1 April 2009

A sad day :(

Hamtaro semasa dia baru saja kami bela

Masak lemak lodeh dan goreng hati
Hidangan disediakan untuk Kak Ham
Hari ini hari yang menyayatkan hati
Hamster peliharaan mungkin dibaham

Oreo bersama Chiku

Hari ini merupakan hari yang menyedihkan buat umie dan anak-anak kerana dua ekor hamsters kesayangan telah tiada dan mungkin telah dibaham oleh kucing liar :((

Bangun pagi kakak telah menjerit terperanjat dan cepat-cepat memberitahu umie bahawa dua-dua ekor hamsters telah tiada dan rumah mereka telah rosak dan berselerakan. Kami begitu panik dan terus mencari mereka berdua di bawah katil dan dalam seluruh bilik kakak... Namun bayangan mereka tidak kelihatan. Hati kami begitu sedih tetapi malangnya kami tidak dapat meneruskan pencarian kerana anak-anak harus ke sekolah dan umie juga perlu keluar dan menghantar mereka...

Untuk memastikan keadaan terkawal, kucing-kucing semua telah dikurung. Kasihan pula kepada kucing-kucing umie kerana mereka terpaksa berada dalam kurungan sedangkan tidak mungkin mereka yang melakukan penganiayaan terhadap kawan kecil mereka. Selama ini (sejak hamtaro kecil lagi) kucing-kucing umie telah mengenalinya dan begitu juga dengan orea @ beijo yang datang kemudian. Mereka tidak pernah menunjukkan sikap untuk menganiaya Hamtaro dan Orea @ Beijo...

Selama ini kucing-kucing umie begitu baik sekali dengan hamtaro dan oreo @ beijo dan mana mungkin baru sekarang mereka mahu menghapuskan kedua-dua kawan mereka itu... Kami mengsyaki kucing liar telah memasuki rumah kerana pintu sliding tidak ditutup dan kebetulan pula kakak lupa menutup pintu biliknya... Malang tidak berbau... Kakak pula tidak sedar suatu ancaman telah berlaku terhadap haiwan kesayangannya...

Sampai saat ini kami masih mengharap agar kedua-duanya selamat... hati umie menjadi sayu dan pilu apabila melihat makanan (kuaci yang telah siap ditanggalkan dari kulitnya) oleh hamtaro dan diletakkan di dalam rumah kecilnya :(( Bayangkan bagaimana hati tidak menjadi sayu apabila tingkah laku hamtaro yang suka menyimpan kuaci di dalam rumahnya terus terbayang dipandangan...

Harapan dan doa kami semoga Hamtaro dan Oreo @ Beijo selamat dan pulang ke pangkuan kami...

* PADA KESEMPATAN INI JUGA, KAK E MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH DI ATAS INGATAN TERHADAP HARI LAHIR KAK E HARI INI. UCAPAN DAN DOA DARI KAWAN-KAWAN... BERKAT DOA KAWAN-KAWAN SEMUA, SEMOGA KEHIDUPAN KAK E AKAN TERUS SEJAHTERA DAN JUGA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT... TERIMA KASIH :)

13 comments:

arsaili said...

salam..taziah atas kehilangan hamster tersebut

umi_e said...

Thanks ars...

* Memang sedih... sampai hari ini mereka tidak kelihatan :( kami beranggapan mereka telahpun tiada lagi :((

CatlinaFly said...

salam kunjungan balas..suke nengok gmbr dgn kucing tu..hmm..dah ilang k hamster nye?kesiannye..takziah sy ucapkan...sy dulu penah bela hamster sepasang je mula2, pastu beranak pinak smpi bagi2 kat org....

umi_e said...

Salam Catlina...

Rumah ni bela macam2 dan selalu saja ditimpa musibah ke atas binatang peliharaan... Nak buat camna... kita cuba yang terbaik kan...

* Masih bela hamster lagi ke?

kakzana said...

salam umi....t.kasih sudi singgah blog akak. kita ni pantang nmpk 'Bangi' sb mak akak kt sana. lps tu akak suka sgt kucing n anak suka hamster. hamster dia dh bg org sb pindah sabah. kucing plak hntr balik kg. rindunya....syg binatang ni kekadang mcm anak sndiri...sabar umi ye...akak penah nangis seminggu krna kematian kucing yg baru dibela seminggu..

umi_e said...

kakzana... kita yang sayang kan bbinatang ni perasaannya lain...

* kalau kakzana balik umah akak, singgahlah kat umah sya ya :)

mslvoe said...

hepi belated besday kak e..
sorry for ur lost. jgn sedih2 yea

Unknown said...

alahai...kesiannyer hamster tu

umi_e said...

Thanks Mrs LVoe :)

umi_e said...

suw... memang kesian sebab hamsters tu manja sangat... sure mereka tak tau yang ada musuh nak baham mereka :((

Suzi said...

takziah kak E...memang sedih kan...lagi2 hari2 duk tengok telatah binatang tu...terasa kehilangan.
kena cari lain sebagai gantu tu..ubat rindu n sedih...

umi_e said...

suzi... memang rasanya mereka dah mati :(( sebab tak nampakpun kesan mereka masih hidup - letak makanan pun tak nampak sebarang perbezaan... Dah ajal mereka cuma rasa terkilan :(

Mr Aan said...

buat poster kak...
tampal kat pokok...
ekekek..