8 April 2009

Masa untuk tidur :D

Chiku dan Envy terlena


Uncle Amy ke kelas dengan Bain
Singgah di koperasi beli lencana
Kucing-kucing ini penat bermain
Berehat seketika hingga terlena


Kehidupan umie dan anak-anak sekarang ini bertambah gembira dengan kehadiran kucing-kucing yang manja-manja. walaupun mereka bukanlah kucing cantik atau kucing yang mahal tetapi telatah mereka amat mengembirakan... Ada masa geram macam nak picit-picit je kucing-kucing tu semua - bukanlah geram marah tapi geram sebab terlalu sayang hehehehehehe camna tu ekkkk :p

Kelihatannya kucing-kucing umie tak ada masalah... masa makan mereka makan dan minta makan dan malah boleh pilih-pilih makanan - jika tidak suka mereka tidak makan maka umie kenalah carikan makanan yang mereka suka... ermmmm terllau manjakan sangat... sama macam anak-anak umie juga, beli atau masak mana yang mereka suka je...

Gambar di atas menunjukkan Chiku dan Envy sedang berehat selepas penat bermain... Dalam masa berehat mereka terlena... Seronok je tengokkan mereka ni... kadang umie kacau mereka tidur sebab geram hehehehehehe Chiku cukap marah kalau umie kacau dia dan ada masanya umie kena cakar dengan Chiku dan itu buatkan umie tambah geram :D dan akhirnya Chiku akan cepat-cepat lari dan beralih tempat :D

* mereka adalah sebahagian daripada kehidupan umie...



2 comments:

Kasawari said...

wah.. bagusler kucing2 kak e ni.. memilih tempat tidur.. memang ni tempat tidur dia ker. .atau dia terjah naik katil ..

sheiro pulak.. tak suka naik katil.. panggil la mcm mana pun.. dia tak kan naik nya.. kdg2 kita org tidur atas toto kat depan tv bawah tu.. dia pun tak nak tumpang.. mungkin respek pada pengantin "baru" kot.. he he

umi_e said...

hehehehehe kucing kak e semua memang tdo atas katil - menyelit je...