27 February 2009

Kebetulan atau ketentuan...

Gambar dari profile elynda-art.blogspot.com
Erina Juliana berkebaya merah
Jalan berlenggang amat perlahan
Secara kebetulan jumpa Munirah
Semua itu kententuah dari Tuhan
Semalam umie ada temu janji di HUKM, hati berbelah bagi untuk memandu atau menaiki kenderaan umum... Akhirnya umie mengambil keputusan untuk menaiki komuter sahaja. Semasa menuju ke setesen komuter, umie berjalan dengan pantas kerana takut kelewatan. Disamping umie, berjalan seorang gadis yang juga agak pantas seperti, seolah-olah mengejar masa...
Agak lama tidak menaiki komuter - dekat 10 tahun jadi umie agak 'takut' tetapi terus mengikuti gadis tadi menuju ke kaunter tiket. Dia berada di depan umie dan membeli tiket ke "Bandar Tasik Selatan". Kemudia umie membeli tiket ke destinasi yang sama... Gadis itu menuju ke arah bangku yang masih kosong, umie mengikuti dan duduk di sebelahnya.
Umie memulakan sapaan dengan bertanya tentang waktu komuter tiba. Kemudian gadis itu dengan ramah bertanya destinasi umie dan umie memberitahu dia ke mana tujuannya. Dia juga mengatakan akan ke tempat yang sama dan meneruskan perbualan ke bahagian mana... umie memberitahunya dan satu lagi kebetulan... kami menuju ke jabatan yang sama!
Tidak lama kemudian, komuter tiba dan sepanjang perjalanan kami berbual dan bercerita tentang 'penyakit' yang dihidapi... Nasib baik juga umie berjumpa dengan MUNIRAH kerana umie tak tahu bahawa selepas tiba di "Bandar Tasik Selatan" kena tukar kenderaan pula iaitu menaiki 'RAPID' ke "Bandar Tun Razak" sebelum menaiki teksi ke HUKM.
Tiba di hentian Bandar Tun Razak, telah menunggu seorang gadis (kawan MUNIRAH) dan dia mempelawa umie menaiki kereta untuk ke HUKM (dia menunggu Munirah untuk dihantar ke sana) Bila bercerita, rupa-rupanya dia juga seorang blogger yang turut aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh MSJBOX!
*** Pada satu hari yang tidak dirancang umie telah berjumpa dengan dua orang blogger! Munirah dan Elynda...
Apakah ini suatu kebetulan atau ketentuan?
Kebetulan untuk berjumpa mereka berdua atau ketentuan dari Allah untuk bertemu dengan mereka... dua orang 'adik-adik' yang baik dan peramah... Semoga perhubungan ini akan berpanjangan...

1 comment:

. said...

assalamualaikum, Kak E..

itulah yang orang kata pertemuan di tangan Tuhan... ada hikmahnya.

jaga diri dan kesihatan..

=)

moneirah.