4 December 2008

Anak kucing ~ Inginkan tuan dan perlindungan~


CMG gubah hantaran pertunangan
Ianya dibuat secara sambil-sambil
Anak kucing ini perlu perlindungan
Sesiapa yang baik hati silalah ambil



Anak-anak kucing ini merupakan anak-anak kucing yang baru berusia lebih kurang sebulan. Mereka bukan kucing milik umie tetapi kucing milik jiran yang perlukan perlindungan dan memiliki tuan yang budiman.

Anak-anak umie merengek-rengek minta diberi kebenaran untuk mengambil anak-anak kucing tersebut tetapi umie rasa keberatan kerana kucing-kucing umie yang ada juga sudah banyak bilangannya. Bukan masalah membela tetapi masalah memberikan belaian dan perhatian yang sempurna kepada mereka. Umie tidak mahu nanti bila terlalu banyak membela, umie tidak mempunyai cukup perhatian kepada mereka semua...

Satu perkara lagi yang menjadi masalah ialah ruang dan halaman yang terhad dan itulah perkara utama yang tidak mengizinkan umie memelihara lebih banyak lagi... Oleh itu dengan rasa berat hati umie terpaksa kuatkan hati untuk mengatakan 'TIDAK' kepada anak-anak umie yang ingin sangat membela anak-anak kucing ini.

Sebenarnya anak-anak umie sempat menjaga anak-anak kucing ini selama seminggu. Mereka begitu suka dan sayang pada kucing tetapi keadaan tidak mengizinkan... Anak-anak kucing ini juga telah diberikan rawatan cuma belum diberikan suntikan kerana masih belum cukup dua bulan atau belum cukup besar untuk suntikan tersebut.


Sekiranya ada sesiapa yang sudi untuk menajdi tuan kepada anak-anak kucing ini, sudi-sudilah ya... anak-anak kucing ini begitu manja dan comel sekali... Anak kucing yang berwarna kuning itu begitu istimewa kerana ekornya bergulung - cuba diluruskan tetapi akan kembali ke asalnya - bergulung lagi... Yang kuning jantan dan yang belang-belang pula betina...

Semoga adalah insan yang berhati mulia untuk menjadi tuan kepada anak-anak kucing yang comel dan manja ini...

11 comments:

Tirana said...

Saya ni tinggal di kondo, regulationnya tak boleh bela pets termasuklah kucing dan anjing. Yang boleh bela, ikan dalam aquarium aje. Comel anak-anak kucing tu..tengah buas dan nakal tu..hehehe..seronok main-main dengan kucing sebesar tu..aktif!

Anawahid said...

kak E, sian ek ank kucing ni, apakan daya kak, sama gak cam akak anak kucingku pon bnyk kak, ada 6 ekor semuanya.

umi_e said...

Tirana... bela kucing ni dpt kurangkan stress hehehehehehe tapi kalau dah banyak2 pun susah gak kan... takut tambah stress pulak hehehehehe

umi_e said...

ana... kalau kak e ada ruang dan halaman yang luas, mahu je kak e bela semua kucing2 tu... letak dalam satu tempat :)

Ann-Wardrobe said...

We have new stock now.PLEASE do login to our blog>.<

Ezad said...

eee.. comelnya..

hantar melaka boleh ke?

Anonymous said...

Akak..kucing2 ni masih available utk diadopt ke? saya sangat berminat..

Aim

Anonymous said...

Salam,

Sis, cat's nie still available lg?
if ade me want too. (aniziann_80@yahoo.com)
TQ

linda_cute@misslyn said...

kucing yg belang2 tu la favorite sya..ada seekor..bela dari kecik...bila dh besar..biang bukan main..atlast ajalnya kene langgar ngan kete..sbb ngejar kucing betina..x smpat ngelak...yg xtahan kucing jantan nih..kuat mancut..ikut sempat dier jer

Anonymous said...

kucing saya baru mati akibat dilanggar pemandu yg tidak bertauliah,jadi saya tengah mencari pengganti.

Anonymous said...

Em, maaf eh, nak tumpang jugak disini. Sy pun ade due ekor kucing sekiranya berminat utk diadopt. Em, kucing ni ditinggalkan ibunya, umur dalam sebulan. Takut bile balik raye nanti takde sape nak jage. Area selangor...