30 June 2008

Mengimbas kenangan ~ Sebulan Pemergian Flero ~

Masa berehat ~ masing-masing mengambil tempat ~
Waktu ini Lucky belum ada lagi
Mamaranggie orangnya amat berbudi
Temannya dari Timur hingga Selatan
Cukuplah kini sebulan Flero bersemadi
Namun kenangannya terus di ingatan
Tanggal 30 Mei 2008, Flero telah meninggalkan alam yang fana ini... Flero kini tenang bersemadi mengadap Illahi... Sempena sebulan pemergian Flero, n3 kali ini sekadar untuk mengimbas kembali kenangan bersamanya...
Flero seekor kucing yang tabah, sabar dan penyanyang... Flero tidak memusuhi mana-mana kucing yang ada, malah dia pasti menerima dengan baik kucing-kucing yang datang selepasnya seperti Envy dan Lucky...
Kemesraan Flero membuatkan dia disenangi oleh kucing-kucing lain dan juga kanak-kanak yang turut menziarahi kediaman kami. Keramahan dan kemesraan Flero terlihat dengan perlakuannya yang hanya mendiamkan diri dan mengikut apa sahaja tinadakan kanak-kanak yang menggomolinya...
Flero seolah-olah begitu memahami kehendak kanak-kanak sehinggakan kanak-kanak merasa seronok dan tidak takut untuk memegang kucing. Kebanyakan kanak-kanak memang menyenangi kucing dan ada juga kanak-kanak yang takut akan kucing (mungkin tidak pernah menyentuh kucing atau pernah dicakar atau digigit kucing sebelumnya). Namun jika bersama Flero, kanak-kanak yang mulanya takut akan menjadi berani dan gembira...
Kini Flero telah tiada, yang tinggal hanyalah kenangan... Kenangan yang pastinya membuatkan bibir mengukir senyuman... dan ada kalanya menerbitkan kesedihan... Sedih kerana pemergiannya yang begitu cepat tanpa sempat kami membelainya di saat-saat hembusan nafasnya yang terakhir... Semoga Flero terus damai di sisi-Nya...
* Kemesraan itu terlalu cepat berlalu...
Kemesraan itu akan dikenang selalu...

29 June 2008

Chips choc & almond cookies

Sharihana menonton dengan rakan
Cerita ditonton berjudul Pontianak
Chocolate Chip Cookies dibuatkan
Untuk tunaikan permintaan anak

Jiran umie beri choc chip cookies, anak-anak suka sangat... Umie pun mintalah resepi dari jiran yang baik tu. Buatkan jugalah cookies yang mereka suka sangat tu sebab bahan-bahannya semua dah ada... Malangnya anak-anak kata tak sama seperti yang jiran kami kasi...
* ermmmm sudah pasti tidak akan persis atau sama sebab orang tua-tua kata 'air tangan' berbeza... So janganlah kedekut untuk berkongsi resepi hehehehehehe sebab sure 'tak bolehlawan tokeh' :D
Bahan
½ cawan unsalted butter
1 cawa brown sugar
3 sudu makan gula halus
1 biji telur
2 sudu makan vanilla extract
½ sudu teh bicarbonate soda
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
1 ¾ cawan tepung
1/2 cawan semisweet chocolate chips
1/2 cawan almond cincang
* Boleh gunakan tepung naik sendiri
Cara
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanilla extract ~> pukul lagi
3. Masukkan semua bahan kering ke dalam adunan.
4. Masukkan choc chipc.
5. Ambil satu sudu besar adunan dan letakkan atas dulang yang beralas kertas minyak.
6. Bakar pada 125 degrees Celcius selama 8-10 minutes, atau 10-12 minutes jika inginkan lebih garing

28 June 2008

Jakarta ohhhhhh Jakarta


UncleJ membeli buah berangan
Buah diletak dalam bekas bersegi
Jakarta ditinggal penuh kenangan
Semoga nanti dapat ke sana lagi

Jakarta penuh kenangan... kota besar yang pastinya akan dilawati lagi, Insya'allah jika keadaan mengizinkan...

Seronok sungguh selama berada di sana... macam nak lebih lama, tak puas kerana banyak tempat belum pergi lagi...

Hati sedih meninggalkan teman-teman yang begitu baik di sana... terima kasih di atas layanan dan kemesraan kalian ya...

Semoga suatu masa nanti kalian pula akan dapat ke mari dan kita akan dapat bercerita, bermesra dan berjenaka...


26 June 2008

Jakarta ~ Shopping ~


Muazamshah superman alam maya
Terbang melawat naomie di Jurong
Membeli belah sudah semestinya
Kalau boleh semua nak diborong
Kebanyakan orang perempuan kalau ke melawat ke mana-mana tempat, sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk bershopping atau membeli belah. Kalau boleh semua benda nak dibeli dan dibawa pulang sebagai kenangan. Umie juga begitu, peluang berada di Jakarta tidak dilepaskan untuk membeli ole-ole buat keluarga, teman-teman dan jiran-jiran. Kalau boleh nak beli dan berikan kepada semua kawan-kawan yang ada, malangnya kewangan agak terhad hehehehe
Di Jakarta terdapat beberapa lokasi membeli belah yang terkenal dan sudah pasti menjadi tempat persinggahan pengunjung atau penduduk tempatan. Tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan tempat mencuci mata seperti di Mangga 2, Blok M, Pasar Senin, Tanah Abang dan beberapa kompleks seperti Sarina sudah tentunya tidak dapat dielakkanoleh kaum wanita. Kompleks terkini yang boleh dituju aialah Casablanca yang tersergam indah di Kota Jakarta. Kalau sekadar cuci mata memang menyeronokan tapi hati sakit lah sebab tak boleh nak beli (kalau dah tak cukup Rupiahnya) hehehehehehe Jadi sebelum pergi kenalah isi kantungnya penuh-penuh baru best!!!

25 June 2008

Jakarta ~ Ke Istana Presiden ~

Acara Penurunan Bendera Indonesia

Yoanna ceria dan sentiasa sahaja ketawa

Bila berpakaian suka warna yang cerah
Acara penurunan bendara amat istimewa
Istana Presiden Indonesia lokasi diziarah

Pertunjukan perbarisan

Kebetulan pada tanggal 25 June 2008, ada acara penurunan bendera di Istina Presiden Indonesia. Acara menurunkan bendera ini bukannya kegiatan harian, maka bila berlangsung acara ini sudah pasti banyak yang akan mengambil peluang untuk menyaksikannya. Kami juga tidak melepaskan peluang, bila lagi nak dapat menyaksikannya...

Acara menurunkan bendera merupakan acara yang terakhir. Sebelum itu ada pelbagai persembahan yang berwarna warni. Salah satu acaranya ialah perbarisan oleh angkatan bersenjata seperti gambar di atas. Memang suatu pengalaman yang begitu berharga sekali dapat bersama-sama pada majlis tersebut.

Pada hari itu, setiap penonton/khalayak/hadirin yang datang atau pergi ke sana untuk menyaksikan acara penurunan bendera akan diberikan 'makanan percuma' ermmmm tu yang best tu! Kami pun dapat juga --> satu kotak dunkin donuts hehehehehe mula-mula tu rasa malulah pulak nak ambil tapi bila lihat orang lain ambil so kami pun ambil jugalah :D

Bergambar bersama Bapak Menteri

Selesai acara penurunan bendera, kami berpusu-pusu menuju ke ruangan istana presiden dengan harapan dapat bertemu dan beramah mesra dengan beliau. Namun amat mengecewakan kerana Bapak Presiden telah berangkat pulang ke dalam istana. Walaupun tidak dapat bertemu Bapak Presiden tetapi kami berpeluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan Bapak Menteri ~ Sekretari Negara yang begitu peramah sekali melayan kami. Peluang yang ada umie ambil untuk bergambar, malangnya orang yang tolong ambilkan gambar kurang arif dengan kamera umie dan gambar-gambar yang diambil boleh dikatakan tidak menjadi :(

Pengalaman yang amat menarik dan berharga sekali buat kami kerana entah bila berpeluang seperti ini lagi...




24 June 2008

Jakarta ~ Persembahan Kebudayaan ~

Persembahan tarian Betawi

Sis lawa gagah bagaikan seekor helang
Teramat berusaha pada yang berkenan
Malam budaya tidak lepaskan peluang
Persembahan kebudayaan jadi tontonan


Gambar bersama salah seorang penari kebudayaan

Pada malam 24 June 2008 di Jakarta, umie tidak lepaskan peluang untuk menonton persembahan kebudayaan. Malam itu memang merupakan malam yang menghiburkan sebab sambil makan malam kami sambil menonton persembahan yang begitu menarik. Masa malam itu, tidak teringat pulak nak mengambil gambar pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat yang dihidangkan. Asyik makan sambil berhibur sampai terlupa langsung untuk mengambil gambar :D

Apa yang pastinya, orang Indonesia memang hebat dalam persembahan kesenian mereka! Betul-betul kagum dengan kemampuan mereka. Kalau umie bandingkan, tak banyak orang kita yang boleh menyanyi dan menari bila-bila masa saja dipanggil ke pentas (kecuali yang memang berbakat) Namun umie dapati kebanyakn orang Indonesia bersedia pada bila-bila masa saja, malah anak kecil pun berani tampil ke pentas untuk membuat persembahan...

Umie sendiri pun akan rasa keberatan untuk membuat persembahan sekiranya diminta sebab rasa malu dan sebagainya... satu lagi mungkin sebab kita tidak biasa dengan keadaan seperti itu sedangkan pemerhatian umie mendapati seolah-olah seni dan kesenian menjadi sebahagian daripada kehidupan dan kebudayaan mereka.... memang amat mengagumkan...

23 June 2008

~ Be Right Back ~


Izam dipanah api cinta tidak terkata
Kata-kata disusun amat berhati-hati
Pagi hari akan berangkat ke Jakarta
Semoga jumpa hujung minggu nanti


Insyaallah kita akan berjumpa di hujung minggu nanti. Kalau umie sempat update, akan adalah n3 baru :) Kalau tak sempat, tak dapatlah nak buat...

Sampai jumpa lagi... Thanks :)

* Happy sebab last umie ke Jakarta (round satu kepulauan Jawa sampai ke Bali pada akhir 80an) bersama kembar umie dan hari ini kami berdua akan ke Jakarta lagi bersama-sama untuk sekian kalinya setelah lebih 20 tahun!

22 June 2008

Ole-ole dari Kemboja ~ Thanks Su! ~

Rindu rasanya pada dinda angriani
Dah lama tak berjalan-jalan ke sana
Ole-ole dapat dari cempaka_ardini
Tidak tunggu lama terus saja diguna

Semalam umie dapat ole-ole dari Kemboja yang diberikan oleh adik angkat umie yang baik hati tu ;) sukanya hati sebab ada orang yang ingat pada umie dan sudi pula nak belikan ole-ole yang cantik. Lepas saja Su balik, umie pun terus tukar alas meja yang sedang digunakan dengan yang diberikan oleh Su hehehehehe Kalau nak ikutkan tak berapa sesuai sebab meja umie agak panjang sikit tapi tak apalah sebab tak sabar nak tayangkan kat meja tu alas meja yang cantik ala-ala songket :)


Thanks ya Su sebab selalu ingat pada akak ni... Beg tu pun cute, si Adik dah minta nak gunakan sebab dia berkenan hehehehehehehe


*Rama-rama tu pun ole-ole juga - dari Seberang (kembar umie kasi kat umie)

21 June 2008

Kanak-kanak belajar berniaga


Ila keluar bekerja di awal pagi
Elakkan kesesakan di jalan raya
Nak asuh biarlah dari kecil lagi
Bila dah besar semoga berjaya

Hari ini di sekolah Adik dan Baby ada gotong royong dan juga untuk mengambil buku laporan pperiksaan pertengahan tahun. Guru Kemahiran Hidup telah menggalakkan murid2 yang berminat untuk berjualan apa saja yang mereka suka. Kebanyakannya menjual makanan. Adik pun nak juga, tu yang semalam umie buatkan cup cakes (sampai tersilap hehehehehe)

Macam-macam gaya kanak-kanak cuba menambat hati pelanggan :) Memang suatu aktiviti yang baik kerana melatih kanak-kanak untuk berniaga sejak awal lagi walaupun hanya sebagai satu aktiviti sekolah. Paling tidak mereka dapat juga pengalaman yang berharga untuk mereka ingati :)

p/s: Letih arrrrrrrr lama tak mencangkul/menebas :D

20 June 2008

Apa dah jadi ni!


Shai memang hebat buat persiapannya
Bertungkus lumus untuk acara RAPAT
Apa dah jadi dengan umie ni agaknya
Lain difikir tapi lain pula yang dibuat

Tak taulah nak kata macam mana... benda dah jadipun... petang tadi umie beli choc sponge mix untuk buatkan cup cakes untuk Adik bawa ke sekolah esok. Masa di kedai tu umie beli juga serbuk koko 1 kg! Biasalah beli banyak sebab koko sentiasa digunakan untuk buat kek cokelat. Masalahnya masa tengah kalut2 nak masukkan bahan dalam mixer, lain yang umie masukkan! Umie buat nak juga sebab dah nak mahgrib, dan umie fikir, sementara solat mahgrib mungkin bancuhan sponge mix itu akan kembang.

Bila umie ON je mixer, umie jadi pelik sebab bancuhan tu tak basah cam biasa, tapi likat so umie tambah telor lagi (10 biji+150ml air) lepas tu umie teruskan mixer tapi jadi hairan bila bancuhan tetap tak cair so cepat2 umie lihat bungkusan, rupa-rupanya tersilap! Umie bukan masukkan choc sponge mix tapi serbuk koko :(( Kelam kabutlah umie mengeluarkan semula bancuhan tu dan masukkan choc sponge mix yang sebenarnya... selesai solat mahgrib adunan dah kembang, terus masukkan dalam cawan...

Umie tengah fikir, apa nak buat dengan bancuhan koko tu??? Bukannya sikit! ermmmm takkanlah nak dibuang pulak... so kalau kawan-kawan ada idea nak buat apa dengan bancuhan koko tu, bolehlah share ngan umie ya :) THANKS...

19 June 2008

Pais Ikan Pari


Izam inginkan Heidi sentiasa di sisi
Terlalu rindu hingga tak lalu makan
Pais ikan pari ini makanan tradisi
Bersama nasi panas sedap dimakan


Teringat masa dulu-dulu, arwah mak umie selalu buat pais. Pais ni tak semestinya dengan ikan, boleh dengan makanan laut yang lain seperti sotong atau udang. Pais ni sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Tak ada lauk lain pun tak apa sebab memang dah menyelerakan. Dalam keadaan gawat ni memang sesuai sangatlah hidangkan makanan yang ringkas macam ni hehehehehe :p

Bahan:

1/2kg ikan pari -potong ikut suka dan bersihkan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering* (ikut suka pedas)
Daun kunyit
Asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
Garam/Perasa
Gula
Daun pisang (kalau tak ada boleh guna aliminium foil)

Cara:

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Bahan yang diblend dibancunh dengan air asam dan garam/perasa/gula secukup rasa
3. Gaulkan bahan-bahan tadi pada ikan
4. Lapikkan daun kunyit di atas daun pisang dan kemudian letakkan ikan tasi.
5. Bungkus ikan yang dah dilumur bahan tadi dengan daun pisang hingga tertutup semuanya(aluminium foil pun boleh)
6. Bakar dengan api yang perlahan sehingga ikan masak

18 June 2008

Sponge Cake


Di kampus Nana banyak sungguh kera
Macam zoo tapi sebenarnya universiti
Sponge cake ini gunakan bahan segera
Cepat dan rasanya juga memuskan hati

Vanilla sponge cake ini memang cepat, mudah dan sedap! Tak perlu nak susah payah sebab semua bahan dicampur dalam mixer, lepas tu ON kan saja... tunggu sekejap, bila dah gebu dan kembang, masukkan dalam acuan, bakar dalam 15 - 20 mins je :)

* Sponge mix boleh didapati di kedai yang menjual bahan-bahan kek atau pun di supermarket :)

** Hasilnya memang memuaskan...

17 June 2008

Al Fatiha... ~ Buat Abang Din... ~


Pergi ke Rantau panjang membeli belah
Terlalu panas keringat membasahi dahi
Telah kembali abang Din ke rahmatullah
Doa kami mengiringinya menemui Illahi

Al Fatiha... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Pada petang hari, tanggal 17 Jun 2008, abang Din (suami kakak ipar umie) telah dijemput oleh Allah SWT untuk berada di sisi Nya :(

Minggu lalu abang Din dimasukkan ke HBKB kerana sesak nafas... pada masa itu hanya doa dapat mengiringinya semoga beliau cepat sembuh. Semasa umie di JB hujung minggu lalu, umie ada bertanya khabar dan menurut kak Rehan, abang Din dah OK sikit. Esoknya pada tengahari Ahad, dapat berita mengatakan keadaannya agak kritikal... Umie hubungi hb dan hb terus bersiap2 untuk pulang menziahinya. Umie ingin turut sama pulang tetapi umie masih lagi di JB... kalau nak tunggu umie balik sudah pasti hb akan lewat, memangdangkan pula anak-anak bersekolah dan si kakak harus menyiapkan dan menghantar folio PMRnya... maka hb umie pulang tanpa kami...

Pada petang hari ini, hb menghubungi umie memberikan khabar sedih itu :(( Sedih dengan pemergiannya kerana abang Din merupakan seorang yang baik. Masih terbayang kali terakhir umie bertemunya semasa pulang kampung cuti sekolah yang lalu. Masa itu abang Din begitu berusaha memastikan majlis perkahwinan Pok Su berjalan dengan baik. Malah video dan gambar pada hari perkahwinan Pok Su diedit terus dan ditayangkan untuk tontonan keluarga pada malam majlis itu.

Umie masih teringat, perbualan kami pada hari perkahwinan Pok Su. Kami (biras-biras) duduk dan berbual sambil memberikan 'tips' kepada ahli baru iaitu isteri Pok Su. Abang Din memberi pesan dan tips untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan sebagainya... Pesan arwah abang Din semasa perbualan hari itu sudah pasti akan tetap diingati...

Semoga arwah abang Din di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... Buat kak Rehan semoga terus kuat dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Bubur Nasi


Diva hantu hati-hati seberang jalan
Dengan pontianak dia bergandingan
Bila penyakit malas telah menyerang
Bubur nasilah saja menjadi hidangan

Penyakit malas memanglah akan sentiasa menyerang... kalau dah malas tambah pulak tak ada idea nak masak apa, mulalah tanya anak apa yang mereka nak makan. Masalahnya kalau tanya mereka, sudah pasti makanan kesukaan mereka yang kalau masak hari-haripun tak apa hehehehehe

Bubur nasi antara kegemaran anak-anak. Biasanya umie akan buat bubur nasi yang 'all in' :D Masukan semua bahan termasuk sayuran - kira macam bubur lambuk cuma tak gunakan santan saja... tapi kali ini buat bubur nasi kosong saja. Lepas tu makan dengan apa-apa yang disukai seperti ikan masin, telur masin, ikan bilis dan apa-apa yang boleh nak dimasukkan dalam bubur termasuklah sambal kicap...

Dalam keadaan ekonomi gawat, elok juga kalau biasakan makan bubur camni hehehehehe sebab harga beraskan dah naik... petrol pun naik so secara tak langsung semua barang akan anaik harga atau dahpun dinaikkan...

*resepinya umie tak letakkan sebab sama saja macam masak nasi cuma dilebihkan air dan diletakkan sedikit garam sebagai perasa... isi/hiasan tambahan ikut selera masing-masing...

11 June 2008

Chiku ~ Trauma! ~

Jie membakar ikan gunakan arang
Ikan dah masak bolehlah dijamah
Chiku yang dulunya begitu garang
Kini cuma berdiam di dalam rumah
Sudah lebih satu bulan Chiku tidak keluar dari rumah. Pada mulanya kami tidak tahu bahawa Chiku mengalami masalah. Sebelum itu Chiku seperti biasa akan keluar rumah dan pulang semula. Namun pada satu malam kira-kira lebih sebulan lalu, kami tidak nampak bayang Chiku, puas mencarinya... setelah dua hari tiba2 umie terpandang Chiku keluar dari bawah katil secara menyusup dan perlahan-lahan. Mulai dari waktu itu umie dan anak-anak memerhatikan Chiku, ternyata dia memang menyorok seolah-olah melarikan diri dari sesuatu...
Chiku langsung tidak mau keluar dari bawah katil. Jika diganggu dia akan lari ke bilik lain dan menyorok lagi, begitulah keadaan Chiku berhari-hari. Oleh kerana amat risau dengan keadaannya yang begitu, kami terpaksa memberikan Chiku makan dan minum di dalam bilik. Chiku yang sudah tahu 'membuang hajat' di luar kini sudah kembali seperti semasa dia kecil-kecil. Cuma satu, Chiku tahu untuk 'membuang' di bilik air cuma ada kalanya bila bilik air ditutup dia akan buat hal di depan pintu bilik air... Maka kami terpaksalah membeli semula pasir dan diletakkan di dalam bilik untuknya...
Setelah dua minggu keadaan Chiku terus begitu, beratnya turun secara mendadak... Chiku yang mulanya gebu kini sudah nampak tulangnya... Untuk mendapatkan kepastian umie merujuk kepada doktor haiwan dan doktor mengatakan Chiku sebenarnya dilanda 'trauma'! Tak sangkalah pulak kucing pun kena trauma... Kami disuruh untuk menjaga makan-minum Chiku dengan baik dan sentiasa membelainya supaya dapat kembalikan keyakinannya. Menurut doktor haiwan itu lagi, jika tidak, Chiku boleh terus menderita dan membawa kepada kematian...
Alhamdulillah hingga kini Chiku masih sihat kerana masih mau makan cuma dia tetap tidak mau keluar dari rumah walaupun sudah mula keluar dari bawah katil atau tempat dia menyorok. Doktor haiwan mengatakan Chiku mungkin akan terus begitu selamanya... atau mungkin mengambil masa yang lama untuk dia berkeyakinan untuk keluar rumah seperti yang pernah Chiku lakukan sebelum dia dilanda trauma...
Mungkin ada yang bertanya, apa traumanya... Chiku pernah terlibat dengan pergaduhan 3 segi antara Chiku dan dua ekor kuching jantan. Sebenarnya Chiku terperangkap di tengah-tengah pergaduhan antara dua ekor kucing tersebut. Kebetulan anak-anak ada semasa peristiwa itu berlaku dan kakak hanya sempat merakamkan pergaduhan antara kucing-kucing itu melalui hp saja. Kakak nampak Chiku lari ketakutan semasa kucing-kucing itu bergaduh. Mulai dari itulah Chiku terus dalam ketakutan... kesian kan...
Nanti bila sempat umie akan letakkan gambar terbaru Chiku yang sudah tidak handsome lagi... tapi Chiku sudah menjadi lebih manja sejak dia berkurung saja di dalam rumah. Minggu lalu Chiku dibawa lagi untuk diperiksa, tak banyak yang boleh dibantu kecuali Chiku diberikan ubat menambah selera makan dan juga vitamin untuk menjaga kesihatannya... Semoga Chiku terus sihat walaupun tidak keluar dari rumah...

10 June 2008

Tiada kesempatan... ~ semakin berswanglah jawabnya ya...~


Cik mat gebu beli ikan cencaru
Ikan diperap kicap dan bawang
Sudah lama tidak ada entri baru
Blogpun mulalah naik bersawang

Terima kasih diucapkan kepada semua yang masih sudi singgah di 'dapur usang' yang sudah semakin bersawang ni...

Tak taulah sejak balik dari bercuti hari tu, seolah-olahnya tiada kesempatan untuk mengupdate entri. Kalau nak diikutkan dah ada beberapa tapi masih tak sempat untuk mengdownload/upload gambar untuk diletakkan, maka terbiar sajalah entri-entri tu...

Belum pasti bila ada kesempatan agaknya untuk bercerita... cerita apa lagi kalau tidak tentang kucing-kucing umie tu... nantilah ya... resepi pun tak ada yang menarik sebab sejak kegawatan ekonomi ni, masak pun yang biasa-biasa saja... ulang-ulang yang tu je hehehehehe

Oklah... pada kesempatan ini, umie sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih terus sudi singgah di sini... Insya'allah, kalau berkesempatan umie akan jalan-jalan untuk balas kunjungan ya...

Take Care...


1 June 2008

Dried Food Jelly ~ cat food ~


Sis norz pergi ke Indra Kayangan
Sampai hari ini masih terbayang
Jelly dried food dijadikan hidangan
Buat kucing-kucing yang tersayang


Jelly ini macam jelly untuk kita makan juga cuma dicampurkan dengan makanan kering kesukaan kucing.

Sekali pandang memang macam jelly biasa so jangan ada yang tersilap makan dahlah ya... hehehehehehe :p

Bahan

1 bungkus jelly serbuk
makanan kucing secukupnya

Cara

1. masak jelly seperti yang diarahkan
2. masukkan dalam bekas/acuan yang diingini dan kemudian masukkan makanan kucing di dalamnya.
3. biarkan sejuk baru di keluarkan dan dihidangkan kepada kucing-kucing kesayangan ;)

* Dicadangkan dibuat dalam bekas/acuan yang kecil :)