8 March 2008

Marilah mari... pergi mengundi...



Bahtera dilayar Cik Mat mengemudi

Di lautan luas pergi mengembara

Marilah mari kita pergi mengundi

Tunaikan kewajipan pada negara


Hari ini merupakan hari yang telah sekian lama dinanti-nantikan... Ini merupakan kali pertama umie dapat menunaikan kewajipan kepada negara :) Sebelum-sebelum ini umie tidak berpeluang untuk mengundi kerana umie tidak berada di dalam negara...


Pagi-pagi lagi umie dah keluar mengundi dan di pusat pembuangan undi suasananya kelihatan tenang. Proses pembuangan undi juga nampaknya berjalan dengan baik. Dengan lafaz bismillah dan meniatkan pengundian kerana Allah Ta'ala umie telah MEMANGKAH dengan penuh selesa :)


Semoga calon yang umie pilih akan berjaya... semoga dapatlah dibuat suatu perubahan... keputusan sepenuhnya kita nantikanlah ya...

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... semoga calon yang diundi beroleh kejayaan...

umi_e said...

Alhamdulillah... memang yakin 100% calon yang dipilih akan memang tau :) Semoga kejayaan BA ini akan berterusan untuk masa akan datang... BA kena lakukan perubahan!

Anonymous said...

Kak E, bebaru nih undi kat mana.???

Jie said...

Salam kak -e,

keputusan dah keluar lama, kerajaan pun dah dibentuk..kak-e mana pula menghilangnya?