dari kucing-kucing umie tidak kelihatan bayangannya. Selepas mahgrib, umie beri mereka makan malam. Kesemuanya nampak berselera termasuklah Itni juga.

Seperti kebiasaan selepas makan malam dan berehat sebentar, mereka semua akan dimasukkan ke dalam kandang supaya jika mereka membuang hajat, senang untuk dibersihkan. (ada ketika dilepaskan di dalan rumah ~ bila mereka sering buat hal errmmmm faham-faham je lah apa mereka buat kan... jadi terpaksalah diletakkan dalam 'bilik tidur' mereka) Namun umie tidak nampak bayang Itni padahal masa makan tadi dia ada sama... umie memanggil-manggil dan mencari di seluruh rumah...

Puas umie memanggil dan mencari namun tidak kedengaran suara atau bayangannya (bisanya kalau panggil pasti dia akan datang tambahan kalau membunyikan tin makanan kesukaannya). Hati umie mulai tidak tenteram dan macam-macam yang umie fikirkan... Namun umie terus memanggil Itni dan bersabar untuk menanti kepulangan hb dari menjemput anak-anak tusyen. Malangnya hb dan anak-anakpun tidak berjumpa Itni di sekitar kawasan rumah.

* Umie begitu risau sebab Itni (sebelum ini) tidak tau merayap atau berjalan jauh dari kawasan rumah. Itni pula jenis kucing baik yang boleh dibuat apa saja ke atasnya... dia tak tahu marah atau menghalangnya... Itni ibarat patung yang boleh digomol sesuka hati :D

Setelah anak-anak masuk tidur (esok nak sekolah) umie terus mencari dan memanggil. Akhirnya umie tidak boleh menahan kesedihan dan kerisauan maka umie pun... (malu nak tulis di sini) hehehehehhehe Tengah malam itu juga hb umie membantu umie mencari Itni (Thank you darling...) di sekitar kawasan taman perumahan hingga ke taman sebelah. Puas pusing-pusing keliling namun Itni tidak kelihatan juga.

* Komen hb semasa umie begitu resah mencari Itni >>> " jangan risau, nanti dia akan balik, mungkin dia keluar pergi dating.... " (umie marah hb masa dia kata camtu hehehehehehhehe)

Umie mulalah memikirkan benda yang buruk dan menuduh macam-macam ~ berdosa je menuduh orang eekkkk :( Setelah penat berusaha dan tidak berjumpa juga, umie disuruh tidur... rasanya baru saja umie terlena tiba-tiba hb mengejutkan umie... menyuakan Itni :) hehehehehhe umiepun dakap Itni dengan erat (Itni tak bergerak-gerak) sambil menyambung tidur dengan lenanya :p

Pengajaran buat umie: Kalau kucing-kucing umie tak balik, jangan risau... tunggu seharian... ni baru je berapa jam dah kalut... sampai hb ajak buat report ke balai polis ~ perlilah tu kan.... :P


6 comments:

ILA said...

salam k.E:D
aha..kebetulan ..ila pun baru letak entry pasai miki & mimi..
ohhh..akak dah lama bela kucing ke??
cuba bagi tip kat ila..mcm mana cara2 pjagaan kucing??
akak biasa mandikan mereka tak?
aduiii..sejak ada kucing ni..ila asyik terbersin je kat umah..
ada tip utk elakkan benda2 ni semua??cos bulu kucing tu agak bahya..btw..ila & family mmg sayang banget dgn binatang kesayangan nabi ni:)

perkongsian pndapat amat di alukan...wasalam:)

umi_e said...

salam ila... kak e baru je bela kucing setelah berehat sekian lama (masa anak2 masih kecil)
* Mula bela kucingpun kerana anak-anak dan juga atas 'green light' dari hb tersayang hehehehehe

** Ada orang memang alah dengan bulu kucing, di rumah kak e ada 'air purifier' ;) apa kata gunakan benda tu...

*** Menurut Vet tak elok mandikan kucing kerap sangat tau... kalau nak boleh saja mandikan seminggu sekali TAPI kena kasi mereka makan 'Scothc Emulsion' untuk menjaga lemak di bdan mereka agar bulu mereka cantik dan lemak di tubuh mereka tidak terhakis...

Nanti kita citer2 lagi eekkkk suka citer bab kucing :D

ILA said...

'Scothc Emulsion' =???
yg kita biasa bagi kat budak2 ke???


aha..apa kata kita sdiakan satu blog forum khas utk kucing je..hehe

umi_e said...

a'a lah ila... scoth emulsion (betul ke spellingnya eekkk) yang budak2 makan tu :D

* masa anak-anak kak e kecik bagi kat dorang makan, ni dah besar masing2 takmo makan dah... last kucing2 pulak kena makan hehehehhehe

Anonymous said...

salam kak e,
su masa sekolah rendah dulu ada bela kucing jugak. arwah ayah bawak balik kucing yg ada jari 7 dan 6. tapi kucing tu mati kena langgar moto sbb rumah kami rumah kg yg tak berpagar dan dekat dgn jalan pulak tu. nangis... :(

Pas tu bila kakak kawin, abang ipar bawak balik kucing yg cantik sgt... bangun tdopun, cumi (nama kucing tu) yg kejut kan. dia jilat muka, jari dan kadang gigit kaki (tak sakit pun, geli je).

Bila su kena sekolah asrama, kami dah renggang sbb cumi dah pandai berkawan dgn kucing jantan dan lepas tu dah ada anak... :( Dia pun dah mula abaikan su bila su balik bercuti... dan bila su dpt anak buah, su juga jarang berikan tumpuan pada dia... kami semakin jauh...

bila su tak dapat jaga cumi sbb dok kat asrama, abang ipar bagi cumi kat orang lain. lepas cumi, su dah tak ada bela kucing lagi sampai skrg... lgpun hubby tak minat sgt dgn kucing ni... :(

Biarpun sekejap, su tetap suka kenang balik pengalaman bersama cumi dulu... ;)

umi_e said...

su... kucing ni boleh buat kita jadi tenang kan... masa kak e sekolah memang banyak kucing! macam2 nama ada hehehehhe pastu keje kak e masa tu ialah membawa kucing2 ke klinik haian jika mereka sakit :D *Cita-cita nak jadi doktor haiwan tapi belajar tak pandai :(

Masa kak e masuk univ, langsung tak ada hubungan dengan kucing sebab balik setahun sekali (kadang2 tak balik pun...) sampailah kawin tak simpan kucing sebab anak2 masih kecil dan hb tak kasi green light :D

Alhamdulillah mula 1 Julai tahun lalu hb berikan kebenaran untuk bela kucing seban ada jiran tinggalkan 3 ekor kucing si depan rumah (anak kak e bookes sorang sekor)Malangnya kucing2 tu semua dalam keadaan sakit masa ditinggalkan dan 2 ekor tak dapat diselamatkan walaupun dah dibawa ke klnik :(

Tinggal sekor je, pastu satu-satu kucing datang dan kami bela sampailah yang akhir tu datang bulan puasa yang lalu... cukuplah kot 5 ekor tu... tak laratlah sebab dorang ni ada masa buat hal... letih :((