20 December 2008

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un : انّا للہ و انّا الیہ راجعون


Ahli Msjbox cadang pergi berkelah
Moga acara berjalan dengan selamat
Abah telah pulang ke Rahmatullah
Semoga rohnya Allah cucuri rahmat


Pada n3 bertarikh 7 November 2008, umie menceritakan tentang ibu dan bapa mentua umie yang berangkat menunaikan haji... Hari ini bapa mentua umie, telah pulang ke Rahmahtullah :(

Al fateha.... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa mentua umie yang dikasihi...

Terasa sedih kerana semasa beliau berangkat ke Mekah, sudah terdetik di dalam hati seolah-olah itulah kali terakhir bersamanya... Hati terasa sedih dan pilu namun tetap meredhai pemergian bapa mentua yang dikasahi...

Pagi tadi (tengah malam di Jeddah) umie menghubungi mak mentua umie yang turut sama mengerjakan haji. Sebelum ini, umie telefon, tidak dapat bercakap dengan bapa mentua sebab mereka berada di ruang yang berbeza tetapi pagi tadi kebetulan abah berada di klinik dan ma menemani beliau. Maka rezeki umie untuk bercakap dengan beliau...

* Rasa bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan kepada umie untuk bercakap dengan allahyarham bapa mentua umie untuk kali yang terakhir... Alhamdulillah...

Jenazah bapa mentua umie akan diuruskan oleh LTH di sana dan sudah pasti ibu mentua umie dalam kesedihan kerana pada saat-saat getir begini beliau sendirian menghadapinya... umie hanya mampu menelefon dan bercakap dari jauh saja... Sungguhpun jauh tetapi doa kami tidak putus buat allahyarham bapa mentua umie... Semoga ma tabah di sana...

* Bapa mentuaku yang begitu baik dan memahami sekali... kini telah pergi mengadap Illahi...

12 comments:

Tirana said...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun. Moga-moga rohnya dirahmati Allah.

Takziah untuk kak E sekeluarga..

zaliana said...

salam kak umi...
za dan keluarga turut ucapkan takziah..semoga kak e dan keluarga dapat menerimanya dengan tabah dan redha..pemergiannya pula di tanah suci..tentu dia pergi dengan tenang sekali setelah dpt menyempurnakan haji..harap itu dpt mengurangkan sedikit kesedihan kak e

Kak Elle said...

al-fathiha untuk bapa mertua e semoga roh nya di cucuri rahmat hendak nya..amin

arsaili said...

salam umi...semoga arwahnya ditempat bersama golongan yg beriman...ameen

CT Delima said...

slm umi-e doa ct moga arwah bapa mertua umie dicucuri rahmat atas rohnya..dan dimasukkan kesyurga bersama2 org2 tg beriman..Aminn

AL-FATIHAH....

SiS-lin said...

takziah bt kak-e sekeluarga dn keluarga suami..semuga rohnye di cucuri rahmat olehnye..amin..

Pujangga Asmara said...

innalillahiwainnalillahiroji'un..
moga rohnya dicucuri rahmat..tabahkan hari yer kak..

luna said...

Innalillahiwainnailaihi rojiun..

beruntung juga arwah meninggal dunia di hari yg baik, bulan yg baik dan di tempat yg penuh barokah...

insyAllah, baik juga tmptnya di sana

noreen said...

takziah buat k.e sekeluarga semoga k.e tabah menghadapinya i'm always here for you if u need anything take care n be strong ... pssttt awat tag board k.e tu mengong2

ummi said...

Salam takziah buat Kak-E, innalillahi wainna ilaihi raajiuun...Moga roh arwah bapa mertua kak-E ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Moga Kak-E redha kerana Allah swt. lebih menyayanginya...Al-Fatihah..

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

eedany said...

Salam Takziah buat kak e sekeluarga.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh arwah.

Semoga akak tabah dengan dugaan ini.