31 October 2007

Udang goreng cornflakes


Kalau tiba bab masak udang... memang tak tau nak buat camna sebab anak2 cerewet... tambahan mereka tak berapa suka dengan udang. So yang boleh nak menambat selera mereka bila buat yang simple2 je ler... Fikir punya fikir, tengok ada cornflakes lebih daripada buat biskut raya baru ni... so modified ler untuk dimasak dengan udang yang ada...

Bahan:

600gm udang besar (ikut suka size mana)
1 biji telor
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
cornflakes secukupnya (ramas-ramas hingga agak hancur)
perasa ikut suka
minya untuk menggoreng


Cara:

1. Bersihkan udang
2. Bancuh semua bahan dalam mangkok (kecuali cornflakes dan minyak)
3. Gaulkan udang dalam bahan yang telah dibancuh tadi
4. Panaskan minyak
5. Ambil seekor udang yang dah disebatikan dengan adunan dan gaul dalam cornflakes
6. Goreng dalam minyak yang panas sekejap je!

Sweet heart kiwi-choc delight


Bila berpuasa walaupun bukan di Bulan Ramadhan, time berbuka puasa lebih kurang sama je... nak ada pencuci mulut@dessert. Semalam dessert untuk anak-anak umie ialah ice-cream choc je tapi ditambah dengan nata de coco untuk menambat selera... biasalah budak2 ni kalau setakat letak ice cream biasa je bukannya diaorang pandang sangat :D

Bahan:
Ice cream chocolate secukupnya
Nata de coco (perasa kiwi) ikut suka banyak
Bahan hiasan (umie guna heart shapes)

Ayam masak merah ala umie




Bila dah masak nasi sos tomato tu... kenalah ada lauknya kannnnnnnnnnnnn :D

Lauk yang biasa orang matchkan ialah ayam masak merah


Bahan:


1 ekor ayam - potong ikut suka dan goreng
10 tangkai cili kering (ikut suka banyak/pedas) - potong dan rendam
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 cawan sos tomota
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dipotong bulat
perasa dan air - ikut suka


Cara:


1. Blend cili kering+ bawang putih/besar+halia
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend
3. Setelah garing masukkan sos tomato - kacau
4. Masukkan kicap + air (ikut kepekatan yang disukai)
5. Masukkan ayam yang telah digoreng
6. Bila dah puas hati - masukkan bawang yang telah dipotong bulat > tutup periuk dan matikan api adapur.

Nasi sos tomato


Minggu ni kami terus berpuasa... sementara masih ada bulan Syawal lagi... mungkin kebanyakan orang dah 'habis berpuasa' tapi kami rasanya sampai hujung kot baru habis. Insya'Allah...

Macam biasa, bila tiba masa untuk memasak umie sure pening kepala... so as usual, I will ask my kids what to cook or to give me the menu. They asked me to cook > ayam merah with nasi tomato and I ended up buat nasi sos tomato :D simple!

Bahan:


4 cawan beras basmati/beras ikut suka
1 cawan susu segar + 3 cawan air biasa (air ikut jenis beras)
satu sudu minyak sapi
3 ulas bawang putih & 1 biji bawang besar (didadu/dimayang halus)
3 sudu besar sos tomato
bahan2 penumis (cengkih,bunga lawang etc)
daun pandan
perasa secukupnya

Cara:

1. Cuci beras dan toskan
2. Panaskan minyak dlm periuk nasi dan tumiskan bahan penumis sebentar dan kemudian masukkan bahan yang telah dimayang.
3. Masukkan sedikit air (dari sukatan utk nasi)
4. Masukkan susu segar
5. Masukkan sos tomato
6. Kacau rata dan masukkan beras serta lebihan air
7. Masukkan perasa dan daun pandan
8. Masak macam biasa hingga nasi kering - masak

30 October 2007

Ole-ole dari Kuantan



Hari Jumaat - Ahad baru ni umie gi Kuantan. Masa balik tu, tengok orang pakat nak beli keropok lekor. Umie nak beli tapi tak tau kat kedai mana yang sedap. Bila berhenti kat satu kedai tu, belilah juga sikit, jangan tak beli pulak kan;)

Oleh kerana takut yang dibeli tu tak sedap, umie kirim pulak dengan adik angkat umie sebab suami dia orang Kuantan, dah tentulah tau kat kedai mana yang jual keropok lekor yang sedap... memang rasanya keropok lekor dia lebih cantik tapi rasanya lebih kurang dengan yang umie beli - rupa yang umie beli kurang cantik ler...

So tadi untuk juadah berbuka puasa, umie gorenglah sebagai 'starter' hehehehehehe

Kuey teow tom yam



Sahur pagi tadi, my kids nak makan tom yam dengan kuey teow. Mudah je ler... kuey teow dah ada yang siap, tinggal beli dan bersihkan je. Before I used to make my own kuey teow (http://myresipi.com/top/detail/917) but not now hehehehehe (dapat masak hari2 pun dah kira bertuah)


So senang je... I panaskan tom yam yang masih ada (memang masak banyak sebab my kids suka) dan curah kat atas kuey teow... jadilah kuey teow tom yam :D memang membuka selera waktu sahur sebab rasanya yang masam2 tu...

Tom Yam simple



Tom yam is my kids' favourite :D If possible, they want me to cook tom yam everyday!
Bila tak ada idea nak masak apa... I will ask them but the answer for sure >>> tom yam :D
Malas nak fikir-fikir, I masak tomyam je ler but this tomyam is very simple. Tak payah pakai 'ready paste' sebab pakai buat sendiri je... ramuan dan cara membuat pastenya dapat daripada my brother.

Bahan-bahan tumisan:

5-10 batang cili kering (ikut suka pedas)
2 sudu makan udang kering
2 cm belacan
1 genggam asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air
5 ulas bawang putih dikisar
2 biji ulas bawang merah
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
jus limau nipis - secukup rasa

Cara:
1. Blend kesemua bahan yang perlu diblend (cili kering, udang kering, belacan,bawang putih/merah) bersama air asam jawa (tambah air jika belnder memerlukan)
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan yang diblend tadi
3. Masukkan ayam/sea food (kalau see food kena tunggu mendidih baru masukkan)
4. Masukkan air limau dan tambah air secukupnya bersama beberapa helai daun limau purut/ serai yang telah diketuk/garam/gula untuk rasa.
5. Setelah kuah mendidih, masukkan sayur (ikut suka) dan tutup api dapur






29 October 2007

Buttery battered sausages


Hari ini kami mula sambung untuk berpuasa lagi... My kids pun puasa sama... suasananya meriah macam bulan puasa sebab bangun sahur dan juga siapkan juadah berbuka puasa. Hari ini kakak (anak sulung umie) nak masak sosej. Kakak buat dari awal sampailah selesai... cuma bila sampai bab menggoreng memang kakak surrender! So itu kerja umie ler ;)

Resipinya mudah je... umie pun tak tengok camna dia bancuh tepung untuk celup sosej tu. Cuma menurut dia, dia tak pakai sukutan cuma gunakan bahan-bahan berikut :


*Tepung gandum

*Butter

*Susu cair (fresh milk) secukupnya
*Garam (jika mau dan rasa butter kurang masin)

Semua bahan dibancuh sehingga agak2 dapat salut sosej tu...
pastu goreng dalam mimyak yang panas...


beginilah rupa kepekatan bancuhan tepung yang kakak buat tu


sosej dapat disalut dengan tepung, kalau cair nanti tak mau lekat pulak


Bila minyak dah betul-betul panas barulah masukkan sosej yang dah disalut tepung tu.



Secara umumnya sosej ni memang kesukaan kanak2 tapi disebabkan ianya makanan yang diproses maka haruslah dikurangkan pengambilannya... Anak-anak umie makan sosej ni dengan kentang goreng... masa panas-panas memang menyelerakan...


Oh my God! Finally I have a blog!



Yesterday, I told my loving and understanding hb - my thoughts of having my own blog (like some of my friends) I showed him some of my friends' blog. My children were with us looking at the blogs ;)

So to make me have my own blog, my hb asked my kids to help me with it (I'm not good in IT/Computer).
They created this blog for me just in few minutes! Oh my God! That easy???

So unbelievable that now I have my own blog!

Thanks to my dearest friends, noreen, lydia, cik mat etc that give me courage to have a blog. Hope that you guys will help me to develop my blog as interesting as yours :)

* p/s: Actually my kids created me a blog yesterday but I have made a mistake - I gave them a wrong email address - I couldn't verify the email so I couldn't do much with the blog. Therefore today, they created me another blog, similar but with different/correct email address :D