11 December 2009

1st Give Away by My Masterpiece (Ayu)


Sopan berbahasa peribadi Melayu
Jelas dari senyuman indah berseri
Give Away Pertama daripada Ayu
Moga rezeki akan menyebelahi diri
First Give Away oleh Ayu (My Masterpiece) sempena Ulang Tahun Perkahwinan dan juga Ulang Tahun Kelahirannya. Semoga Ayu terus berbahagia dan diberkati usia...

Hadiah yang Ayu sediakan memang menarik... walaupun pada mulanya rasa keberatan untuk menyertai kerana syarat-syarat yang diberikan, akhirnya umie ikut serta juga disebabkan harapan yang tinggi untuk berjaya memiliki hasil kerja Ayu yang memang berseni itu.


Sebelum itu, umie kenalah melaksanakan tugas yang diberikan oleh Ayu iaitu:

1. Menjadi Follower Ayu - kak e dari awal-awal lagi memang jadi FOLLOWER sebab tak mahu ketinggalan jika ada n3 baru daripada Ayu ;)

2. Jadikan link Ayu dalam link /bloglist umie - pun sudah dilakukan

3. Tinggalkan komen di blog Ayu - sudah juga tapi akan dibuat lagi untuk sertakan link n3 ini ;)



4. Komen/pendapat/cadangan anda mengenai hasil keje ayu amat dialu-alukan(optional)

i. Kak e memang minat dengan hasil kerja Ayu kerana ianya kelihatan kemas dan dibuat dengan penuh teliti...

ii. Kak e yakin, Ayu membuatnya dengan penuh kesungguhan dan kasih sayang :D kerana dengan adanya perasaan itu maka terhasillah kerja yang begitu menawan dan memuaskan!

iii. Kak e dapati Ayu juga begitu pandai bermain dengan warna dan menyusun atur bunga dan gambar yang digunakan. Semua itu dapat dilihat pada hasil kerja Ayu di sini.



* Salah satu contoh hasil kerja Ayu yang begitu baik dan menarik ialah seperti dalam gambar di atas, bekas plastik seperti di atas itu dibuat dengan penuh teliti sehinggakan tuan yang memilikinya merasa begitu berpuas-hati.


Rasanya itu sahaja yang dapat dituliskan pada saat-saat akhir pertandingan ini (Tarikh tutup pada 15 December). Semoga rezeki berpihak kepada kak e ;) Insyaallah...

Kepada kawan-kawan lain yang turut serta dalam Give Away Pertama oleh Ayu juga diharapkan rezeki berpihak kepada anda!


Thank You Ayu
kerana mempelawa kak e untuk turut serta...

5 comments:

maiyah said...

menarik :)

yanuar catur rastafara said...

artinya apa yah ituh??hehehe
maklum, nilai bhs inggrisku jeblog neh
hiks..hiks..

umi_e said...

maiyah... memang menarik hadiah yang ditawarkan... tu yang nak join - kalau ada rezekilah...

yanuar... maknanya pemberian (hadiah) oleh tuan blog kepada pengunjung2nya tetapi harus bikin PR duluan:p udah itu, dapat atau tidak mengikut nasib atau rejeki karena dipilih secara rawak :S

Manis said...

nak! kita nak!!! hahaha.. sis kalo taknak post kat kita orite. hihi.

Ayu said...

salam k.e...

thanks ye coz sudi join giveaway ayu.satu2 geng myr yg sudi join giveaway ni.hehehe...

insya-Allah...klu ada rezeki akak,dapat la salah satu hadiah tu.kena bodek2 skit kat tukang cabut undi tu.hehehe....