11 December 2007

Kek marble 3 warna



Cake ni umie buat untuk birthday anak sedara umie sehari sebelum umie pergi ke Johor... so memang tak sempat nak update n3. Hari ni baru berkesempatan. Base untuk cake birthday ni umie guna resepi noreen tri-colour marble cake memang lembut... cuma lain kali umie kena kurangkan gula kalau nak disalut dengan butter icing sebab cake dah manis, tambah pulak dengan icing so jadi double manis nya... errrmmmmm manis-manis pun habis hehehehehe THANKS noreen sebab resepi yang memang best!


Bahan-bahan:

250gm butter
1 camt esen vanilla
250gm gula kastor
3 biji telur
330gm self-raising flour
180ml susu
2 camb serbuk koko
2 camb susu - extra
sedikit pewarna pink

cara:
  • pukul butter, esen vanilla dan gula hingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu
  • tuangkan tepung dan susu diselang-selikan dan kacau sebati
  • bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • ayakkan serbuk koko dan masukkan ke dalam satu bahagian adunan dan masukkan 2 camb susu sambil dikacau sebati
  • tuangkan sedikit pewarna pink ke dalam aduanan satu lagi sambil dikacau rata
  • adunan yg balance tu dibiarkan
  • tuangkan 3 adunan berselang seli dlm loyang bulat size 8inci dan kalau suka boleh jugak gunakan chopstick utk dikacau adunan atas bawah
  • bakar adunan dengan suhu 175C selama 1 jam
  • bila cake sudah masak biarkan sejuk dan bolehlah dipotong

4 comments:

zaliana said...

kak e..suka sgt hasil tangan kak e..buttercream kak e semua cantik2..ishk bilala nak g belajar dengan akak ni..ehehehe buka kelas tuition utk za boleh kaaaa?

umi_e said...

za... kak e buat simple2 je... meh ler... kita main pondok2 :D

Mat Gebu said...

waaa.....mcm esok jugak pakcik nak try make-up kan kek...teruja niee!!!

umi_e said...

mat... buat ler... kalau nak jadikan ianya happening, buat masa BDay anak sedara mat yang comel2 tu ;)