19 March 2009

~ Terus berfikir ~


Dapat hadiah sebuah cangkir
Cangkir dibeli di negeri Sabah
Diri umie masih terus berfikir
Blog yang ada hendak diubah


Sekarang ini umie memang dah jarang dapat meng-update n3 kerana keadaan yang tidak mengizinkan... Itu bukanlah merupakan masalah yang membuatkan umie berfikir... Perkara yang bermain di fikiran umie ---> tema utama blog ini ialah tentang masakan dan berkaitan dengan aktiviti di dapur khususnya. Memandangkan umie sudah lama 'menghentikan aktiviti memasak' dan n3 tentang masakan dan resipi juga sudah mulai berkurangan, maka umie memikirkan untuk menukar tema yang berkaitan dengan masakan kepada yang bersifat lebih umum...

Hati dan perasaan menjadi kurang selesa apabila n3 yang dipaparkan sudah tidak berkaitan dengan masakan atau makanan. Maka umie telah menyuarakan isi hati umie pada anak-anak umie (yang membantu membina blog ini sebab umie ni buta IT) akan apa yang sedang umie fikirkan... Ternyata bahawa anak-anak juga merasakan tema 'food blog' sudah tidak lagi relevan dengan apa yang umie paparkan... Kini umie sedang menunggu masa yang terluang untuk membuat sedikit perubahan...

Pada kesempatan ini, umie mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian teman-teman yang masih mahu menjenguk umie di sini...

* Esok hingga Ahad umie akan berada di Sungai Besar ;) yang bunyinya macam 'dekat' tetapi agak 'jauh' juga dari tempat umie :) ermmmmm macam mana nak sempat duduk bertenet ;) atau memasak di dapur...


6 comments:

Keri AlHaj said...

iyelah kak... saya pun teperasan jugak... dah tak berapa ada resepi2 baru dah kat sini...

kalau nak tukar konsep... saya cdangkan akak buat 2 bloglah... satu utk resepi... satu utk umum... errr.. cadangan je

umi_e said...

thanks chimera... masalahnya akak tak larat nak ada dua blog - satu blog ni pun tak ter-update ;)

* thanks for the suggestion :)

Anonymous said...

bukan senang nak jaga blog bebanyak nie...satu blog pun nak perah idea pun kengkadang susah... :)

Anonymous said...

Salam kak e, Thanks Kak-e singgah rumah setelah sekian lam..Ummi pun lama x menyinggah sini..ada masa bz sangat.kdg2 dah masak byk pun x sempat pulak nk update..maklumlah nk mengadap dpn komputer tu sekian hal lak, nak mengedit dan select gambar2 dari dgCam kan..Kdg2 penat, fikir baik tdo jek..hehe..tapi masak mmg tetap memasak jugak, x penah berhenti laa..anak tekak demand memanjang..

X kesah la kak-e nak letak konsep apa pun nnt, janji kak-e x hilang dari alam maya ni..sesekali nak jugak menjenguk dan bertanya khabar...muaaahhhh!
(*psst - Ummi pun xtau nak bagi idea apa kat Kak-e, Apa-Apa Aje la Kak-e kan..hehe)

MamaFaMi said...

Wah...blog Kak E pun akan melalui proses transformasi ye... all the best kak...

echah_syed said...

hepi besday kak e.. :)

semoga semua urusan dipermudahkan ALLAH selalu.amin