31 July 2008

Tag ~ Thanks Naz! ~

Chiku sedang tidur dengan lenanya mendakap erat Pooh :) ermmm cute kan!

Senyuman si Ryan buat wajah berseri
Begitu juga manis senyuman Angriani
Terima kasih naz kasikan bahan entri
Jadinya bolehlah kak e update blog ini


1. Nama-nama timangan oleh orang tersayang

* siapa dia orang tersayang tu eekkk??? ( Soalan kabur :p sebab banyak kategori 'orang tersayang' so umie tak jawablah hehehehehehe )


2. Anda seorang yang...

* HAPPY GO LUCKY :D hehehehehe (Life is short so enjoy your life... )


3. Insan teristimewa. describe apa yg membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda.

* Dia seorang yang penyabar! (Sabar dengan perangai umie yang... hehehehehehe )


4. Makanan favourite anda

* Banyaklah juga... Tapi kalau makan nasi campur, hari-hari lauk asam pedas pun tak apa hehehehehehe


5. Favourite color

*Hijau, kuning dan hitam


6. Favourite song

*Lagu-lagu yang evergreen dan lagu2 yang nostalgik :D

Antaranya...

Without You - Air supply

I dont want to talk about it - Rod Stewart

When I need you - Leo sayer

Hello - Lionel Ritchie

Right here waiting - Richard Marx

Nothing can cahnge my love for you - George Benson

Everything i do, i do it for you - Bryan Adams

Careless whisper - George Michael

I don't like to sleep alone - Paul Anka


~ banyaklah lagi :p cukuplah tu kan... nostalgic!


7. Sikap yg membuatkan anda stress

* Orang yang tak tahu menghormati orang lain, sombong tak bertempat, tak tau menghargai kebaikan orang...


8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda

* Kunci, hand phone, dokumen (lesen, ic, cards)


9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa

* Kematian kucing... hehehehehehe


10. tag 5 rakan anda

* Nak tag sapa eekkkkk????


~ sesiapa yang beri komen di sini, silalah jwab tag ni ok heheheheheh Pleaseeeeeeeeeee :D and Thank you! :-*


29 July 2008

Happy Birthday Buat Kekanda ( Mamok)


Shaira dan Ted suka bercanda
Buat orang jadi tertanya-tanya
Happy Birthday buat kekanda
Iringan doa kupohon dari Nya
Happy birthday buat kekanda yang menjadi teman bercerita dan ke mana-mana... Semoga Allah lanjutkan usia dan memberikan kesihatan yang lebih baik sehingga dapat beribadah dengan lebih sempurna...

28 July 2008

Carlifornian Roll


Erina memang peminat sushi
Jika boleh nak makan hari-hari
Carlifornian roll ini sejenis sushi
Ada masa bolehlah buat sendiri

Anak-anak umie memang suka sushi tapi mereka 'macam tak boleh masuk' sushi yang dijual di luar. Pelik juga kan... Jadinya kalau teringin nak makan sushi kenalah buat sendiri. Malah anak-anak umie dah boleh buat sendiri dari memasak nasi sampailah menggulung.

Anak-anak umie suka juga carlifornian roll sebab katanya macam makan 'nasi yang digulung' hehehehehe (dah melayu tu melayu jugalah.... mana puas makan yang kecil-kecil cam sushi tu) sebab tu suka carlifornian roll yang sekali makan pun boleh setengah kenyang :D

Sesiapa yang nak cuba, bolehlah lihat resepi sushi yang ada di sini cuma cara menggulungnya saja berbeza. Carlifornian roll ini lebih mudah sebab digulung dalam bentuk 'cone' sahaja... Selamat mencuba kepada peminat sushi...

22 July 2008

Tak ada apa-apa yang menarik!




Dayang menjamu ikan terubuk
Kelas kek lapis dijadikan 'date'
Blog umie dah mula berhabuk
Sebab tak ada apa nak di-update



Bulan Julai telahpun berada di minggu yang ke-3nya. Masa berjalan begitu cepat sampaikan tak terasa... ibaratnya menaiki TUBE yang laju dari London ke Paris... sedar-sedar dahpun sampai...


Oleh kerana masa juga begitu cepat, tak sempat umie nak meng-update n3 sehinggakan dah mula berhabuk...


Kalau nak bercerita tentang masakan, umie dah jarang masak yang pelik-pelik... masak apa yang ada saja dan yang simple juga...


eerrrmmmm apa bendalah nak diceritakan ya???


* Ada cadangan tajuk n3? hehehehehehe

19 July 2008

Resepi.net Annual Gathering ~ 2008 ~

Bergambar bersama beberapa ahli yang masih belum pulang

Shai tak boleh hidup tanpa internet
Line network slow rasa nak pengsan
Gathering 2008 bersama Resepi.net
Jalin hubungan mesra sesama insan


Pelbagai juadah dibawa oleh setip ahli yang hadir

Berbicara di alam maya sudah lama namun belum pernah bersua muka. Pada acara Gathering sajalah biasanya rakan-rakan di alam maya dapat bertemu di alam nyata. Ini merupakan kali pertama umie mengikuti gathering yang dibuat oleh R-net kerana waktu R-net mengada Gathering pertama dan kedua, umie belum pulang lagi...

Tahun ini umie ambil kesempatan untuk turut sama dalam gathering yang menemukan begitu banyak ahli R-net/MTM. Malangnya umie merasakan umie tidak sempat berkenalan mesra dengan ahli2 yang ada pada hari gathering itu kerana masing-masing dengan hal masing-masing... yerlah masing-masing bersama ahli keluarga...

Umie telah mengikut beberapa gathering yang melibatkan 'group' yang berbeza, dan umie rasa gathering ini 'tidak dapat melahirkan kemesraan' antara ahli seperti gahtering 'group' lain yang umie pernah ikuti (maaf ya kalau ada yang terasa... sebab umie berkata berdasarkan perasaan dan pengalaman)

Walaupun begitu tetap ada beberapa orang yang menunjukkan keramahan... cuma jika bukan umie 'muka sardin' sudah pasti rasa seolah-olah 'tidak di-welcome' pada masa itu amat ketara. Tak apalah... umie kan muka sardin hehehehehe so buatlah cam dah biasa saja dengan terus bertanya khabar dan cuba menyibukkan diri bersama-sama...

Umie tetap ucapkan jutaan terima kasih kerana layanan yang diberikan... semoga akan bersua lagi dan menikmati suasana yang lebih mesra... benar kata pepatah... TAK KENAL MAKA TAK CINTA... kenalah berkenalan dulu... namun perkenalan tidak akan berlangsung dengan sebelah pihak... Insyaallah kita akan lebih mengenali antara satu dengan yang lain...


Minta diambilkan gambar bersama 'orang kuat' R-net.




18 July 2008

Happy Birthday To You Darling!

Tya nak ke Australia capai cita-cita
Ingin menjadi arkitek yang berjaya
Hari ini ulang tahun suami tercinta
Semoga dilimpahi Allah rahmatNya

Hari ini ulang tahun hb umie tercinta :-* walaupun sudah berusia empat puluhan namun hb umie tetap kelihatan muda belia hehehehehe ( awet eehhh ayang :P )


Ayang my darling...

The great adventure of our life
Has led us to have three sweeties
We really cherish them as we live
Together with our beloved families

Your even-tempered constance
Makes you a wiser super man
And With honesty that is legend
You always negotiate each plan

You are our hope for tomorrow
You always have zest in your life
You also full with sense of humor
That Makes it fun to be your wife

Another thing that I have said
You try to turn tragedy to hope
With steady heart and level head
You have always helped me cope

Inquisitive with what you found
You're a type of person who inquires
Excited with natures and sounds
You are the sort the world admires

You know I adore you everyday
Because You mean so much to me
Today I celebrate your birthday
And with our girls that are all three

I would never trade you in my life
We have built and work together
I am proud to be your loving wife
I will always stay with you forever

Ayang... Happy birthday darling!

17 July 2008

Shopping ~ semua harga barang dah naik ~ Cuba teka!


Mama masak ikan kembung
Kalau bab masak tak ada hal
Bila harga petrol melambung
Harga barangpun jadi mahal


Lucky membuat pemeriksaan terhadap harga barangan :p


Kalau sebut bab harga petrol yang naik mendadak, sudah pasti secara langsung akan menyebabkan harga barangan lain naik juga...

Bukan sahaja harga beras, minyak, ayam dan makanan lain naik harga tapi makanan untuk kucing pun naik sama! Dah namanya makanan kan...

Terasa sungguh bebanan pembelanjaan bulanan... Makanan di atas dibeli untuk jatah sebulan. Agak-agak berapa harga semua makanan ni?

15 July 2008

Adik Vs Itni ( DSAI vs Shabery hehehehehe )


Pohon mokte TokNabe amat lebat
Nak minta yang banyak di dahan
Baru saja selesai menonton Debat
Sakitnya jiwa tengokan kebodohan



Awal-awal lagi kami dah bersedia mengambil tempat untuk menonton Debat di kaca TV. Ternyata Debat yang sepatutnya Hebat menghampakan! Tahniah kepada DSAI kerana berada dalam keadaan yang COOL walaupun diserang oleh MENDOH bukan dengan fakta yang kukuh tetapi menyentuh peribadi yang tidak sepatutnya disebut berulang kali!

(Adik terlena disamping Itni yang juga terlena dan sedang diulit mimpi. Mimpi apalah agaknya ya... sampai tak sedar mereka digambar)


Kesian kat Baby tak dapat nak menonton rancangan kesukaannya kerana umi dan ayah dah awal-awal lagi memonopoli siaran rancangan yang ternyata menstresskan! Stress menonton MENDOH! Walaupun stress sebenarnya umie terus tersenyum dengan telatah lucu MENDOH yang melucukan!!! Hehehehehehe

(Adik tidur terlalu lena sampaikan Itni pun dikepitnya. Itni pula mendiamkan diri kena kepit kerana Itni pun tidur dengan lena juga)



Baby sampai tertidur di depan kaca TV kerana menonton siaran Debat yang membuatkan matanya mengantuk padahal kebiasaannya mata Baby terus segar menonton rancangan kegemarannya. Walaupun rancanan Debat malam ni tak Hebat tetapi umie berpuashati jugalah sebab sekurang-kurangnya rancangan malam ni membuktikan betapa 'HEBAT' nya wakil PEMERINTAH berhujah sehingga dapat diberikan gelaran MENDOH! hehehehehehe

( Tengoklah... sedap betul mereka berdua ni tidur. Adik dan Itni lawan beradu sampai macam-macam gaya!)

* Siapa tahu makna MENDOH angkat tangan :P

14 July 2008

Pie Pizza


Bb suka makan yang enak
Jika boleh semua nak rasa
Pizza idea dari anak-anak
Rasa umpama pizza biasa



Pie pizza ni anak-anak yang kasikan namanya... Adunan dan bahan seperti buat pizza (dah ada resepi pizza di sini) Cuma anak-anak buatkan seperti buat pie dan barulah dibakar. Rasanya macam pizza biasa dan ada ala-ala roti berinti hehehehehe

* Sebenarnya anak-anak dah tak ada kerja, tu yang dok mereka cipta doh yang dah ada :)

13 July 2008

Telatah si Chiku

uikkkkkkkk ~ Chiku geram je ~


Chiku tunggu giliran menjadi chef


Chiku menunggu giliran sampai mengantuk


Chiku tidur di dalam laci baju baby :D


Cahaya Minda berniaga di blognya
Usaha yang baik pulangannya segera
Macam-macamlah telatah dibuatnya
Chiku Buatkan hati kami jadi gembira


Hari ahad merupakan hari yang panjang kerana hari inilah macam-macam kerja yang harus dibereskan...

Dari pagi sampai ke petanag, lepas satu, satu kerja yang perlu dibuat... sambil-sambil buat kerja, sambil-sambil bermain dengan kucing-kucing yang ada...

Bila melayan telatah kucing-kucing, tak terasa kerja yang perlu dibuat sepanjang hari ini... Chiku masih lagi dalam kedaan trauma, tak mahu langsung keluar rumah...

Kesian juga dengan Chiku tapi apakan daya, Chiku yang memilih untuk tidak keluar dari rumah...

12 July 2008

Roti kaya bakar



Kasawari dan shai memanglah kelakar
Janji untuk bercuti ke Bukit Bendera
Sarapan yang mudah dengan roti bakar
Hidangan diubah suai untuk buka selera

Roti yang disapu kaya, kemudia diletakkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar dalam oven sebentar...

Roti bakar biasa saja tetapi kerana telah diubah suai sedikit, maka terbukalah selera untuk dimakan... kalau bakar macam biasa je, masing-masing macam lemah je nak makan :D


Bahan

4 keping roti
kaya secukupnya
mangkuk kertas

Cara

1. Potong roti menjadi bulat dan ketepikan bahagian lebihannya
2. Sapukan roti dengan kaya
3. Letak dalam mangkuk kertas
4. Susun lebihan roti yang dipotong di atas roti yang disapukan tadi
5. Bakar salam oven hingga garing

11 July 2008

Nasi mentega mudah


Msjbox adakan promosi kemerdekaan
Promosi istimewa bukan ada sentiasa
Nasi mentega amat mudah disediakan
Menambahkan perisa dalam nasi biasa


Lama juga tak letak n3 masakan sebab masak benda yang sama je hehehehehe

Hari ini nak letak resepi nasi mentega mudah... Memang senang nak membuatnya, sekadar untuk menambahkan perisa dalam nasi biasa. Kalau orang yang sedang diet memang tak sesuailah sebab akan menambahkan lemak dan kolesterol saja...

Resepinya...

Bahan:

Nasi secukupnya
2 sudu mentega

Cara:

1. Gaulkan nasi yang baru masak dengan mentega.
2. Gaul rata-rata



9 July 2008

Bun kastad



Shaira ke pasar membeli tenggiri
Tidak lupa juga membeli berangan
Dah lama tak membuat roti sendiri
Bun kastad dibuat untuk hidangan



Memang sudah lama tidak membuat 'home made' roti. Kebetulan pula bahan masih ada dan tak lama akan expired. Daripada luput begitu sahaja, teruslah keluarkan BM dari store dan letak semua bahan di dalamnya... bila cik BM dah uli doh tu sampai kembang barulah umie buatkan menjadi bun. Letak kastad di dalamnya...

*resepi nanti ya... tak sempat nak letak ;)




3 July 2008

Sea-food steam eggs


N3 Ryan tentang kisah cinta sakan
Baca n3 blog tak payah baca buku
Telur kukus sea food dihidangkan
Sempena setahun bersama Chiku


Telur kukus sea food ni boleh dijadikan hidangan manusia juga... Cuma kucing pun suka sebab telur dan sea-food dicampurkan sekali. Kalau untuk kucing bolehlah diberikan begitu sahaja atau dicampurkan dengan makanan kering.

Kalau kita yang nak makan, bolehlah dimakan bersama sos... Resepinya senang je...
Bahan
3 biji telur
1 cawan air
5 biji bebola ikan - dipotong nipis/kecil
5 biji bebola sotong - dipotong nipis/kecil
5 batang isi ketam - di potong kecil
secubit garam
Cara
1. Pukul telur bersama air (jangan sampai kembang)
2. Masukkan semua bahan yang telah dipotong dan garam
3. Masukkan dalam bekas yang sesuai/disukai dan kukus hingga masak

1 July 2008

Genap Setahun! ~ Chiku bersama kami... ~

Chiku dengan hidangannya sempena 1st anniversary bersama kami



Along Arman menjamu bee hun
Makanan banyak tidak terkira
Chiku dengan kami genap setahun
Semoga akan terus sihat dan ceria


Bermula dari tahun 2007, tanggal 1 July pasti menjadi kenangan... Tanggal itu merupakan permulaan satu episod baru dalam kehidupan keluarga kami... Pada tanggal tersebut untuk pertama kalinya dalam kehidupan anak-anak mereka dapat memelihara atau menyimpan kucing di dalam rumah sebagai milik sendiri...

Chiku dan dua lagi adik beradiknya merupakan kucing-kucing yang istimewa kerana pada tanggal yang bersejarah itu mereka diterima sebagai ahli keluarga. Malah bermula pada tanggal itu juga;ah perjalanan kehidupan kami semua berubah... berubah dengan keadaan dan lingkungan... Namun kehadiran Chiku, Coco dan Kiwi membuatkan kehidupan menjadi ceria...

Malang sekali, hanya Chiku saja yang selamat dan masih terus bernafas walaupun Chiku masih lagi dilanda trauma... Chiku kini menjadi 'kucing rumah' atau 'indoor cat' kerana dia kini tiada keberanian untuk keluar berhadapan dengan dunia yang penuh cabaran! Chiku lebih selesa berada di dalam rumah atau di dalam kawasan rumah yang dirasakan selamat olehnya...


Tanggal 1 July yang penuh sejarah pasti akan terus diingati... semoga 1 July tahun akan datang, keadaan dan kehidupan kami akan lebih bererti... Semoga kami semua akan dapat meraikannya lagi dengan penuh kasih Illahi...