22 October 2008

Real cuppies


Cik Mat Gebu beli berangan
Berangan dibeli dari Sedenak

Kek cawan menjadi hidangan

Buat santapan petang si anak


Kek cawan atau cuppies kini begitu popular di kalangan masyarakat. Kek cawan kini mempunyai pelbagai-guna. Ia kini bukan sahaja sekadar untuk santapan petang atau sebagai pencuci mulut tetapi sudah dipelbagaikan fungsinya. Misalnya dijadikan sebagai 'buah tangan/door gift' untuk sesuatu majlis. Malah ia juga kini dijadikan sebagai 'kek hari jadi', 'kek hantaran' dan juga 'kek perkahwinan'.

Kek cawan ini umie buat untuk makan anak-anak... Memandangkan ia sebagai juadah untuk hidangan keluarga, jadi umie telah membakar kek cawan di dalam 'cawan yang sebenar'. Seperti kek cawan biasa, umie telah menghiasnya dengan menggunakan butter icing. Rasanya lebih praktikal dan jimat membuat kek cawan begini jika untuk santapan sendiri kerana harga 'cawan kertas' turut mengalami kenaikan.

Untuk keknya umie telah mengunakan butter cake dan untuk toppingnya pula umie telah menggunakan 'butter icing'. Di bawah ini umie berikan resepi kek dan juga icing yang digunakan semasa membuat kek cawan ini.


Bahan Kek :

8 biji telur
250gm gula halus
250gm tepung gandum
25gm ovellete
2 sudu teh baking powder
125gm butter - dicairkan
100gm air
* cawan tahan panas atau cawan kertas secukupnya

Cara:

1. Panaskan oven sementara menyediakan adunan.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder
3. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu
4. Masukkan ovellete
5. Masukkan tepung dan air berselang seli sambil terus memukul adunan dengan speed perkahan
6. Akhir sekali masukkan butter cair hingga rata
7. Sudukan adunan kek ke dalam 3/4 cawan tahan panas / cawan kertas
8. Bakar selama 1/2jam pada suhu sederhana/ sehingga lidi yang dicucuk keluar dengan bersih
9. Bila telah masak - sejukkan sebelum dihias dengan icing mengikut suka atau kreativiti sendiri


Bahan icing:

250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar (mengikut keperluan)
Pewarna ikut suka


Cara:

1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
Pukul_sampai_kembang

2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu segar - jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi terlalu lembut)

3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna mengikut suka. Kacau sehingga rata...

4. Hiaslah kek cawan anda mengikut yang anda suka






10 comments:

nOOrsha said...

cantiknye kak cup cake tuuu.....buat laks dalam cawan yg real punye...lawolaaaa...rase nak ngap je.....

umi_e said...

Thanks sha :)

* suka2 je ni... actually kalau untuk makan sendiri lebih jimat sebab harga cawan kertas dah mahal hehehehehehehe

azlieJONET said...

sedappp nyeeee...

tgk pun dh rasa lapar nie.. hihi..

bertuah anak2 akak kan..huhu

umi_e said...

azlie... meh ler nak makan cuppies sambil minum kopi :p

ZARA said...

Waw!!

nampak best!!

senang ke nak buat nih?

nak beli selalu sangat..mahal benor..hehehe

umi_e said...

zara... buat sendirilah... senang je...

MamaFaMi said...

Ini baru betul betul dinamakan kek CAWAN! If only it's in my tummy, then it will be double yummy!!!

umi_e said...

hehehehehe thanks - just for fun ;)

Ezad said...

wah.. cam sedap je kek tu

tpi utk org kah?

:D

umi_e said...

ezad... kek ni untuk orang dan kucing juga hehehehehhe :D