28 December 2007

2 months old BlogDay (BDay)



Hari ini kira cukuplah 2 bulan blog umie terbina... Sempena BDay 2 bulan blog ini, umie nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan-rakan kerana memberi sokongan. Semoga blog umie ini akan terus 'hidup' di alam maya ini... Dua bulan rasanya macam dah dua tahun lamanya... ermmmm umie nak cuba bersyairlah pulak ;)

Jomlah... baca dengan nada bersyair ya....


Buatlah blog... kawan-kawanku pelawa
Sungguhpun begitu hati belum terbuka
Tapi tiba-tiba dapat seru agaknya
Tanggal 28 Oktober maka blogku terbina

Genaplah dua purnama blogku dibina
Masa berjalan begitu cepat tidak terasa
Sukanya hati amatlah gembira
Blog umie masih terus bernyawa

Terima kasih kuucapkan padan kawan semua
Tanpa kalian blogku tak akan bermakna
Semoga persahabatan kita terjalin mesra
Walaupun bersua dan bercerita di alam maya




No comments: