31 December 2008

N3 terakhir tahun 2008



Cik mat gebu buat kuih bahulu
Dihidang dengan air zam-zam
Tahun 2008 pasti akan berlalu
2009 kini muncul bersama azam

Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2008... Begitu cepat masa berlalu... Belum lagi rasa puas menikmati keindahan tahun 2008, dahpun nak digantikan dengan tahun 2009...

Semoga tahun 2009 akan mencoretkan warna-warna keindahan yang lebih berseri lagi... Diharapkan juga tahun 2009 ini akan memberikan lebih keyakinan dan kejayaan dalam mencapai impian yang masih belum terlaksanakan...


SELAMAT TAHUN 2009!!!

29 December 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430


Pergi ke pasar membeli ikan
Ikan dimasak lemak papaya
Salam Maal Hijrah diucapkan
Semoga hidup lebih berjaya

Selamat tahun baru hijrah 1430 buat semua... Semoga tahun hijrah ini akan memberikan lebih kejayaan dan kebahagian...

Tingkatkan keazaman untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna di sisi- Nya.... Insya'allah....

26 December 2008

Bersama kawan My Resipi di KK

Senyuman manis gambarkan ceria
Jika boleh biarlah selama-lamanya
Di Kota Kinabalu bertemu si Maria
Eratkan lagi persahabatan di maya

Kali ini umie ke KK dapat berjumpa dengan kawan di alam maya iaitu Maria, kawan di MR. Selama ini hanya bertemu dan berbual di dalam forum sahaja ;)

Umie sampai di KK agak lewat dari jangkaan kerana flight tertunda penerbangannya. Sampai saja umie di hotel, Maria kata akan jemput umie untuk bersiar-siar keliling KK :)

Seronok rasanya dapat berjumpa kenalan alam maya di alam nyata... Maria memang peramah, datang bersama suami dan dua orang puteranya yang juga peramah dan ceria sepanjang masa...

Terima kasih diucapkan kepada Maria sekeluarga kerana membawa umie bersiar-siar menghirup udara segara di pantai :D

20 December 2008

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un : انّا للہ و انّا الیہ راجعون


Ahli Msjbox cadang pergi berkelah
Moga acara berjalan dengan selamat
Abah telah pulang ke Rahmatullah
Semoga rohnya Allah cucuri rahmat


Pada n3 bertarikh 7 November 2008, umie menceritakan tentang ibu dan bapa mentua umie yang berangkat menunaikan haji... Hari ini bapa mentua umie, telah pulang ke Rahmahtullah :(

Al fateha.... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa mentua umie yang dikasihi...

Terasa sedih kerana semasa beliau berangkat ke Mekah, sudah terdetik di dalam hati seolah-olah itulah kali terakhir bersamanya... Hati terasa sedih dan pilu namun tetap meredhai pemergian bapa mentua yang dikasahi...

Pagi tadi (tengah malam di Jeddah) umie menghubungi mak mentua umie yang turut sama mengerjakan haji. Sebelum ini, umie telefon, tidak dapat bercakap dengan bapa mentua sebab mereka berada di ruang yang berbeza tetapi pagi tadi kebetulan abah berada di klinik dan ma menemani beliau. Maka rezeki umie untuk bercakap dengan beliau...

* Rasa bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan kepada umie untuk bercakap dengan allahyarham bapa mentua umie untuk kali yang terakhir... Alhamdulillah...

Jenazah bapa mentua umie akan diuruskan oleh LTH di sana dan sudah pasti ibu mentua umie dalam kesedihan kerana pada saat-saat getir begini beliau sendirian menghadapinya... umie hanya mampu menelefon dan bercakap dari jauh saja... Sungguhpun jauh tetapi doa kami tidak putus buat allahyarham bapa mentua umie... Semoga ma tabah di sana...

* Bapa mentuaku yang begitu baik dan memahami sekali... kini telah pergi mengadap Illahi...

7 December 2008

Salam Aidil Adha



Intan pangku anak di atas peha
Si anak tidur dengan penuh lena

Ucap Selamat hari raya aidil adha
Semoga Qurba kita penuh makna

Sempena Hari Raya Qurban kali ini, umie mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidil adha... Semoga kita semua akan terus dirahmati oleh Allah SWT...

Selamat berqurban :)

6 December 2008

Quiz ~ suka-suka~

How dangerous of a driver are you?

Created by The Car Connection


Ezad suka makan kuih seri muka

Beli kuih di pasar malam berduan

Kuiz ini dijawab untuk suka-suka
Hendak melihat tahap pemanduan



Nampak quiz ini di blog ezad, so nak cuba tengok macam mana tahap pemanduan umie :) heehehehe umie dapat score leboh 80% :p


Meh ler cuba ;)


4 December 2008

Anak kucing ~ Inginkan tuan dan perlindungan~


CMG gubah hantaran pertunangan
Ianya dibuat secara sambil-sambil
Anak kucing ini perlu perlindungan
Sesiapa yang baik hati silalah ambil



Anak-anak kucing ini merupakan anak-anak kucing yang baru berusia lebih kurang sebulan. Mereka bukan kucing milik umie tetapi kucing milik jiran yang perlukan perlindungan dan memiliki tuan yang budiman.

Anak-anak umie merengek-rengek minta diberi kebenaran untuk mengambil anak-anak kucing tersebut tetapi umie rasa keberatan kerana kucing-kucing umie yang ada juga sudah banyak bilangannya. Bukan masalah membela tetapi masalah memberikan belaian dan perhatian yang sempurna kepada mereka. Umie tidak mahu nanti bila terlalu banyak membela, umie tidak mempunyai cukup perhatian kepada mereka semua...

Satu perkara lagi yang menjadi masalah ialah ruang dan halaman yang terhad dan itulah perkara utama yang tidak mengizinkan umie memelihara lebih banyak lagi... Oleh itu dengan rasa berat hati umie terpaksa kuatkan hati untuk mengatakan 'TIDAK' kepada anak-anak umie yang ingin sangat membela anak-anak kucing ini.

Sebenarnya anak-anak umie sempat menjaga anak-anak kucing ini selama seminggu. Mereka begitu suka dan sayang pada kucing tetapi keadaan tidak mengizinkan... Anak-anak kucing ini juga telah diberikan rawatan cuma belum diberikan suntikan kerana masih belum cukup dua bulan atau belum cukup besar untuk suntikan tersebut.


Sekiranya ada sesiapa yang sudi untuk menajdi tuan kepada anak-anak kucing ini, sudi-sudilah ya... anak-anak kucing ini begitu manja dan comel sekali... Anak kucing yang berwarna kuning itu begitu istimewa kerana ekornya bergulung - cuba diluruskan tetapi akan kembali ke asalnya - bergulung lagi... Yang kuning jantan dan yang belang-belang pula betina...

Semoga adalah insan yang berhati mulia untuk menjadi tuan kepada anak-anak kucing yang comel dan manja ini...

3 December 2008

Biskut Dahlia ~ kegemaranku ~


Intan dan Lin pergi cuti bersama
Pergi berkelah di tempat terbuka
Biskut dahlia kategori kuih lama
Walaupun lama tetap umie suka


Biskut dahliah ini merupakan salah satu 'kuih hari raya' yang umie suka. Sempena Aidil Adha yang akan menjelang tidak lama lagi, umie letakkan n3 biskut dahlia kesukaan umie ;)

Bahan-bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Bukan itu sahaja, untuk membuatnya juga tidaklah payah... tekan je gunakan acuan yang sesuai untuk jadikan bentuk bunga :p
Di bawah ini umie letakkan resepinya jika ada yang nak cuba ya :)

Bahan

225 gm tepung gandum
85 gm tepung kastard
50 gm tepung ubi
175 gm gula halus
250 gm marjerin / mentega
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah untuk hiasan (boleh tukar dengan manik-manik etc)
* tepung extra sekiranya terlembik
Cara

1. Ayak ketiga2 jenis tepung dan ketepikan dulu
2. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanilla hingga sebati.
5. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit (gunakan tangan lagi senang)
6. Setelah adunan lembut dan tidak melekat di mangkok adunan, bolehlah diterap menggunakan acuan kueh dahliah.
7. Bolehlah dihias dengan ceri merah yang telah dipotong kecil2 (boleh beli yang dah siap)
* Jika adunan agak lembik (masih melekat di tangan dan di tepi mangkok adunan, bolehlah tambah dengan sedikit tepung gandum tapi letak sikit dahulu)

2 December 2008

Main-main ~ kek cawan kertas ~

Anak si G bulu matanya lentik
Siapa pandang tentu perasan
Kek cawan cuba dihias cantik
Bagi mengelak perasaan bosan



Hari ini, pagi-pagi lagi umie dah bermain dengan icing :) Kek cawan yang tersimpan di dalam fridge telah dihias dengan tujuan untuk menghabiskan butter icing yang masih tersisa ;)

Kek cawan ini telah umie bawa ke rumah kakak angkat umie sebagai buah tangan... Sebenarnya tak rancangpun untuk menziarahi dia. Tiba-tiba seorang kawan ajak umie ke rumahnya, so umie pun pergilah... Nasib baik juga ada kek cawan yang tak seberapa ini untuk dibawa bersama :D