16 April 2009

Spicy Tuna Sushi


CT sediakan sarapan pagi
Goreng mee kicap berlada
Umie tayangkan sushi lagi
Makanan kesukaan anakda
Kebetulan dah upload gambar sushi yang menjadi kegemaran anak-anak umie jadi bolehlah dijadikan n3 hari ini ;)
Sushi ini macam biasa saja cuma fillings diberikan tuna yang dicampur dengan sedikit serbuk cili dan mayo ;)
Bagi yang suka makanan yang simple, sushi memang amat sesuai kerana mudah disediakan dan juga sesuai untuk mereka yang nak menjaga badan (sebab tu jarang jumpa orang Jepun yang gemuk kan....)
* Resepi untuk sushi lihat pada n3 sebelum ini :)

11 comments:

sherry said...

Salam Umi.

yummy..yummy..yummy.

Sushi sesuai untuk orang yang nak jaga badan?..bagus ni..tapi masalahnya saya ni tak boleh tidak pekena nasi..rasa macam tak kenyang jer.

TokNabe said...

hehe... betul ke sushi utk orang yg nak jaga bdn? klu mcm tu kena trylah ni.... :D

umi_e said...

sherry... kak e pun tak boleh makan sushi tu... makan 'main-main' bolehlah :P sebab tu kak e kata sesuai untuk orang yang nak 'jaga badan' hehehehehe :D

TokNabe... bagi kak e lah memang sesuai sebab makan sikit2 je hehehehehe Kalau makan nasi mana boleh sikit2 camtu :P tak kenyang kalau tak makan sepinggan:D

Unknown said...

Assalamualaikum kak e,

nampak sedap la sushi tu.
kakchik belum pernah makan sushi.
tapi selalu dok terliur tengok org korea makan kimbap ala-ala sushi juga kan.

umi_e said...

salam kakchik... bila2 bolehlah kakchik cuba ya... I'Allah bila2 saya ke KB, saya akan bawa bahan asasnya dan kakchik boleh cuba sendiri :)

BelalangDewa said...

salam umi:

cik alang suka mengamuk
kena tumbuk patah gusi
badan bd sangat gemuk
boleh kurus ke makan sushi?

umi_e said...

BelalangDewa membeli berus
Buat mencuci kain yang buruk
Badan gemuk tak boleh kurus
Jika sushi dimakan satu periuk

BD... :p

Kasawari said...

dah byk kali ke jepun.. tapi sekali pun tak merasa sushi ni.. he he... apa ek rasanya.. mcm keropok lekor ker.. ? he he

MOLY said...

spicy tuna ?
yummm yumm !!

lama dah x makan sushi
tgk akak buat rasa lapar pulak sekarang nih

:D

Jun said...

kak e, sedapnyer sushi..suka suka...lama x mkn.

umi_e said...

kasawari... ajak lah linda gi sushi king :P

lily... dah ada cik abg sekarang ni, bolehlah bawa sendiri

jun... bolehlah buat sendiri kan ;)