21 October 2008

Chiku ~ Dibenarkan pulang ~


Si G amat pandai memilih
Tenunan dipilih dari sutera
Chiku sudah kembali pulih
Semoga dia terus sejahtera

Hari ini Chiku telah dibenarkan pulang ke rumah... keadaan Chiku telah mula pulih namun penyakit jaundice yang ada masih belum pulih sepenuhnya... Memandangkan Chiku sudah boleh makan dengan sendiri, maka Chiku akan dipantau dan dirawat di rumah saja oleh Kakak tentunya(Kurang sikit bayaran untuk Ward Chiku hehehehehehe)


Sebelum pulang, Chiku telah dibekalkan dengan ubat-ubatan yang begitu banyak sekali! Kenalah nanti dipaksa Chiku memakan ubat-ubatnya itu (Chiku susah nak makan ubat) Satu hal pula untuk memberikan dia makan ubat sebab sudah pasti dia akan meronta-ronta dan mencakar siapa sahaja yang memegangnya...

Dr. Pet telah berpesan sekiranya kami tidak dapat memberikan chiku ubat-ubatnya, Dr. Pet boleh bantu tetapi kenalah bawa Chiku ke klinik setiap kali masa untuk diberikan ubat (Jadi kerjalah pulak nak keluar dan pergi ke klinik... kalau depan rumah tak apalah juga kan... hehehehehe)


Chiku... kenalah makan ubat tu ok... eehhhhh ubat-ubatan Chiku tu penting untuk pastikan Chiku pulih dan sihat seperti biasa tau... Satu lagi, akan menjadi pembaziran jika ubat-ubat itu tidak dimakan (Kawan umie kata --> ubat-ubat Chiku mengalahkan harga ubat-ubatan orang) Oleh itu, Kakak jangan lupa paksakan Chiku habiskan kesemua ubat-ubatannya tu ya... Itu untuk kesihatan Chiku juga...

* Penyakit juandice ni ambil masa untuk pulih... kena kasi makan pil susu kambing selain ubat-ubatan yang lain...

8 comments:

Ielaz said...

Alhamdulillah kak e... berkat doa dari semua di samping izin Allah, chiku dah mula nak sihat..semoga semakin sihatlah dia.... kesian tgk dia terbaring je macam tu...
hamboih, byknya ubat .. larat ke makan tu chiku..siap bersusu kambing ni.... semoga chiku cepatlah sembuh hendaknya... nak tgk gambar chiku berkejar2an plak lepas ni ye kak e....

umi_e said...

Thanks iela... berkat doa iela dan yang lain juga Chiku dah mula bertenaga... cuma masih belum boleh dikatakan pulih sepenuhnya...

SiS-lin said...

siannye chiku tu,lin pun ada gak kucing,ssh jgk ye nk menjaga kesihatan kucing ni...

Lily.Lulu said...

semoga cepat sembuh chiku ...
:)

umi_e said...

lin, lily,

Thanks...

TokNabe said...

Ala kesiannya dia sakit..... banyak pulak ubat tu nak kena 'kasi' makan.

KiTTuN said...

Salamz kak.e...
kucing kittun pun kat ward lagi.. sedih sgt.. ingat semlm dah nak mati coz dia dah tak bagi respond. Lidah, mulut, dan kelopak mata dah putih takde darah merah langsung. Anak mata pun tak gerak2 besar jer. Doktor masukkan glucose pun tak payah bius.. dia memang dah kejung. Pagi tadi doktor call cakap ada berita sedih.. ingat OSkar dah meninggalkan kittun. Rupanya doktor hanya nak buat kejutan. Apa pun berkat doa dan usaha alhamdulillah hari ni doktor bagitau dia dah nampak beransur baik. Cuma masih belum makan lagi.hik..hik..!

p/s: mlm ni nak buat solat hajat lagi semoga Allah panjangkan riwayat Oskar dan dia segera sembuh

judi bola online said...

Keep up the good work!
Thanks for sharing.
agen bola / agen bola online / judi bola
judi bola online / bandar bola online / bandar bola
bandar judi bola / bandar bola / agen betting
agen bola terpercaya / agen sbobet / agen ibcbet
agen judi / prediksi score / jadwal bola