29 September 2008

Selamat Hari Raya ~ Maaf Zahir & Batin ~


Ramadhan menyusur pergi walaupun ditangisi
Syawal muncul diiringi takbir memuji Illahi
Buat teman-teman yang senantiasa di sanubari
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri



Sempena menjelang Syawal yang berbahagia ini... umie mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua...

Berhati-hati di jalan raya bagi yang akan pulang ke kampung halaman...

* Sorry tak dapat nak tulis panjang2.... nak balik kampung dah ni...


20 September 2008

Biskut 'Sesuci Hati'


Nano berdoa pada Allah bersujud di sejadah
Minta dimakbul semua cita dan angan-angan
Di hari raya terdapat macam-macam juadah
Biskut Sesuci Hati antara dijadikan hidangan


Bila hari raya menjelang, rasanya seperti tidak lengkap tanpa membuat biskut atau kuih raya... Dari umie kecil sampailah dah ada keluarga sendiri, setiap menjelangnya hari raya, membuat kuih-muih seolah-olah menjadi satu kemestian...

Anak-anak umie selalu bertanya, 'kenapa mesti buat kuih raya?'

Umie kata membuat kuih raya sudah menjadi tradisi umie dan juga kebanyakan orang kita... Namun sedihnya anak-anak umie belum dapat menerima konsep yang umie jelaskan pada mereka.... :(

Masa umie kecil, suasana untuk menyambut hari raya amat terasa malah dapat dirasai hingga kini (di dalam hati @ kenangan) dan jika boleh ingin saja kembali ke zaman itu lagi... Malangnya bagi anak-anak umie, mereka tidak merasai suasana menyambut hari raya, ajak buat kuih pun kalau boleh elak mereka akan mengelak... :(

Betul juga pepatah sekarang... ZAMAN TELAH BERUBAH, DUNIA SUDAH MAJU... Suasana untuk menyambut hari raya sudah tidak seperti zaman umie kecil2... dulu seolah-olah macam wajib untuk membuat kuih bahulu... pukul telor+gula hingga kembang hanya dengan tangan - tak boleh berhenti kerana takut bantut (tak kembang) so kena gilir2 dengan adik-beradik yang lain... masa membakar juga seronok sebab duduk depan bara dan kena pandai control kepanasan atas dan bawah dengan menggunakan sabut kelapa... Sekarang semua itu tidak lagi dilakukan... kuih bahulu kini dibakar dalam oven je dan boleh dibeli di mana-mana...

Kalau nak dikenang cerita persiapan untuk menyambut hari raya begitu banyak sekali... nantilah umie sambung lagi di lain n3 ;)

Biskut @ kuih Sesuci Hati ni umie yang pandai2 ubah ikut selera hati... Asalnya kuih ini dinamankan BUNGA CINA - ditekan dengan acuan semperit/dahlia... Umie lebihkan sedikit tepung hingga agak-agak boleh dicanai...

Bahan

100gm butter
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kanji
90gm gula
1 biji telor

Cara

1. pukul butter+ gula hingga sebati
2. masukkan telur - kacau hingga sebati
3. masukkan tepung dan uli (Adunan agak lembik supaya mudah ditekan)
4. masukkan dalam acuan dahlia dan tekan menjadikan bunga
5. bakar dengan api sederhana selama 10-15 mins


* Kalau nak terap ambil sedikit tepung jagung - letak di tangan dan uli adunan sehingga agak-agak boleh dicanai

** Thanks nor smskan pada kak e :)




19 September 2008

Ayang... Happy Anniversary!

Baby banyak barang permainan
Suka buat bersepah merata-rata
Hari ini ulang tahun perkahwinan
Semoga Allah kekalkan jodoh kita


Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami :) Semoga jodoh kami akan terus berkekalan hingga ke akhirat...

Perkenalan yang telah berusia lebih 20 tahun ternyata masih terus hangat ;) hangat dengan kasih sayang dan pelbagai rempah ratus kehidupan...

Ayang... Thanks sweetheart!

Ayang...
Another year to create precious memories together
Another year to enjoy about each other
Another year to build love and laughter
Another year to strengthen our marriage forever

Ayang...
May Allah see and bless us on our anniversary day
May Allah always be our companion & guide our way
May our love will never fade away
And may our love forever stay

Ayang...
Time passes but our bond is still strong
It lasts through sun and storm
You always patient even i always do wrong
Thank you Ayang to keep our love warm

16 September 2008

Sorry.... busyyyyyyyyyyyyyyyyy


Juadah berbuka Aziz membeli sakan
Tak cukup tangan masa memunggah
Tak sempat update kerana kesibukan
Thank you kepada yang sudi singgah
Salam semua...
SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA...
Terlebih dahulu ingin diucapkan berbanyak terima kasih di atas kesetiaan dan kesudian menjenguk blog yang sudah mula bersawang...
Sejak n3 yang lepas tu, tak sempat nak update blog. Sebenarnya sudah ada beberapa n3 yang hanya dalm bentuk draft kerana kesuntukan masa...
Maklumlah, bulan puasa ni ada macam2 kegiatan lain yang perlu dipenuhi... Siang hari dengan kegiatan harian dan malam hari yang biasanya diperuntukkan untuk berblog kini telah diisi dengan kegiatan lain pula... ke surau atau masjid...

9 September 2008

Menumpang kasih...


Dapat duit raya hatipun suka
Chime beri masa perlukan uang
Hatiku jangan lagi terus diluka
Meskipun diri dagang terbuang

Ingat lagi dengan tiga ekor anak-anak kucing yang mengharapkan kasih insan yang berhati mulia untuk mereka numpang berlindung?
Dua daripada tiga ekor anak2 kucing itu telah diambil oleh seseorang... Tinggalah seekor lagi, maka dengan rasa penuh perhatian dan kasih sayang, kami telah mengambilnya untuk dijadikan ahli keluarga kami...
Biasanya Kitty (nama yang diberi oleh anak jiran - belakang rumah) bersama-sama dengan adik-beradiknya tetapi setelah ekdua-duanya pergi, tinggalah dia sendiri dengan ahli-ahli lain di rumah umie...
Kitty telah cuba mendapatkan perhatian dan menumpang kasih sayang daripada Envy :) Sejak kematian Flero, Envy menjadi pengganti untuk kucing-kucing lain bermanja... Kitty turut sama mendapatkan kehangat kasih sayang darinya...
* Kalau haiwan tahu untuk membahagi kasih, tidak mungkin kita sebagai menusia yang dianugerahkan dengan akal dan perasaan tidak dapat menimbulkan perasaan prihati sesama sendiri...

4 September 2008

Jus asam boi


Ryan ke perigi mengambil timba

Timba antik bertangkaikan suasa

Marilah kita sama-sama berlumba

Tingkatkan taqwa dengan berpuasa



Sejak mula berpuasa, minuman sejuk pasti akan disediakan walaupun hari hujan. Hari ini umie buat air asam boi untuk berbuka puasa... Tak payah beli di pasar Ramadhan :p sebab senang sangat nak buat...



Bahan


Bes Asam Boi

Asam Boi

Air gula

Air mineral

Air batu



Cara


1. Campur bes asam boi bersama air gula dan kacau

2. Masukkan air mineral secukupnya

3. Letakkan air batu dan asam boi secukupnya




3 September 2008

Daging Bistik


Kasawari berbuka dengan laksa

Laksa diletak ulam daun pegaga

Banyak sungguh hikmah puasa

Memberi kita kesihatan jiwa raga



Dading bistik ni lebih kurang je dengan masak kicap cuma agak pekat sikit je... Makan dengan nasi putih pun ok tapi kalau dimakan dengan nasi minyak rasanya lebih sedap tau...



Bahan

½ kilo daging (dipotong ikut suka)
¼ cawan serbuk black pepper (campur dengan sedikit air untuk jadikan pes)
15 tangkai cili kering - (kurang/tambah ikut suka pedas)
4-5 biji kentang * (potong wedges & goreng hingga garing)
2 sudu besar kicap manis (tambah/kurang ikut suka)
1 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih
2cm halia *
sedikit garam, gula
air asam jawa
Minyak untuk menumis
bahan menumis (cengkih, pelaga etc)
Kacang peas secukupnya - gambar di atas umie tak letak sebab anak2 tak suka
Cara

1. Rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk -ketepikan dulu (simpan air daging untuk tambahkan kuah)
2. Blend bahan yang bertanda *
3. Panaskan minyak-tumis bahan penumis dan bahan blend hingga wangi
4. Tumis hingga pecah minyak
5. Masukkan bancuhan serbuk lada hitam dan air asam jawa , kacau dan tambahkan kicap.
6. Tambah garam, gula dan tambah sedikit air daging jika terlalu kering
7. Masukkan daging-gaul rata dan masak seketika kemudian tambahkan kentang.
8. Apabila daging dah sebati / mesra boleh masukkan kacang peas

2 September 2008

Pulut berkuah durian


Msjbox plan berbuka di hari Sabtu
Rancang adakan di restoran Nailis
Segera berbuka bila masuk waktu
Sunat mulakan dengan yang manis



Pulut bersama kuah durian merupakan kegemaran Adik... Orang lain di rumah ini tidak berapa gemarkannya...

Rasanya tak perlulah umie letakkan resipinya di sini ya sebab senang sangat nak membuatnya...






1 September 2008

Ramadhan al-Mubarak ~ Selamat Berpuasa ~


Meera dapat hadiah cincin suasa
Cincin dihias dengan batu putih
Siang hari kita semua berpuasa
Di malam hari kita solat Tarawih


ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi....



Umie ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua... Umie mohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, terlanjur kata-kata sehingga mengusik rasa...

Semoga Ramadhan ini barakah untuk kita semua... Aminnnnnn

Beberapa tahun yang lalu umie mendapat email berkaitan dengan Ramadhan dan umie masih menyimpannya kerana ia merupakan suatu yang baik untuk dijadikan panduan... Di sini umie letakkan email yang umie dapat beberapa tahun dulu untuk semua :)


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 a.m.

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”


2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

3.Mandi dan membersihkan diri.

4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 a.m.



1.Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


3.Solat sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala

Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 a.m.

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 a.m.

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 a.m.

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 a.m.

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tghari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 p.m.

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 p.m.

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 p.m.

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

5.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat

6.maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 p.m.

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan

11.00 p.m.

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.