8 October 2008

Shortbread Cookies ~ biskut raya ~


Tamu CMG datang bertalu-talu
Dihidangkan juada pelbagai rasa
Hari raya seminggu dah berlalu
Namun suasanan masih terasa

Hari raya kali ini rasa macam cepat sangat berlalu... mungkin kerana hari raya tahun ini jatuh pada tengah-tengah minggu @ hari Rabu. Walaupun begitu bagi umie lebaran kali ini memang istimewa kerana umie dapat beraya bersama ibu-bapa dan adik-adik umie... Terima kasih tak terhingga umie ucapkan buat hb tersayang kerana tanpa pemahaman darinya sudah pasti umie tidak dapat beraya dengan keluarga di Singapura...
Thanks darling sebab melayan kami untuk beraya... Raya tahun ini betul-betul bermakna...
Shortbread cookies di atas tu merupakan salah satu cookies yang umie buat untuk raya tahun ni... Kali ini tak banyak kuih muih yang umie buat disebab kesibukan yang ada...
Resipi untuk shortbread ni boleh didapati di banyak food blog yang lain seperti blog CMG ;)

6 comments:

Tirana said...

Kak E, saya tak pandai la menganyam ketupat. Teringin juga nak belajar.. Sekarang ni buat nasi impit pakai boh dalam loyang aje.. tak pun beli yang nona punya tu tapi rebus dengan plastik macam tu..orang kata bahaya.. Kak E pandai ke menganyam sarang ketupat tu? Boleh ye ajar saya?

umi_e said...

tirana... boleh je... I'Allah kita boleh duduk dan anyam sama2 - ada beberapa jenis ketupat yang kita boleh buat nanti... fav kak e buat ketupat bawang sebab nampak bulat tapi paling basic ialah ketupat satay... camna? setlah masa untuk kita duduk belajar ok ;)

aishah@Ummiaqil said...

salam aidilfitri kak E...geram nengok shortbreak tu...bile ler nak wat...acuan tarak nih...

umi_e said...

Aishah... kalau tak ada acuan payah juga... kak e pun dah takde acuan sebab acuan kak e - guna sekali tu je pastu kak e kasi kat member MR hehehehehehe

Aziz Laikar said...

Whoa... tak pernah nampak kuih raya mcm ni.. Mcm yummylicious ja.

Selamat HAri Raya Kak E. Maaf Zahir BAtin

:)

umi_e said...

aziz... cookies tu kak e hentam saja :p hehehehehe